Share

4 sebab kenapa perlu menyertai pertandingan menurunkan berat badan

Berada di dalam industri kesihatan ni buatkan aku banyak bergaul dengan orang yang mahukan kesihatan. Alhamdulillah, kerajaan jugak tak lokek dalam menyediakan peruntukan untuk menjadikan rakyat kita semakin sihat. Tahun lepas aku antara penerima dana belia 1 Malaysia untuk KELANTAN WEIGHT LOSS CHALLENGE sebanyak RM 35 ribu dan tahun ni insyaAllah akan dapat lagi peruntukan daripada mereka.

Jika diberi wang sebanyak tu dan tugasan korang adalah untuk menurunkan berat badan, apa agaknya yang korang akan buat? Ya, adakan satu pertandingan! Pertandingan menurunkan berat badan! Biggest losser is the winner! 

Jadi entry ni, aku nak share dengan korang yang tengah mencari solution untuk turun berat badan untuk ketahui keajaiban WLC (Weight Loss Challenge) ini


1) Mempunyai coach yang berdedikasi

Coach2 WLC kat Sheffield

Coach adalah orang yang terpenting untuk menurunkan berat badan. Aku tak nafikan ada sesetengah orang selesa tidak mempunyai coach, tapi dengan mempunyai coach, korang akan lebih dapatkan result. Coach adalah orang yang berpengalaman dalam soal berat badan ni, sama ada coach ni memang belajar tentangnya ataupun memang dieorang pun pernah berat dulu. Masuk pertandingan WLC, korang akan dapat coach yang akan membimbing korang dapatkan berat badan ideal


2) Suasana yang menjurus kepada penurunkan berat badan

Group Support yang best

Manusia ni tak dapat lari dari berhubung antara satu sama lain. Nak cari kawan, orang kata carilah kawan yang boleh mengajak kita kearah kebaikan. Masuk pertandingan WLC ni, secara automatiknya korang akan dapat kawan yang begitu teruja untuk sama-sama menurunkan berat badan. Suasana beginilah yang korang perlukan tatkala motivasi nak turun berat tu semakin pudar, ataupun nafsu makan kembali bergelojak, merekalah yang akan sama-sama memberi motivasi untuk meneruskan misi penurunan berat badan ini


3) Lebih fokus untuk menurunkan berat badan

Adik ni juara WLC Kelantan musim ke4


WLC ni peraturannya bergantung pada pihak penganjur. Ada pihak yang meletakkan sejumlah duit sebagai syarat penyertaan, ada pihak yang mengenakan syarat untuk membeli pakej mereka dan pelbagai lagi. Apabila kita meletakkan sesuatu bernilai untuk pertandingan ini - tiada lain yang akan kita buat selain cubanya sehabis baik! 


4) Ganjaran dan ganjaran

Terus dapat cash!

Pengalaman aku, yang menang pertandingan ini adalah orang yang mahukan ganjaran! Sesetengah penganjur meletakkan ganjaran yang cukup tinggi, contohnya aku letakkan ganjaran pemenang utama tahun lepas sebanyak RM 1000, memang suka sangatlah orang kalau dapat menangnya kan. siapa tak suka dengan ganjaran, ce bagitau. heh. Pertandingan lain pun, jika korang tanya sebab utama yang pemenang no 1 tu menang pun dieorang cakap mahukan ganjaran. 

Lagipun, tak menang duit korang akan dapat ganjaran penurunkan kesihatan, bukankah itu yang lebih bernilai :)


********

Selain aku sendiri yang adakan pertandingan sebegini, banyak lagi penganjur luar yang lakukan benda yang sama. Terbaru adalah di area bangi. Kat Hentian Kajang. sesiapa berminat, boleh datang untuk tengok dengan lebih lanjut. Malam ni, 17hb. Akan adakan penyampaian hadiah dan pendaftaran untuk musim seterusnya. jom datang beramai-ramai! Nak masuk hubungi joe -0169640972


Selain di Bangi ni, banyak lagi tempat-tempat lain yang adakan pertandingan yang sama. Kalau korang nak tahu update kot-kot kena dengan tempat yang korang tinggal, boleh tinggalkan detail dibawah. Ada je pertandingan tengah berlangsung, terus aku bagitau. 



Oraite, itu sahaja. semoga korang terus ceria


pss : hari ni ada pertandingan yang sama di Putrajaya, wah, siapa agaknya yang menang ya?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

0 ulasan:

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW