Alhamdulillah, Jumaat lepas baru saja habis sesi pertama pertandingan Loose to win di Putrajaya. Pertandingan ni dianjurkan oleh biro kesihatan Puspanita JPA Putrajaya dan berlangsung selasa sebulan. Mula pada 15hb June dan berakhir pada 13hb July. Yang bestnya, pertandingan ni semua yang sertainya pasti menang wang tunai!
Biasanya pertandingan turun berat ni hadiah diberi kepada no 1 no2 dan no3, berbeza pertandingan loose to win ni, setiap peserta akan dapat wang tunai melalui berapa banyak kilo yang mereka turun. Wah, hebat sangat gitu
sebab pertandingan ni 'lain' dari yang lain, penyertaan pun macam pisang goreng panas - terpaksa ditutup!
Aku dijemput jadi speaker untuk share masalah obesity dan berkongsi cara untuk turunkan berat badan dalam masa sebulan pertandingan ni. Mula-mula oklah, tapi bila dah sampai kesana, mak oi, besarnya dewan. Cuak datang tiba-tiba. Haha.
Dibantu oleh diamond aku, bukhari, najihah, emir, norasyiqin dan sponsor aku tersayang iman, alhamdulillah perjalanan program berjalan lancar. Terima kasih kat korang yang membantu. Ok, layan gambar
Sesi timbang-timbang
|
Slide macam HOM je kan? haha. |
Cabaran untuk orang Putrajaya
Seramai 51 orang - kesemuanya perempuan sebab memang buka untuk kaum hawa saja sertai pertandingan ni. Aku just share sedikit sebanyak ilmu tentang kesihatan yang ada. Sebelum habis talk tu, aku ada cabar kepada kesemua peserta supaya berjaya menurunkan 200kg keseluruhan. Barulah ada kesan UMPHHH gitu :)
Kepada mana-mana company atau badan kerajaan yang nak buat pertandingan seumpama ini lagi, boleh contact aku ya. Staf yang berbadan cergas ni banyak manfaat kepada company, jadi big bos jangan takut untuk buat pertandingan seumpama ini. Semoga lebih banyak program yang menggalakkan kesihatan seumpama ini dilakukan dikemudian hari.
pss : malam ni dah balik kelantan. yuhu!
4 ulasan:
Ni under herbalife ke?
@ddfirdaus
x, under puspanita jpa
wow besnyer. cabaran gain weight x de ke? :P
@shazika
adaaaa
cukup koata kita buat :)
Catat Ulasan