Share

Keputusan Extreme Healthy Diet

18 Oktober lepas, aku ada post satu entry sempena program diet yang aku nak buat sebab berat badan yang mendadak naik dek holiday. Boleh rujuk ke entry lepas. Sebagaimana dijanjikan pada 1 Oktober aku akan umumkan keputusannya - berjaya atau tidak!

Keputusannya - tidak berjaya!



Walaupun tak berjaya, cuma 0.7kg sahaja yang miss. Bajet nak turun sehingga 75 tapi tadi hanya 75.7Kg - penurunan 4.4kg dalam masa 15 hari. Ada berapa sebab kenapa tak jadi, ni antara sebabnya

-Hari pertama program dah bantai pizza raikan customer turun berat :(
-Sepanjang program pergi 2x ke KFC :(
-Kurangnya bersenam yang konsisten :(
-Tiada catatan harian

4 sebab ni kenapa miss 0.7kg! Basically program yang aku buat ni sangat mudah - 6x makan dalam sehari! Sangat banyak kan? Ya memang sangat banyak. 6x makan sehari tapi still boleh turun 4.4kg dalam masa 15hari. Nak buktikan kepada korang yang memang betul teori - berlapar dalam menurunkan berat badan adalah cara yang salah! Setiap hari semasa program tak pernah lapar - mana nak laparnya dah 6x aku makan sehari!

Untuk food log semua, sebab aku update pakai phone agak terbatas nak copy paste semua. Lagipun tak semua berminat ye tak? So sesiapa nak cuba program aku ni - terutamanya yang nak kawin waktu terdekat ni nak nampak tegap gitu atas pelamin, boleh emailkan kepada aku di joegrimjow@gmail.com. Aku akan emailkan kepada korang step yang aku buat dan kalau korang boleh tinggal 4 benda kat atas tu, result korang pasti lagi mantap gitu

Oraite - jangan lupa email ya. Next target nak kempiskan perut ni sebelum bulan 11. Heh, doakan ya. Sama-sama kita amalkan gaya hidup yang sihat :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

2 ulasan:

Hanizeyecandy berkata...

My weight pun turun tak banyak maybe sebab masih breastfeeding.. my body need all the fat hehehe.. Anyway yang bestnya turun inci so boleh pakai baju before pregnant and seluar jeans pun dah boleh pakai...

joegrimjow berkata...

@Hanizah Hanafiah

wahaa, minum shake banyak2 okeh :)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW