Share

Oh babi-babi di depan rumah

Pukul 4 pagi semalam, berlaku kemalangan betul-betul kat depan rumah. Aku sedar kejadian memang dah pukul 7 camtu, memang tak sedar langsunglah walaupun mak aku kata dia terkejut dengan bunyi kuat kat depan rumah tu. Tengok-tengok, ada kereta terbalik terus!



Yang mengakibatkan kemalangan ni berlaku adalah disebabkan - BABI!



Ada 2 ekor yang seekor tu agak besar memang dah terburai jugaklah perut tengok. Katanya babi seekor yang besar tu dilanggar lori dulu sebelum babi kedua yang masih berkeadaan elok yang mana kereta terbabas tu cuba nak elak babi2 tu. Last-last, terbabas sampai terbalik terus keretanya

Tapi Alhamdulillah, pemandu kereta selamat!



Memang agak havoc jugak suasana pagi tadi, dah la kereta terbalik tu kat tengah jalan, ada 2 bangkai babi pulak, memang gamaklah suasananya

Tanya korang, kalau ada binatang melintas, korang mengelak ke korang langgar je? 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Herbalife Spectacular 2013 for dummies


Alright, kali ni aku akan share mengenai Herbalife Malaysia Spectacular. Siapa yang excited nak pergi angkat tangan!!! Siapa yang first time nak pergi angkat tangan!!! Amboi, semua excited gitu. Bagus. Excitement tu la kita mahukan dalam bisnes ni. Selaku dah hadiri 3 Spectacular dah dan ini merupakan Spectacular aku yang ke4, nak share sikitlah serba sedikit pengalaman yang kalau boleh 1st timer pergi ni ambil sebanyak mungkin benda dalam entry ni. Barulah tak blur-blur gitu


SEBELUM SPECTACULAR

Tinggal beberapa hari je lagi ni, memang sekarang ni sangatlah kritikal. Bagi korang yang baru 1st time datang, KALAU BOLEH, at least ajak sorang kawan korang datang untuk ikut sama. Spectacular ni bukan saja macam event untuk Herbalife semata-mata, ia lebih kepada kehidupan. Sebab tu ramai yang datang ke Spectacular terutamanya muda-mudi ni, balik je terus kahwin. Rekod 2 minggu balik Spectacular terus kahwin. Allah tunjukkan jalan iA. Banyak lagi benda-benda yang diluar sana yang memang aku sendiri pun tak boleh nak describe, memang kena datang sendiri baru tahu. So, ada masa lagi ni, tiket pon rasanya ada lagi, jangan berhenti untuk ajak orang datang. 

Ni aku senaraikan list untuk persiapan lain sebelum ke Spectacular ni
  • Registration (kalau boleh register sebelum 25hb kat HQ)
  • Tempat penginapan
  • Transport untuk ke sana
  • Jadual acara untuk event
  • Qualification dan acara tambahan yang dapat disertai (freshman class, leader meeting)


Barang untuk bawa? Okeh, ni antara barangan yang boleh dikatakan wajib bawa
  • BUKU NOTA! (walaupun ada iPad, Tab atau phone yang canggih2, still buku nota terbaik!)
  • CAMERA!
  • FM Radio (kat sana bukan saja speaker cakap melayu, english ada, mandarin pon ada)
  • Bendera
  • Name card
  • Baju yang sesuai (jangan pakai baju sama pulak!)
  • Face quancher, protein bar, produk untuk makan


Apa lagi apa lagi? 

Cari masa sebelum Spectacular ni untuk jumpa dengan sponsor korang. Kalau sponsor sibuk cari upline dan bagitau apa yang korang mahukan dalam Herbalife ni. Apa tindakan yang korang mahu buat after balik event ni. IA sponsor korang tahu apa yang nak dibuat. Korang sendiri pun, kalau boleh solat hajat dulu sebelum ke Spectacular tu mintak dengan Allah tunjukkan jalan dan bukakan minda korang untuk belajar dan get inspired from others. 



SEMASA SPECTACULAR

FOKUS semasa event tu antara paling penting. ELAKKAN membeli barangan yang dijual semasa event. Percayalah, banyak distributor yang 'buka meja' jual macam-macam, bajulah, bannerlah, blenderlah, macam-macamlah, nak beli boleh, tapi cuba beli waktu selain daripada masa event tu. Rugilah bayar mahal2, tapi event tak masuk. SHAKE dulu sebelum nak masuk event, jangan makan nasi pulak mentang-mentang duduk kat hotel kan ada breakfast free, nanti mengantuk masa event.

INTERVIEW DISTRIBUTOR sangat penting bagi distributor baru. Bawak satu buku, dan carilah masa Spectacular tu para pengedar lain untuk diinterview. Antara soalan yang korang boleh tanya
  • Nama, tempat tinggal, umur
  • Testimoni produk dan testimoni income 
  • Dah berapa lama dalam Herbalife
  • DMO yang dibuat
  • Soalan-soalan lain yang rasa sesuai


Lepas tu tangkap gambar dengan dia. Kita ni kerjanya hanya bercerita. Kumpulkan seberapa ramai cerita – aku cadangkan 15 cerita – untuk bila kita pulang nanti ceritakan balik kepada kawan-kawan atau ahli keluarga kita yang tak pergi. Contohnya bob yang dah turun 62kg, jangan lupa ambil gambar dengan dia personally n buat album testimoni korang sendiri dengan dia. Beres?

Okeh, ni list semasa Spectacular boleh dibuat
  • Datang awal, kalau boleh seawal yang mungkin
  • Sediakan camera untuk tangkap gambar slide – kadang2 speaker nak cepat
  • Malam after event, tidur biar cukup nanti mengantuk masa event – RUGI!
  • Cari seat yang paling sesuai, yang dekat dengan screen kalau boleh, tapi ingat JANGAN BOOKING SEAT untuk orang lain


Selepas Spectacular

Paling penting masa Spectacular ni adalah selepas event ni habis. MAKE SURE korang ada action plan yang korang nak buat within 90 days. Antara action plannya
  • In 90 days, what level nak achieve
  • DMO apa yang nak pakai (paling kurang cari 3 yang paling sesuai dengan diri)
  • Extravaganza nak bawa berapa orang?

Benda ni lagi elok dalam masa 72 jam selepas Spectacular, cari masa untuk sit down dengan sponsor korang. Memang sponsor korang tu akan tunjuk step by step untuk achieve apa yang korang nak. Ingat – 72 jam! 

Itu saja, JUMPA ANDA DI SPECTACULAR!!!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Soalan dan jawapan untuk #listen #listen #listen


Sekarang ni boleh dikatakan kat twitter, facebook, youtube dan banyak lagi ruangan social media yang lain duk mainkan isu listen. Mula-mula aku pun tak paham dan buat-buat tak nak paham, tapi sebab ia dah jadi viral, mulalah aku nak ambil peduli. Melalui listen, aku temui pelbagai keyword lain dan kalau korang masih mencari-cari sebab kenapa listen boleh jadi popular, haaa, ini soalan dan jawapannya!


1) Siapa tu Sharifah Zohra Jabeen, Bavani dan mana nak tengok video tu?

Sharifah Zohra Jabeen adalah MC yang mengacarakan forum 'Seiringkah Mahasiswa Berpolitik' di UUM dan Bavani adalah pelajar disana yang mengajukan soalan ketika forum ini dijalankan. Boleh tengok video tu kat link ni


2) Dah tengok video tu, apsal orang marah sangat kat cik MC tu?

Korang tak marah ke? Rasa biasa? Ish, kalau rasa biasa-biasa tu, something wrong yang kena check. Ni antara kenapa orang marah/tak puas hati dengan tindakan MC tu
  • Tarik mic sebelum Miss Bavani habiskan soalannya
  • Soalan yang dilontarkan melalui fakta tak dijawab dengan fakta balik. 
  • Bagi contoh yang tak relevan seperti contoh kehidupan binatang???
  • Menggunakan title degree holder lawan o level yg Miss Bavani ada sekarang. Lepas tu nak suruh orang respect dia
  • 'Memperlekehkan' hak bersuara, diam dan suruh 'listen' sambil diulang lebih 10 kali


3) Kenapa video ni jadi viral?

