Share

Keguguran anak pertama

Kisahnya hari khamis lepas, saja nak buat check up bulanan untuk cik bini. Dia kata lama dah xtengok baby, pergi je lah check. Sepatutnya dah 18 minggu

Sampai saja kat Klinik An Nisa tu (kat Kota Bharu) masuk jumpa doktor untuk scan. Doktor cam tanya soalan pelik, tanya betul ke baby 18 minggu sebab baby nampak kecik. Macam 12 minggu camtu. Cik bini aku cakap betul la kan. Tanya aku, mmg tarikh kawin je la aku tau. huhu

Baby tak membesar

Doktor cakap usia baby ni 12 minggu je. Dia adjust sana sini cari jantung baby n satu ayat dia bagi yg buatkan aku tak sedap hati

"jantung baby tak berdegup ni"

"saya rasa baby meninggal dalam kandungan"

perghh, dengan macam tu terus aku pandang cik bini, nampak dia dah berair mata dah. aku slumber je la kan control macho. Bukan apa, sebab tak expect plak camtu, takde pendarahan, cik bini plak sihat je, bukannya dia demam ke apa, tetiba kata baby meninggal

so, esoknya pergi ke satu lagi klinik untuk check

doktor kat klinik tu pun kata sama - baby takde degupan...

semalam ingatkan nak masuk HUSM, tapi nak jaga emosi cik bini punya pasal, bawak jelah balik rawat di sungai petani, at least mak ayah dia ada kan

So sekarang, kat Metro Specialist Hospital untuk rawatan keluarkan baby....

Sedih je...

Tapi takpe ada hikmah....

Malam ni pulak kebetulan ward aku tinggal ni takde orang, sepatutnya ada 3 orang, sorang discharge petang tadi, sorang balik sebab tak jadi nak beranak. Maka tidurlah aku kat sini malam ni. Tengah nak "keluarkan" baby dalam perut cik bini, banyak pulak prosedur dia

Seorang kena kuat

Kalau korang tanya aku sedih ke tak, mana tak sedihnya kan. 3 bulan ni dah ada sifat dah, roh pun dah masuk dah. Mak aku kata nanti kena bagi nama kat baby tu, kena mandikan dan tanam cam orang lain. Huuu, takde rezeki. Cuma skrg ni risau kat cik bini je la. Anak sulong, keluarga mertua aku pun semangat je nak dapat cucu pertama, tengok2 jadi macam ni pulak kan. Kalau aku nak bersedih jugak, alamatnya... entahlah....

Doa2lah supaya urusan lepas ni berjalan lancar

pss : update pakai phone, keje online jelah malam ni

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

29 ulasan:

EG berkata...

Semua yang berlaku ada hikmahnya. Takziah =(

izwanyusof berkata...

Kena sentiasa bagi sokongan dan emosi sebagai suami. terjejas gak kalau keguguran anak sulung. semoga tabah kalian berdua.

Unknown berkata...

Sorry joe to hear that. Aku pon sama but due unstopbale bleeding.

Is okay. Ade hikmah smua tuh. Yp yg pntg we will learn a lot from this experiences. Lpas nie akan belajar psal berpantang plak. Be strong joe!

Unknown berkata...

Sorry joe to hear that. Aku pon sama but due unstopbale bleeding.

Is okay. Ade hikmah smua tuh. Yp yg pntg we will learn a lot from this experiences. Lpas nie akan belajar psal berpantang plak. Be strong joe!

NinaAz berkata...

Takziah joe. Ada hikmah dsebalik kejadian.

Bunga berkata...

Takziah abg joe! Ur so strong. Ade ustaz ckp, bila baby meninggal or taken, mungkin sebab Allah tahu yang kita xbersedia lagi utk dapat anak. Atau mungkin anak tu lahir xjadi anak yg soleh atau solehah. Tu yg saya dgr. btw, stay strong

Hanis Zulaikha berkata...

Takziah utk family anda....sabarlah mungki ALLAH mahu bagi yang lebih baik. Macam guru saya, anaknya pergi tanpa sempa dia melihat wajahnya..pada tahun seterusnya dia dikurniakan bayi kembar...bahagia hingga kini....

http://www.wadahberbicara.my/

Hanis Zulaikha berkata...

Takziah utk family anda....sabarlah mungki ALLAH mahu bagi yang lebih baik. Macam guru saya, anaknya pergi tanpa sempa dia melihat wajahnya..pada tahun seterusnya dia dikurniakan bayi kembar...bahagia hingga kini....

http://www.wadahberbicara.my/

Unknown berkata...

takziah
xpe.. kn akhirat nt, sng dpt saham..

Lokman berkata...

sabar.. mudah-mudahan ada hikmahnya untuk kamu bedua..

Faridzuan berkata...

Bawa bersabar, ya? Tahun lalu mummy saya pun keguguran sebab naik kapal terbang. Lepas tu beberapa bulan mengandung balik, alhamdulillah saya dah dapat adik baru minggu lalu. In sha Allah, rezeki Allah pasti ada. :)

Unknown berkata...

sorry to hear that joe..baby tunggu korang dekat pintu syurga nanti..

insyaallah ada adik arwah yang akan tiba menemui korang bila tiba masanya nanti..

Unknown berkata...

Salam Takziah, sorry to hear that...insyaAllah ada hikmah disebalik semua ni...

Unknown berkata...

Takziah.. mungkin ada hikmah atas apa yag berlaku.. stay strong..

alin berkata...

sedihnye bila jadi camni.. sabar eyh.. :)

ima berkata...

Salam takziah.
InsyaAllah ada rezeki lain.
Moga both of u tabah.

SuzieLAWAti berkata...

Takziah Joe, semoga awak sekeluarga tabah dgn dugaan ni...

InsyaAllah... nnti sampailah rezeki yang lain...

semoga segala urusan di permudahkan..

amin...

.::WaNiE::. berkata...

Takziah Joe

InsyaAllah rezeki ada nanti kalau dah ditakdirkan kan.

Stay strong for your wife and family

-anidaothman- berkata...

tabah joe....bukan rezeki lg tuh..

sabaq nah....in sha allah pasni mana nak tau ALLAH izinkan gantian yg beganda......

apa yg pasti TAKE CARE cik isteri keh :)

anyss berkata...

Assalamualaikum,
Takziah.
harap cik puan juga lebih tabah.

Tanpa Nama berkata...

takziah...

Matjoe berkata...

ini serius. takziah dan be strong.

Suliana berkata...

takziah. same case with me 4 years back.. patutnya janin saya dah 14mgu tapi bila scan tak de heart beat.. tapi kalau tak silap saya, janin yang keluar tu hanya seketul daging, tak perlu mandi dan bagi nama semua, blm cukup sifat. sy pun tak ambil janin tu dr hospital. xterfikir pulak kena amik etc. wallahua'lam..

Tengkubutang berkata...

takziah..

done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

topo berkata...

takziah bro.. semoga dimurahkan rezeki untuk dapat anak lagi tak lama lagi.. amin

gadisBunga™ berkata...

Sabar Joe and wifey.

insyaAllah tak lama lagi akan ada rezeki mengandung lagi tu..

Zinedine Zaiddin berkata...

Salam takziah,

Semoga prosedur pembedahan berjalan lancar..dan harap segalanya dimudahkan untuk Joe dan isteri. Moga Allah merahmati kalian berdua.

Lyena Vee berkata...

Takziah utk joe n wife. kuatkan ati,ingat Allah selalu

Tanpa Nama berkata...

sy dulu pun keguguran anak pertama, masa tu masuk 12 minggu. support dari suami memang sangat diperlukan masa ni. masa sy kat hospital takde sorang pun keluarga mertua yg melawat. sy banyak menangis dan murung berbulan2 sebab peristiwa ni. sekarang dah setahun berlalu masih belum ada rezeki. yg menanggung sedih dan kecewa, si suami. yg menanggung sedih, kecewa dan sakitnya, si isteri. sokongan keluarga sangat diperlukan.

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW