Sekarang ni boleh dikatakan kat twitter, facebook, youtube dan banyak lagi ruangan social media yang lain duk mainkan isu listen. Mula-mula aku pun tak paham dan buat-buat tak nak paham, tapi sebab ia dah jadi viral, mulalah aku nak ambil peduli. Melalui listen, aku temui pelbagai keyword lain dan kalau korang masih mencari-cari sebab kenapa listen boleh jadi popular, haaa, ini soalan dan jawapannya!
1) Siapa tu Sharifah Zohra Jabeen, Bavani dan mana nak tengok video tu?
Sharifah Zohra Jabeen adalah MC yang mengacarakan forum 'Seiringkah Mahasiswa Berpolitik' di UUM dan Bavani adalah pelajar disana yang mengajukan soalan ketika forum ini dijalankan. Boleh tengok video tu kat link ni
2) Dah tengok video tu, apsal orang marah sangat kat cik MC tu?
Korang tak marah ke? Rasa biasa? Ish, kalau rasa biasa-biasa tu, something wrong yang kena check. Ni antara kenapa orang marah/tak puas hati dengan tindakan MC tu
- Tarik mic sebelum Miss Bavani habiskan soalannya
- Soalan yang dilontarkan melalui fakta tak dijawab dengan fakta balik.
- Bagi contoh yang tak relevan seperti contoh kehidupan binatang???
- Menggunakan title degree holder lawan o level yg Miss Bavani ada sekarang. Lepas tu nak suruh orang respect dia
- 'Memperlekehkan' hak bersuara, diam dan suruh 'listen' sambil diulang lebih 10 kali
3) Kenapa video ni jadi viral?
Mungkin sebab perkataan 'listen' yang diulang-ulang tu punca utama. Selain tu yang berkongsi video ni (jadikan ia viral) sebab mahu luahkan pendapat hak bersuara masing-masing. Dapat perhatian daripada ahli kenamaan lain seperti tokoh politik, tokoh agamawan dan tokoh lain yang masing-masing bagi pendapat tersendiri. Tapi masih, sebab perkataan 'listen' diulang banyak kali jadi sebab utama ia menjadi viral. Cam bessstttt
4) Apa kaitan Sharifah Zohra Jabeen dengan UMNO, Najib?
Walaupun dia adalah president Suara Wanita 1Malaysia, tapi dia takde kaitan dengan kerajaan ataupun UMNO, BN, Najib atau sebagainya. SW1M adalah badan NGO sama yang lain, cuma yang salah paham sebab dia pakai badge 1Malaysia kat baju dan ada 1Malaysia kat nama pertubuhannya. Harap PM kita dapat make sure NGO yang nak guna 1Malaysia kena berhati-hati, buruk namanya jadi dan akan bahayakan slogan 1Malaysia sendiri
5) Student UUM yang kat dewan kenapa bertepuk tangan tanda sokongan?
Mereka mengantuk. Forum dah lewat malam. Orang tepuk mereka tepuk. Tapi rata-rata student kat Malaysia (harap-harapnyalah) tak bersetuju dengan tindakan cik MC kita tu. kan?
6) Masa kat U dulu takde pulak ikrar yang YDP UUM tu ikrar, silibus baru ke?
Dia diberi teks kot. Tak sempat nak berfikir, dia baca je. Yang bantah demonstrasi jalanan ni tak baca sejarah. Bapa Kemerdekaan kita adakan demonstrasi jalanan (salah satu cara) untuk raih sokongan untuk kemerdekaan dulu. Menghina/memperlekehkan demonstrasi jalanan ni tak belajar sejarah. Tak setuju, tandanya kita tak setuju dengan cara kemerdekaan yang kita dah kecapi sekarang ni. Tak setuju jugak? ikut la labuuuu
7) Macam mana nak solvekan masalah ni?
Untuk menjernihkan masalah ni, cik MC ataupun Bavani harus minta maaf. Lagi elok dua-dua. Orang pertama yang minta maaf akan terima respect dari kita yang menonton drama listen ni. kan? Tapi cam mustahil je, ego katakan
8) Galaxy note tu apa cerita? siapa yang menang?
Ada panel nak menambah apa yang cik MC bagitau, tapi disekat oleh cik MC kita (kak pah nama manjanya) dengan mengumpan student dah mengantuk dan terus nak bagi hadiah galaxy note. Samsung secara tidak langsung terlibat dalam video ini. Beralihlah kepada Apple ya semua
9) Ada jugak isu lain dalam video, pendidikan percuma, perhimpuanan BERSIH, Ambiga, suara mahasiswa, apa semua tu?
Amboi, semua nak tanya! Kata nak jadi mahasiswa yang tak disuap, cari sendirilah jawapannya!
9 ulasan:
i like this post..sejuk skit hati..haha
lisengggg :D
penatlah.
huhu, macam2 lah;p
No 6. aku setuju sangat-sangat.keh3
ni NGO yg pro gov walaupn x mngaku.. podah..
Yang lain bertepuk tangan biasanya tiada mempunyai pendapat sendiri, sentiasa sokong siapa yang diatas.
Respect kepada pelajar yang berani bersuara, di UTP, bila Tun Mahathir datang, selalu diberi soalan-soalan panas oleh pelajar, tapi Tun relax je jawab, tak de pula nak rendahkan orang.
sebenarnya yang paling femes, cik adik yang pakai tudung kuning tu
hang ni pro BN lah.. bawani mintak maaf ? apahal pulak ? PM tkde kaitan ? dah terang2 kerjaan ade kaitan.. kak pah ni dah dihantar ke uum, ukm and other uni untuk buat slot mahasiswa & politik ni. slot yg sama untuk semua uni yg dia dah pergi.. tujuannya ? untuk brainwash mahasiswa supaya sokong kerajaan and sepak pembangkang. anda dah tengok belum wawancara cik bawani tu tentang ape yg forum tu bentangkan sebelum sesi Q&A yang cik bawani sendiri tak sempat nak tanye sebab sesi Q&A die cume untuk 2 pelajar je.( aku rase 2 plajar dah kondem dia and dia dah tak tau nak jawab ape). last2 sebelum forum digulung , si bawani ni bernikan diri ke depan tanya soalan . see ?
Catat Ulasan