Mungkin sebab perkataan 'listen' yang diulang-ulang tu punca utama. Selain tu yang berkongsi video ni (jadikan ia viral) sebab mahu luahkan pendapat hak bersuara masing-masing. Dapat perhatian daripada ahli kenamaan lain seperti tokoh politik, tokoh agamawan dan tokoh lain yang masing-masing bagi pendapat tersendiri. Tapi masih, sebab perkataan 'listen' diulang banyak kali jadi sebab utama ia menjadi viral. Cam bessstttt


4) Apa kaitan Sharifah Zohra Jabeen dengan UMNO, Najib?

Walaupun dia adalah president Suara Wanita 1Malaysia, tapi dia takde kaitan dengan kerajaan ataupun UMNO, BN, Najib atau sebagainya. SW1M adalah badan NGO sama yang lain, cuma yang salah paham sebab dia pakai badge 1Malaysia kat baju dan ada 1Malaysia kat nama pertubuhannya. Harap PM kita dapat make sure NGO yang nak guna 1Malaysia kena berhati-hati, buruk namanya jadi dan akan bahayakan slogan 1Malaysia sendiri


5) Student UUM yang kat dewan kenapa bertepuk tangan tanda sokongan?

Mereka mengantuk. Forum dah lewat malam. Orang tepuk mereka tepuk. Tapi rata-rata student kat Malaysia (harap-harapnyalah) tak bersetuju dengan tindakan cik MC kita tu. kan?


6) Masa kat U dulu takde pulak ikrar yang YDP UUM tu ikrar, silibus baru ke? 

Dia diberi teks kot. Tak sempat nak berfikir, dia baca je. Yang bantah demonstrasi jalanan ni tak baca sejarah. Bapa Kemerdekaan kita adakan demonstrasi jalanan (salah satu cara) untuk raih sokongan untuk kemerdekaan dulu. Menghina/memperlekehkan demonstrasi jalanan ni tak belajar sejarah. Tak setuju, tandanya kita tak setuju dengan cara kemerdekaan yang kita dah kecapi sekarang ni. Tak setuju jugak? ikut la labuuuu


7) Macam mana nak solvekan masalah ni?

Untuk menjernihkan masalah ni, cik MC ataupun Bavani harus minta maaf. Lagi elok dua-dua. Orang pertama yang minta maaf akan terima respect dari kita yang menonton drama listen ni. kan? Tapi cam mustahil je, ego katakan


8) Galaxy note tu apa cerita? siapa yang menang?

Ada panel nak menambah apa yang cik MC bagitau, tapi disekat oleh cik MC kita (kak pah nama manjanya) dengan mengumpan student dah mengantuk dan terus nak bagi hadiah galaxy note. Samsung secara tidak langsung terlibat dalam video ini. Beralihlah kepada Apple ya semua


9) Ada jugak isu lain dalam video, pendidikan percuma, perhimpuanan BERSIH, Ambiga, suara mahasiswa, apa semua tu?

Amboi, semua nak tanya! Kata nak jadi mahasiswa yang tak disuap, cari sendirilah jawapannya!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Respon mengenai Herbalife support Israel


Untuk pengetahuan semua, Herbalife sekarang berada di 88 buah negara dengan ibu pejabat berada di US. Herbalife Malaysia HQ berada di KL di Plaza See Hoy Chan. Setiap negara ada Herbalife mereka masing-masing. Di Israel, juga ada cawangan Herbalife. Maklumlah, orang Israel pun nak sihat jugak. 



Gambar kat atas ni, hanya Herbalife Israel yang taja, tiada kaitan dengan Herbalife Malaysia mahupun Herbalife seluruh dunia. Contohnya di Malaysia kita taja atlet seperti Azizul Hasni Awang dan 4 atlet lain lagi dan yang menajanya adalah Herbalife Malaysia. Daripada mana Herbalife Malaysia dapat duit untuk menaja atlet-atlet ini? Sudah pasti dari jualan di Malaysia. Bukannya Herbalife Indonesia, Herbalife Brazil mahupun Mexico. Atau Herbalife di 88 buah negara lain. Sudah pasti mereka menaja atlet di negara mereka

Dan anda boleh cari sendiri di Internet, banyak lagi atlet-atlet yang mendapat tajaan Herbalife. Ratusan termasuk Messi yang jadi pemain terbaik dunia untuk 4 kali berturut-turut. 

Sememangnya jelas, produk Herbalife bukannya produk dari Israel ataupun company Herbalife ditubuhkan di Israel (Herbalife Israel pun dibuka negara ke puluh-puluh dalam sejarah 88 buah negara). Malahan tiada sebarang kilang pemprosesan, pembungkusan, penanaman, penyelidikan pun ada di Israel. Mereka dapatkan produk terus dari US. Disebabkan ada permintaan di Israel, Herbalife buka cawangannya disana.


Nasihat saya kepada sesetengah pihak yang cuba nak kaitkan Herbalife dengan Israel, jangan sebarkan fitnah, dosa berganda-ganda jadinya. Jika tak tahu, tanya kepada yang tahu.

Jika mahu dapatkan kepastian, boleh layari website ini yang memaparkan produk barangan Israel yang kita harus boikot dan Herbalife memang tak tersenarai http://www.inminds.com/boycott-brands.html

ada sebarang pertanyaa, boleh ajukan kepada saya di ruangan komen. semoga kita boleh berdiskusi dengan ilmiah. Lewat jawab tu, maaflah, tuan blog lepas ni nak pergi honeymoon kat krabi :)


pss : tak nak tulis sebenarnya, tapi bila google 'did herbalife support israel, blog ni jugak yang kluar. terpaksalah menulis. huhu

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Tiket Percuma : Bagi macam tak nak bagi

Biasa dengan istilah macam ni? Bagi macam tak nak bagi. 

Semalam Air Asia ada menawarkan 10 000 seat percuma untuk para penumpang dari Kuala Lumpur ke kawasan Sabah dan Sarawak. Selaku rakyat Malaysia yang dah kesemua negeri di Semenanjung telah dijelajahi juga negara-negara lain seperti Macau, Korea, France, UK, Thailand, China, Germany, Hong Kong, Taiwan (amboi banyaknya) TETAPI area borneo tak pernah jejak kaki lagi, tiket free ni sudah pasti jadi buruan!

Tapi semalam, sejak pukul 12, harapan nak beli terkubur... terkubur dek kubur pun tak sempat nak gali!



tak dapat nak masuk pun!

Actually memang dah plan nak ke Labuan tahun ni, dengar je ada seat free dari Air Asia, memang bersemangatlah aku ni. Tapi sebab dah website dieorang pun tak boleh nak masuk, memang kecewa jugaklah. Harga tiket RM 1000 lebih jadi RM 80, siapa yang tak mau kan?

Tapi biasalah, apabila tiket free ni, memang berduyun-duyunlah yang nak beli. Bukan aku sorang je Kat Malaysia ni yang masuk ke website air asia tu. Dah nak free, kenalah buat gaya kuat lentang berebut dengan orang lain!

Ada istilah mat saleh kata ' u pay rubbish, u get rubbish'

Nak yang tak berebut, berkualiti, ambil la time mahal ye dak? Apa-apa pun, harap Air Asia kurangkan publisiti kalau nak bagi tiket free camni lepas ni - memang tak lah ye kan?

pss : ada sesiapa yang berjaya beli semalam?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Anugerah Juara Lagu dan Herbalife Malaysia Spectacular

AJL malam ni akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil. Begitu juga dengan Herbalife Malaysia Spectacular 2013 akan diadakan disana jugak!



Apa tu Herbalife Malaysia Spectacular 2013?

Acara tahunan yang mengumpulkan semua pengedar Herbalife di satu tempat dalam satu acara. 2 tahun lepas diadakan di PICC, lebih kurang 4000 lebih yang hadir. Tahun lepas diadakan di MIECC, lebih kurang 6 ribu yang hadir dan tahun ni sebab jumlahnya bertambah-tambah, terpaksa diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil yang mana 15 000 yang akan hadir! Ramai kan? Entah tahun depan kat mana nak buat pun aku tak tahu!

Saya orang baru, boleh ke saya nak hadiri?

BOLEH SANGAT!! Hanya register jadi pengedar Herbalife (RM 98 je) dan beli tiket ke event anda akan dapat hadiri event terulung ini. Aku sangat suggest orang yang mahu memulakan perniagaan Herbalife pada tahun 2013 ni untuk hadir ke event ni, tak boleh nak describe dengan kata-kata, just attend dan buatlah pilihan sama ada benda ni sesuai atau tak dengan korang. Mungkin korang pernah dengar benda buruk pasal Herbalife (liver injury, orang mati makan Herbalife, Herbalife sistem piramid dan macam-macam lagi) aku dapat pastikan kepada korang yang akan dapat semua jawapannya disana. 

Legend Herbalife akan datang! John Tartol! Dia dah makan Herbalife lebih 31 tahun dah, korang bleh tengok sendiri fizikal dia macam mana. Dah umur 60 ok! Selain tu wakil corporate HQ di LA juga akan datang selain corporate Malaysia semua akan berada disana. Yang best, speaker-speaker yang pasti akan menyentuh hati korang!

'aku berani buat keputusan untuk buat Herbalife Fulltime setelah hadiri 1st Spectacular di Manchester'

Pengalaman peribadi, 1st Spectacular aku adalah di Manchester, di UK - semasa belajar di sana. Masa tu hanya 800 macam tu je yang hadir dan aku cukup dapat inspirasi dari speaker-speaker dan pengedar Herbalife lain yang datang kesana. Bayangkan kat Stadium Putra nanti, lebih 15 000 orang yang akan datang, pelbagai latar belakang, pelbagai generasi umur - mesti banyak cerita yang korang dapat kumpul

Saya nak pergi, tapi tak nak buat Herbalife

BOLEH!!! Just assume korang hadiri program motivasi. Program motivasi peningkatan diri dengan lebih 15 000 orang yang cukup positif dengan hidup mereka masing-masing. Mesti korang akan dapat ilmu dan inspirasi yang tidak ternilai oleh wang ringgit! Tapi aku cakap betul, kalau niat korang nak datang ke Spectacular hanya untuk motivasi, itu yang korang akan dapat. Tapi kalau korang hadiri event ni untuk ketahui adakah Herbalife sesuai dengan korang, itu jugak yang korang akan dapat. So, decide sendiri!

Saya dah jadi distributor Herbalife, kena pergi ke? Cam ada hal je tarikh tu....

Yang dah jadi pengedar ni, buatlah keputusan bijak dengan pilih untuk bersama dengan kami disana. If tak nak pergi, takde siapa yang boleh paksa. Korang punya upline, sponsor tak boleh nak paksa korang. Buat keputusan dengan bijak. Kalau korang pilih untuk tak datang ke Spectacular tahun ni, kejayaan korang tu akan tertangguh untuk 2 tahun. Isshh, lama tu! Jadi, buat keputusan yang bijak!


Khas untuk pembaca blog joegrimjow

Berita BAIK untuk korang (STRICTLY YANG BELUM SIGN UP AS DISTRIBUTOR LAGI) yang selalu baca blog dan ikuti perkembangan aku ni, ada 2 tiket untuk korang. Contact aku terus untuk tahu bagaimana nak dapatkan tiket ni. Tiket untuk mengubah masa depan korang dengan menyertai pernigaan hebat ni. Call terus ke 0169640972 SEBELUM 11.59 malam pada 7 Januari 2013. Boleh tengok countdown kat bawah ni, bile dah 00 00 00 tu maknanya time korang nak buat keputusan dah habis. okeh, jangan lupa contact ya untuk tiket!


Jumpa korang di SPECTACULAR!!!


pss : insyaAllah aku akan bawa 33 orang ke Spectacular nanti. Jom jadi yang ke 34 dan 35 :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pengalaman jadi suami : Lawak comel kononnya

aku : sayanggg, apsal perut u semakin buncit ni??

cik bini : ye ke? alaa, anak u jugak kot

aku : u sayang tak anak kita ni?

cik bini : mestilah sayanggggg

aku : habis tu kenapa u makan dia?

cik bini : #%[+*#~¥_•+


pss : selamat tahun baru. jangan tension2, hidup kena ceria okehh :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW