Share

Hari Nakba dan kenapa perlu sambut

Hari Nakba atau day of the catastrophe atau Hari Kecelakaan adalah merujuk kepada hari memperingati pengusiran orang palastin dari tempat tanah air mereka sendiri pada tahun 1948 dahulu. Pada tarikh itu, lebih kurang 700 000 rakyat palstin diusir dari negara mereka sendiri. Beribu rumah dibakar, beratus kampung dimusnahkan. Kecelakaan atau nakba ni perlu kita sambut bukan dengan intonasi gembira, sebaliknya sebagai memperingati saudara seislam kita yang kehilangan negara mereka!

Hilang sebab dirampas!

ada beberapa gambar dari wikipedia




banyak lagi dan korang boleh klik link sini

Nama lain

Selain Hari Nakba atau yaumulnakbah ni, ada beberapa nama lagi sempena hari yang malang ini. Antaranya al-ightisab ("the rape"), al-ahdath ("the events"), al-hijra ("the exodus"), dan lamma sharna wa tla'na ("when we blackened our faces and left"). 15 Mei dipilih sebab hari ini adalah sehari selepas hari kemerdekaan Israel - kemerdekaan yang tidak diiktiraf


Kesedaran Hari Nakba

Kat Malaysia ni entah kenapa 'semangat' untuk memperingati hari ini sangat kurang. Kalau aku tanya kat sini berapa orang yang tahu pasal ni, berapa orang yang berani angkat tangan? Aku pun dulu tahu pasal tarikh ni tahun lepas, semasa kawan palestin kat Sheffield buat program pasal ni. Sekarang ni ada lebih 4 juta pelarian palestin di seluruh dunia, merekalah yang bersemangat untuk meneruskan hari nakba ini supaya dunia tahu, Israel yang ada sekarang adalah bumi mereka dahulunya. 

Bayangkan kalau Malaysia negara kita di rampas, 28 juta penduduk negara kita, termasuk aku dan korang yang membaca dianggap PELARIAN - apa perasaan kita? Ambillah masa untuk hari ini, sebarkan perihal Hari Nakba ini kepada yang tidak tahu. Walaupun kemenangan Islam itu pasti, sama ada kita bersama dengan kemenangan ini itu tidak pasti. Dan malanglah kalau kita tidak bersama memberi sumbangan


pss : Selamat memperingati hari nakba!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

8 ulasan:

Unknown berkata...

cukup perit penderitaan yang dialami oleh Palestin.

joegrimjow berkata...

@Rozuan Ismail

until now

Neeza.Areef berkata...

mmg x penah tau

Dear Weirdo Me berkata...

thanks for sharing. sesungguhnnya, saya tidak pernah tahu akan kewujudan hari ini.

GreenLava berkata...

Saya pun pernah tulis pasal Hari Nakba ni kat sini:
Israel haramkan berkabung pada Hari Nakba

Peraih udang dari Zimbabwe berkata...

Sesungguhnya bangsa Palestin adalah satu bangsa yang kuat, kerana itu mereka diuji sedemikian rupa.

Di akhir zaman ini nanti, bangsa Yahudi akan dihapuskan sebagaimana diriwayatkan di dalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Allahuakbar!

i'm shin... i'm inesen berkata...

sharing is caring.. tumpang baca yer

pengobatan herbal ambeien berkata...

benar-benar mengiris hati banget

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW