Aku tak tahu korang, tapi bagi aku sesuatu lagu yang aku suka tentang irama dia. Macam kalau boleh go on je, baru aku pergi kepada lirik dia. Antara lagu yang menarik minat aku adalah lagu anak kampung. Kat radio selalu pasang, mungkin tu sebab suka kot
Cuba kita dengar lagu ni
Tapi, bila tengok dan hayati lirik lagi ni - perghhh rasa macam tak puas hati je. Serius tak puas hati!
Ni aku copy paste lirik lagu dia. Takdenye aku hafal lirik dia
Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik memang tidak padan
Dan tidak sepadan
Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli-kuli sahaja memang tidak padan
Cantik bha kau itu banyak yang tergoda
Lagi orang kaya
Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada ada pun bapa punya
Apa lagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu
Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerana aku cinta
Aku lepaskan kau sama orang lain
Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiadalah guna
Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun teda ada pun bapa punya
Apa lagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu
Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerana aku cinta
Aku lepaskan kau sama orang lain
Komen pasal lirik
Negatif gila kan lirik lagu dia? Ada certain part yang - ahhh, tak boleh nak terima! Memang aku ini anak orang miskin, Tiada apa-apa yang dapatku berikan - ok fine, ko orang miskin xdapat bagi apa-apa. Tapi at least boleh tolong apa yang patut ye tak. bukannya tak boleh bagi apa-apa langsung. Engkau memang cantik memang tidak padan, Dan tidak sepadan - ok, kalau aku kat diri perempuan tu, datang cakap macam tu, memang sah aku terus reject dah. takde keyakinan diri langsung
Part yang tak boleh tahan dah datang! Aku anak kampung tiada pelajaran, Kuli-kuli sahaja memang tidak padan - kau takde pelajaran tapi nak salahkan orang kampung! Helloo, orang kampung pun banyak pelajaran tau sekarang. Yang kaya2 kat Malaysia sekarang ni kebanyakannya orang kampung. Syed Mokhtar Bukhari bukannya orang bandar pon. haisshh!
Dan part yang tak boleh nak tahan - Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan, Rumahku pun tiada ada pun bapa punya, Apa lagi belanja mahu bayar berian, Kahwin sama kamu - dah takde tu buatlah cara takde. KERJA! Banyak kot peluang kerja sekarang ni, tak payahlah nak pasrah sangat.
dan dan dan - Bukannya ku tidak suka sama kamu, Tapi aku takut hidup kau kan sengsara - kalau tak suka, diam. kalau suka, MAKE A CHANGE. Belum apa-apa dah takut tak boleh nak tanggung bini. Tak payah kawin teruslah. Dan yang paling teruk - Kerana aku cinta, Aku lepaskan kau sama orang lain - sebab cinta lepas kat orang lain, what a nonsense. If bapak pompuan tu tak suka ke, family tentang ke, ok lah jugak. Ni sebab ko malas kerja, pasrah je duk tenung sawah padi, rasa kecewa sebab mak bapak tak kaya, lepaskan cinta. oohhh sangat tidak suka!
cool down cool down
Mesti sesak nasfas kan korang baca ulasan aku ni? haha. tarik nafas dulu dalam-dalam, hembus then kita cite. Actually banyak lagu yang best-best kat luar tu tapi kalau tengok lirik aiyooyo, sangat negatif. Yang aku tak suka pasal lirik lagu macam ni, seolah kita pasrah dengan hidup kita dan lagu anak kampung ni boleh dikatakan dimainkan setiap radio kot. tengah hit sekarang ni. budak2 yang duk nyanyi lagu ni, jadi siulan mereka sikit sebanyak akan masuk ke dalam subconscious mind dieorang dan akan lahirlah masyakarat yang PASRAH MEMANJANG
hurmmm..... entahla labu............
16 ulasan:
Tu lagu minta putus paling panjang pernah aku dengar.
Hahaha.
Tapi aku suka muzik dia.
:)
hehe.. saya sangat setuju dengan ulasan di atas.
usaha tangga kejayaan. hehe :)
Actually aku rasa lagu tu adelah cara paling halus kot nak buatkan seseorang pompuan tu reject laki ni... Ye lah, kot la kan laki ni tanak kat pompuan ni... Tapi agaknye dia nampak kegigihan pompuan ni macam tak kisah je ngan life dia, so terjadi la lagu ni sebagai psiko habes2an utk buat pompuan tu tak suke... Just my opinion... Hehe... Kalo laki tu btol2 nk pompuan tu, kenapa dia perlu huraikan macam2 bende yg negatif pasal diri dia kan?
saya suka muziknya. sedap. lirik dia pun boleh tahan.hehe
@♛ LORD ZARA 札拉 ♛muzik best, lirik ahhhhh
@Makbed
:)
@ahsfantasy24
malas nak berusaha, pasrahhh
@aslina majid
logik jugak
@nurdani
lirik boleh tahan?? ok. haha
memang ada betulnya ulasan tu. jangan terlampau down dengan hidup kita..
tapi kengkadang, orang pompuan ni tak suka kena reject cara terus-terang. dorang suka cara berkias. so, jimmy palikat buat la ayat2 yang tunjukkan dorang tu tak sepadan. (macam aslina majid cakap.)
salam joe
(kompom tak kenal saya ..takpe..sbb ri ni baru nak komen..)
gurau2 ja nih tau...
dia saja nak uji perempuan tu.. kalau dia cakap macam tu perempuan tu nak tak kat dia... hehehe...
sebenar nya sawah2..kereta2.. rumah2.. semua dia punya....bukan bapak dia punya... hehehee....
bg ak lagu ni ckp pasal cinta 2 darjat..yg mcm die nk ckp dh die mmg miskin, kerja pn belum tentu mampu nk tanggung perempuan tu yg dh biasa kaya hidup mewah..
tak pernah hayati lirik die sebab muzik die lagi best dr lirik.. lepas baca entry ni terus rasa "eh, betul jugak".. =)
Setuju sangat!
Bertenang.Hehe.
Maksud lagu ini, mungkin kau nampak ketika kau dah ada duit, bekerjaya dan berjaya.
Tapi, cuba letakkan diri kau ketika kau masih baru bekerja, sedang mencari tapak, masih muda dan tidak pasti masa depan macam mana.Tiba-tiba muncul gadis kaya yang harta keluarganya kau mungkin tak dapat kejar dalam masa 10-20 tahun.Dia suka kan kau dan dia tidak kisah dengan kemiskinan harta kau.
Kau sayang dia, tapi kau fikir jauh akan pandangan keluarganya, kaum kerabatnya,masyarakat sekeliling dan juga perbelanjaan harian jika kau dan dia berkahwin.Mampukah kau sara keperluan harian dia dengan pendapatan kau?
Aku pernah berada di tempat ini.
Trust me, ia tidak semudah seperti dalam filem "berusaha keras,berjaya dan hidup gembira sampai mati".Banyak dugaan yang mungkin tidak dapat ditampung di kemudian hari.Cara terbaik, adalah menolaknya dengan elok dah berhemah.Nasihati dia untuk memilih yang sepadan.
Hanya mereka yang mengalaminya akan faham.
Jangan terlalu menegatifkan perkara yang negatif. Lihat sudut positif dalam lirik tersebut.
Bertenang.
Catat Ulasan