Yeah, ini adalah entry terakhir 2011. Sedih jugak dah nak habis dah 2011 ni. Bila dah masuk 2012, umur walaupun birthday bulan 4, tetap akan bgtau kat orang yang bertanya 'umo ko bape eh joe?' adalah 24. Wah, angka yang sangat besar ok. Gerun pun ada tapi nak buat macam mana, masa memang akan berlalu dan terus menerus sama ada kita sedari atau tidak
Berimpian
Kata yang bermakna dari Mark Hughes 'Your Success Only Limited by Your Own Imagination and Hardwork' memang dalam makna ayat ni dan ayat ni jugaklah yang mengajar aku untuk memulakan impian. Dulu serius hidup takde impian. Mungkin baca banyak sangat buku dan bercampur dengan orang-orang yang positif, jadikan aku untuk berani membuat impian. Orang yang aku kagum, aku panggil die Mak Yang, pernah cakap, nak berimpian kena ada SMART
- Specific
- Measurable
- Agreeable
- Reasonable
- Time
SMART nilah yang akan buatkan kita lebih fokus. Let say korang kata bila korang dah start kerja, korang nak bantu ibu bapa korang untuk tunaikan umrah. ok. fine. tapi kalau impian setakat tu, aku yakin dan sangat yakin, korang nak achieve tu like 30 or 40% je boleh tercapai. Macam mana nak jadikan impian korang ni boleh terjadi? perlu SPECIFIC, seperti nak gunakan perkhidmatan agen A or agen B?. MEASURABLE, about rm 9 ribu sorang, so korang mak bapak korang, dah 3 orang dan perlukan rm 27 ribu. AGREEABLE, mak bapak korang nak ke? or mak bapak korang nak korang kumpul duit untuk kawin dulu sebelum bawak dieorang pergi umrah. REASONABLE, boleh ke korang bawak dieorang pergi, keadaan mereka mengizinkan? tak sakit? duit cukup? dan paling penting TIME, bila korang nak bawak pergi. bila dah start kerja - korang umur 50 tahun pon dikira korang dah start kerja ye tak? So, combine kesemua 5 elemen ni, baru korang akan nampak dan dengan izin Allah, usaha korang dah buat tu memang kuat, mesti akan terlaksana impian korang tu
Jadi untuk entry last 2011 ni, aku nak mengajak korang membina berimpian. jangan takut ok =)
Dream board
Benda ni agak cliche tau. kalau korang rasa 'ahhh, buat apa nak ada benda ni, ingat-ingat sudah' welcome to the club, aku dulu macam tulah, ada impian tapi just letak dalam otak je. last-last, impian hanya tinggal kenangan terindah. wahaha. so sekarang ni, cuba luangkan masa denga diri sendiri dan buat dream board korang, buruk macam aku pun takpe. haha. yang penting benda ni boleh dilihat SETIAP HARI dan benda macam nilah akan dorong korang untuk kerja dan kerja dan kerja sehinggalah impian korang tu tercapai
SPEAK IT LOUD
Ada impian, bgtau kat orang. Pedulikan orang kata korang ni nak menunjuk ke apa, or korang ni berangan-angan kosong ke apa, yang penting itu impian korang. Bila dah bgtau kat orang tu. nak kerja tu lagi-lagi-lagilah kuat. Aku ada 10 perkara nak ditunaikan pada tahun 2012 ni. Aku tahu, dengan usaha aku saja yang boleh jadikan benda ni terlaksana. yeahh, its only me! (izin Allah jangan lupa)
Penutup 2011
Terima kasih jugak pada korang yang sudi jadi pembaca kat blog ni. Walaupun aku agak sibuk kebelakangan ni untuk update blog, tapi masih ada yang setia membaca. sangat-sangat hargainya. Aku doakan korang akan menjadi orang yang hebat untuk agama ini, negara ini dan untuk family korang sendiri.
Bye bye 2011, welcome 2012!
pss : sayang lebih yang like/share dan tweet entry ni =)
9 ulasan:
I'm smiling after reading this. Bagus. Yang penting kita set hala tuju kita, bila dah nampak, senang nak menuju ke sana. Tinggal nak dengan tak nak, usaha lebih, sikit atau tak usaha langsung. Semoga berjaya adik Joe. :)
@FarhanaDr
thx u cik dr
bestnya joe,so young yet so successful.. =)
semoga berjaya....bgslah muda2 dah bnyk harta.heeee ^^
perghh, banyknyer azam,
smga berjaya yer..=)
@~kuyam~
jom same2
@Tasha
kena kerja keras
=)
@MiszMaryaNe
thax u
;)
Semoga Impian Tercapai ..... Yang Masih Hidup diteruskan.... Yang Sudah Meninggalkan kita.... jangan dilupakan !!!
Catat Ulasan