Share

Malam terakhir di Kelantan bergelar bujang

Amboi tajukkkkkkkkk :)

Malam ni merupakan malam terakhir bergelar bujang kat Kelantan. Esok dengan izin Dia, akan bergerak ke Sungai Petani dengan mak pada awal pagi esok lagi. Eh eh, aku kahwin bukan esok lusa tapi InsyaAllah akad nikahnya pada hari Jumaat ni - 2/11/2012

Mintak doa kalian supaya semua berjalan dengan lancar ya. terima kasih :)

Maghrib tadi aku habiskan masa kat club kat Wakaf Che Yeh, bukan club malam ya, club ajak orang jadi sihat. Tapi malam ni aktiviti pelik sikit, sebabnya kebiasaan duk layan customer tapi aku duk sibuk call kawan-kawan untuk diajak ke majlis aku kat Sungai Petani nanti. Kebanyakan kawan kat Sheffield je lah, kawan skolah banyak dah lost contact

Tak jemput korang ke?

Beriya hari tu kata nak buat khemah untuk kawan twitter, kawan blogger dan kawan facebook bagai kan, last-last jemput pun tak. haha. Jangan risau, perancangan nak buat khemah2 tu akan dibuat masa majlis kat Kelantan nanti. Bertandang rumah orang ni tak bolehlah nak buat rumah sendiri ye tak? Nanti majlis kat Kelantan aku akan ajak korang semua ok.

Lagipun kalau ramai yang datang belah perempuan ni, penat pulak aku melayan korang sampai takde energy di malamnya

Waha, lusyah!

Bulan yang segan2 di Kelantan
Alright, sekali mintak korang doakan semoga perjalanan aku menempuh hari-hari terakhir bujang ni dipermudahkanNya. Doa kalian cukup bermakna buat aku. peaceee. Selamat malammmmmm

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah!!!

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin berkata...

@eL.mh

time kasih :)

firuzLazuardi berkata...

wahhh da nak kawen!! tahniah2!!

gurumusafir berkata...

Yeah!!!!
Xley nak manja2 ngn bos lg da :)
Btw, taniah in advance!!!!!!!
Semoga Allah bersama dalam majlis nanti

Azrul Hisham berkata...

tahniah bro :)

Mama Zharfan berkata...

congrats!!

fiqkbe berkata...

mesti nervous kan? selamat menjadi suami yg soleh & imam yg baik ;)

anyss berkata...

Assalamualaikum,
Selamat pengantin baru, semoga kekal dunia akhirat. Semoga semuanya berlangsung dengan sempurna.

Di kelate, makna "bujang" tu lain wehhh ;)

Ayuni Khalib berkata...

Tahniah. semoga berjalan lancar segla yang dirancang saudara dan bakal zawjah.

KuNanGKuNanG berkata...

tahniah..moga selamat semuanya dan majlis akad nikah berjalan lancar...:)

*rase berdebar gak sbb majlis nikah sy pun dah nak dkat..huhu

Syue Mustafa berkata...

Tahniah. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Shahada Fauzi berkata...

tahniah! semoga diberkati Allah..^_^

Nornizam Jamal berkata...

tahniah... Moga dipermudahkan amin...

Selamat hari bahagia bro =)

akuzle ayu berkata...

Wah, taniah! Sempat kor dop neh? Kak kelik kg tgh bulan 12.. Joe x jeput pon kak g jugops. Aci? Har3

Aspen @ MyLovelicious berkata...

Alhamdulillah..moga menjadi suami dan ayah yang terbaik ye. Akak di boot camp butterworth on 2nd - 4th

shera haifa berkata...

tahniah.. moga dipermudahkan segala urusan.:)

dak eina berkata...

tahniah joe...selamat pengantin baru..huhu

abduhu berkata...

tahniah..welcome to the club!..semoga menjadi suami yang soleh yang dapat membimbing isteri n anak anak ke jalan akhirat..amin..

p/s: lafaz akad sekali je tau..heheh

Jard The Great berkata...

eiii eiii.. tak sabarnya si joe nak malam pertama. haha! tahniah joe!

FarhanaDr berkata...

Wahhhhh. Sungguh tak disangka. Semoga bahagia hendaknya melayari bahtera hidup berumahtangga. :D

Hamdi berkata...

Selamat pengantin baru

kak ina kl berkata...

tahniah..semuga kekal sehingga ke akhirnya

Anarm berkata...

tahniah boh.. selamat pengantin baru.. semoga rumahtangga yang dibina akan berkekalan sampai ke syurga.. aminn..

laskar pelangi berkata...

selamat pengantin baru !hihi

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW