Aku jenis yang tak percaya sesuatu perkara tu hanya ada kesan negatif sahaja dan tiada langsung kesan positifnya. Contoh kalau kita melihat perempuan memandu kereta dengan cara tak betul, aku melihat positif betapa perlunya lelaki untuk bawa kereta dan jangan biarkan perempuan memandu kereta. Contoh lagi masa menghadapi kerenah yang jaga di kaunter sikap sambil lewa melayan pelanggan aku melihat positif kalau takde yang kerja layan pelanggan ni lagi teruk
Kan bagus kalau semua rakyat Malaysia ni bersikap melihat benda positif je. keh keh keh
PSY yang datang ke Malaysia baru-baru ini mencetuskan pelbagai bual bicara orang ramai. Persoalan utama dibangkitkan adalah harga untuk bawa penyanyi Gangnam Style itu terlalu mahal - 2 juta untuk persembahan yang takdelah lama sangat. 8 minit?
Jadi, sekali lagi aku melihat benda ni benda positif! waha!
1) Malaysia negara yang kaya raya aman makmur semua rakyat kaya raya
Kita boleh membayar penyanyi SUPER HIT dengan bayaran semahal itu membuktikan kepada dunia lain bahawasanya kita ni negara yang kaya raya. Setakat 2 juta tu, alahhhh, kanyit mata je kita boleh bayar. Ini akan menjadikan negara maju seperti US terperanjat dengan kekayaan negara kita. Yeah, Malaysia boleh!
2) Bila lagi nak tengok live penyanyi mahal dengan FREE??
PSY ni bukan sahaja setakat ini sensasi di Asia, malahan juga di dunia. Dengan paling banyak view di youtube setakat ini, dia antara penyanyi yang mencipta populariti dalam masa tersingkat setakat ini. Aku pasti, ramai yang nak tengok persembahan itu tapi kecewa sebab sudah tentunya mahal-mahal belaka. Jadi, positifnya sekali lagi PSY datang ke Malaysia kerana kita boleh melihatnya secara FREE.
************
Itu sahaja pandangan aku mengenai kesan positif PSY datang ke Malaysia. Percayalah, entry ini bukannya dibayar oleh BN, tapi pendapat aku semata-mata. BN mana ada duit nak bayar blogger yaaa!
4 ulasan:
haha pon boley! dgr rumours usd2juta oke bukan rm!
@xila dot
tu yg sebut 2 juta je tu. xde RM or USD. hehe
2 aje kesan positifnye. haaha. :)
positif sgt kesannya..hehehe
Catat Ulasan