Gud morning!!!
Pagi-pagi buta camni aku nak review satu benda yang sangat-sangatlah penting untuk orang pemalas macam aku tapi nak kulit muka cantik. Sebelum tu, jangan tanya aku pasal conditioner, toner dan ner ner lagi - haram jadah aku tak tahu. Mana taknye, lelaki seperti aku yang sungguh busy ni, hanya gunakan sabun saja untuk lap ke seluruh bahagian anggota badan. ye, seluruh anggota badan termasuk kulit muka!
Ok, benda yang aku nak share pagi buta ini adalah - MASK
wahahaha, kalau korang nak tahu, paling banyak penjagaan kulit aku suka adalah MASK. Kenapa aku suka MASK, sebab kita akan kelihatan lain semasa memakainya. Nak ganggu anak sdare tengah tido pun best. Heh, jadi, kepada lelaki-lelaki di luar sana, malas nak jaga kulit at least pakai mask ok
Mask Herbalife vs Mask lain-lain lain
Mask lain-lain
Semalam godek-godek beg yang aku pergi Korea tempoh hari, terjumpa pulak Mask syarikat 'tuttttt' kat dalam beg. Mask ni aku dapat free dari orang sana untuk test market dieorang. So, apa lagi, dah jumpa pakailah. Heh. Mask ni jenis yang kertas macam tu, ditebuk kat mata dan mulut dan hidung dan kita pakai. Ok, bagi mask macam ni, ada beberapa kekuranganlah. Pertama susah nak pakai - sebab korang kena make sure mata korang tak terlindung, mulut korang tak tertutup dan paling penting, hidung korang boleh bernafas. Yang kedua, susah nak cakap. Masa korang pakai Mask jenis ni, memang sangat susah nak cakap, nak senyum pun haram tak boleh. Senyum sikit terus jadi kedut-kedut. So, dalam masa 20 minit tu, kaku jelah mukanya.
Sangat tidak seronok ok
Mask Herbalife
Ok, Mask Herbalife ada 2, yang aku paling suka adalah Multivitamin clarifying mask. wow, superb ok. Sebab superb - ia jenis sapu-sapu. haha. so tak payah korang nak adjust mana-mana, just sapu je macam sapu bedak atas muka, terus jadi
Yang kedua sebab superb, korang tak jadi kaku sangat. see, muka kat atas tu siap boleh sengih lagi. Memang ok sangat. Nak call customer malam-malam untuk follow up no problem. memang aku tak tahulah macam mana dieorang reka, tapi memang sangat bestlah.
Ok, tu je review ringkas pagi-pagi buta ni. Kepada lelaki, ingatlah - kehalusan kulit adalah hak milik setiap lelaki. waha!!
pss : pagi ni bertolak dengan jenny ke Putrajaya, wuhu!
8 ulasan:
Hehehehe...comel =D
wkwkwk...kocak ini poto
@laskar pelangi
wahaha
@obat hiv aids
kocak?
eeiiii tak pakai bajuuuuuu hahahaha!
Baper ringgit?
-sara
@Just.wanie
malam2 xpakai baju.
hehe
@Anonymous
016 9640972. ni sara mane eh?
Catat Ulasan