Share

ESBI quadrant : Di manakah kita?

Dalam buku yang popular karangan Robert Kiyosaki, ada satu perkara yang menangkap mata aku. err, actually aku tahu benda ni masa focus group dengan Rudi, dia bagitau benda ni, then cari memang jumpa dan memang sesuatu yang mengujakan untuk diceritakan!



ESBI Quadrant

Dalam buku ni, ada ditulis mengenai 4 jenis sumber duit yang kita boleh dapat. 4 jenis pekerjaan yang berlainan. Sebelum ni, aku tahu dua je. Makan gaji, buat bisnes sendiri. Padahal ada 4!


  • EMPLOYEE : makan gaji, bos tentukan masa, tenaga korang
  • SELF EMPLOYED : korang bos sendiri, tapi kalau korang tak kerja, tak dapatlah duit
  • BUSINESS OWNER : korang ada perniagaan sendiri, ada orang yang kerja untuk korang
  • INVESTOR : ada duit, duit tu yang kerja untuk korang

Daripada sebelah kiri kepada sebelah kanan

Kalau ditanya kat mana nak letakkan diri kita, mesti kita akan jawab nak letak kat sebelah kanan. Sama ada jadi business owner ataupun investor. BERITA BAIKnya korang boleh pindah ke sebelah kanan pada hari ni juga, BERITA BURUKnya, nak berpindah quadrant tu bukan perkara yang mudah!


Daripada self employed kepada business owner

Untuk jadikan perbincangan kita lebih realiti, kita ambil 2 quadrant iaitu S dan B. Dulu aku pon ambil masa juga nak faham, apa beza self employed (kerja sendiri) compare dengan business owner (buat bisnes) Jadi untuk bagi mudah faham - kalau korang tengah buat sesuatu perniagaan sekarang, kalau korang cuti seminggu ke dua minggu, perniagaan korang jadi teruk - tu maknanya korang masih lagi S tapi kalau perniagaan korang ok atau bertambah maju walaupun cuti panjang, tu maknanya korang dah capai tahap B

Jom kita ambil contoh daripada S kepada B
  • (Masih S) Siti Nurhaliza punyai suara merdu. Banyak syarikat rakaman yang nak keluarkan albumnya. Setiap album yang dikeluarkannya, mesti meletup. Sedari dia punyai peminat yang ramai, dia cuba mahu libatkan dalam perniagaan pula. (Kepada B) Hasil duit yang dia peroleh, dia melabur untuk menubuhkan syarikat rakaman sendiri. Selain fokus kepada bidang suara, dia juga melabur untuk adakan produk kecantikkannya sendiri. (Dah B) Sekarang dia dah ada stokis-stokis yang menjalankan perniagaan untuknya, dia hanya perlu ada untuk tempat promosi sahaja, waktu lain dia bersama Dato K menonton apa ntah
  • (Masih S) Deen mahu mulakan bisnes. Dia lihat di kampungnya kekurangan pusat dobi dan orang di kampungnya cukup malas untuk basuh pakaian sendiri. Dia buat pinjaman bank RM 20 000 untuk membuka kedai dobinya sendiri. Dia membeli 3 mesin basuh second hand dan menyewa tempat yang strategik di kampungnya. Dialah bos, dialah kuli. (Kepada B) Walaupun penat, dia tahu dia masih belum punyai duit untuk menggaji orang. Setiap bulan perolehan kedai dobinya setelah ditolak sewa api air semua, dia dapat RM 1 ribu. Dia tahu untuk dapat RM 10 ribu sebulan, dia perlukan RM 200 000. Bank pun nak buat pinjaman kena tengok latar belakang company dia dulu. Dia kerja keras sehingga 10 tahun (Dah B) Selepas 10 tahun, Deen ada 10 kedai dobi sendiri dengan setiap kedai dobi dijaga oleh orang lain. Dia juga mengeluarkan sabun pencuci sendiri dan dijual di supermarket di bandar-bandar berhampiran
  • (Masih S) Ben merupakan blogger sepenuh masa. Hasil pendapatannya adalah dari blognya semata-mata hasil orang beriklan di blognya dan ada juga orang jemputnya untuk buat review di kedai terpilih. Pendapatannya mencecah RM 12 ribu sebulan dan kalau anaknya tak sihat, dia tak kerja tak sempat nak uruskan review, pendapatan boleh jadi kosong. Sedari hakikat ini, dia cuba berubah. (Kepada B) dia lebih fokus untuk uruskan pengiklanan sendiri. Daripada mengiklan barangan orang, baik iklan barang sendiri dan jual barang sendiri. Di samping tu, dia juga giat adakan kelas-kelas untuk mengajar orang lain ilmu blogging. kelas berbayar ya. (Dah B) Hasil kerja kuatnya, sekarang dia miliki kelas mengajar ilmu blogging di serata Malaysia. Setiap bulan, dia hanya perlu memastikan tenaga pengajarnya mengajar dengan penuh berhemah. Masanya lebih diluangkan bersama anak barunya



MINDSET B

Aku perasankan, kalau kita ni orang Melayu selalu sangat poyo kita ni kat B walhal sebenarnya kita sebenarnya hanyalah kat S. Nak gerak kepada B, selain tak tahu cara, ramai yang takut untuk ambil risiko. Contoh yang aku bagi tu tak termasuk jerit perih, nampak mudah tapi sebenarnya apa-apa bisnes pun memang ambil masa untuk 'menjadi' 

Walau apa pun, korang tengah self-employed sekarang ni, korang kena ada mindset untuk jadi B!

Tak apa start dengan kecil, meniaga biskut raya terutamanya. Tapi takkan setiap raya sama je. Raya ke 10 pun still jual kuih raya yang sama. Kena ada dalam minda, bila korang yang akan ada kilang sendiri buat kuih raya tu semua. 

Tak apa start dengan kecil, goreng pisang kat kedai sebagai contoh. Tapi kena ada progress. Mungkin tahun depan dah boleh menggaji orang. 3 tahun lepas tu dah buka fanchise goreng pisang sendiri. 5 tahun dah cuba buat produk selain goreng pisang (kerepek pisang ke) 10 tahun dah import produk ke luar negara

CUMA JANGAN TAKUT UNTUK BERIMPIAN!


Perniagaan Herbalife : Daripada S kepada B

Bisnes lain aku kurang arif nak komen lebih-lebih, tapi kalau cakap pasal Herbalife, tahulah sikit-sikit. Bak kata Rudi, nak dapat title B ni, paling kurang kena jadi Millionaire Team. GET Team tu adalah sikit-sikit tapi betul-betul dapat jadi B bila dah jadi Mill Team. 

Nak jadi Mill Team kena ada 50-60 SV. Katakan dah setahun jadi SV dan baru ada 2 orang SV bawah, maknanya 25 tahun lagilah akan jadi Mill Team. 

Terbeliak jugak mata dengarnya!

Sebab tu katanya, mindset kena ubah. Jangan duk nampak duit retail je. Apabila dapat customer, kene treat customer tu sebagai business partner kita. Walaupun customer tu punyalah tolak tak nak buat bisnes - NAK MAKAN JE - still kene treat dia sebagai business partner. Orang ni memang ajak buat bisnes taknak, tapi apabila kita bagi RM 500 sebulan kat dia, mana dia nak menolaknya kan? So, adalah dia share macam mana nak make sure customer kita dapat duit tambahan. 

Selama ni, aku kalau orang tu tak berminat nak buat bisnes, ok fine. Aku sayang dia, dia sayang aku. Tapi apabila dah ubah mindset kepada B ni, heh, semua dilayan bisnes partnernya. Customer-customer aku yang lama-lama tu terutamanya jumpa kat blog ni, contact aku ya, ada benda besttttt nak diajar sempena raya ni!


73% Herbalife Distributor tiada downline???




Statistik ni aku ambil dari beg IBP Herbalife yang baru. Ni Herbalife Malaysia ok. Maknanya sekarang ni dah lebih 100 000 orang yang berdaftar sebagai member Herbalife. Daripada nombor tu, lebih 77 ribu tiada downline. Maknanya tiada orang bawahan dalam organisasi. 


AMARAN : Herbalife bukan pyramid scheme ya, korang daftar ahli, dapat duit. tak. ada sesetengah syarikat tu, promote jadi ahli je terus dapat duit. Herbalife tak. Nak dapat duit dalam Herbalife, daftar member, buat kerja, dapatlah duit


Sangat-sangat rugi kalau korang dah jadi member, tapi tak nak buat bisnes. Memang ambil Herbalife tu sesutau yang nikmat, tapi ambil Herbalife sambil buat bisnes, lagi-lagilah nikmat! Apa lagi, contact coach korang sekarang dan mulakan perniagaan sekarang!!!!!

Alright, tu saja, apa-apa boleh hubungi aku disini ya. adiossssss. semoga kita jadi Business Owner atau Investor semuanya :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW