Maryam adalah gadis biasaaberumur 16 tahun yang tinggal di Indonesia. Memiliki keluarga seperti mana kita juga. Tapi dek desakan kewangan, banyak masalah timbul, masalah antara ibu bapa dia, masalah pelajaran dia, masalah adik-adik dia yang lain, buatkan dia tertekan dengan hidupnya. Kehadiran seorang 'kawan' yang memang selama ini dia nantikan telah sedikit sebanyak mengubat hatinya yang selalu berduka. Kawannya perkenalkan 'cara' untuk dia lari dari masalah yang banyak itu dengan menalefon ke satu nombor dan berkongsi masalahnya, mengajak dia ke konsert-konsert yang aman dan berjumpa dengan cikgu-cikgunya yang jauh lebih ramah dari ibubapanya sendiri. Diri Maryam kini lebih tenang.....
Dalam tenang dia rasa resah, resah sebab dia melihat dirinya semakin jauh dengan agamanya sendiri!
Maryam bukan sekadar nama, ia melambangkan lebih 2 juta setahun penduduk di Indonesia yang meninggalkan Islam dan menganut agama lain terutamanya kristian. lebih 200 orang meninggalkan Islam dalam masa sejam. Angka yang menakutkan! Untuk lebih memahami #SaveMaryam ini, kita tengok video di bawah
1 Ramadan lepas telah dilancarkan kempen #SaveMaryam di seluruh dunia. Kempen yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada umat Islam di seluruh dunia realiti di dunia sekarang dan juga bertujuan untuk memungut derma bagi menjayakan beberapa projek kearah membangunkan Islam. Pendapat peribadi aku, susah untuk kita jalankan program pembangunan Islam ini sebab kita tiada dana yang mencukupi. Sebab tiada dana, sebabnya tak ramai KITA yang take part dalamnya. Masalah utama adalah kedudukan ekonomi kita sendiri pun tak cukup kukuh, bagaimana mahu menderma kan?
#SaveMaryam ini adalah simbol untuk kita bersatu dalam memerangi masalah yang melanda masyarakat Islam di sana. Indonesia yang merupakan penduduk yang paling ramai beragama Islam, lebih 200 juta mungkin lepas ini tidak lagi kalau kita tidak melakukan sesuatu.
Kongsikan dengan kawan2 korang mengenai masalah ini, blog, tweet mengenainya, letak di facebook dan sebagainya supaya bukan kita sahaja yang tahu mengenai masalah ini. Selamatkan maryam, selamatkan Islam!
2 ulasan:
save maryam.
harap kita semua membantu
#save maryam...
smga dapat membantu lebih ramai tidak terpesong akidah.
saya share di blog yer.
Catat Ulasan