Pengalaman aku dengan penjawat kerajaan ni memang lama dan ramai. Keluarga aku sendiri – mak ayah aku kedua-duanya merupakan cikgu. Adik beradik aku 7 orang termasuk aku, 4 darinya adalah kakitangan kerajaan. Abang sulong doktor, kakak sulong PTD, kakak kedua doktor dan abang ketiga akauntan. 3 orang je yang keluarga aku bukan makan gaji dengan kerajaan. Sorang kerja sendiri, sorang makan gaji dengan dominos dan aku makan gaji dengan menguruskan orang
Kali ni aku nak cerita pasal kakak sulong aku yang kerja PTD. Dulu kakak aku ni jadi peguam, aku rasa dia sempat kerja kejap je then masuk dalam PTD ni. Nak jadi PTD bukan mudah, korang yang ada pernah alami exam/latihan dieorang tahulah kan macam mana susahnya nak lepas, sebab tulah aku respek kat kakak aku ni
Hidup seorang PTD
Sekarang dia kerja kat putrajaya, bahagian JPA. Dari rumah ke tempat kerja dia aku rasa lebih kurang 10 minit boleh sampai. Tapi cuba korang teka pukul berapa dia pergi kerja? 6.45 pagi! Heh, sangat awal. Balik? Cubalah teka cubalah teka. Average 6-7 petang macam tu. Kadang-kadang hujung minggu pun boleh pergi office nak siapkan kerja. 6 kali seminggu ok. Tapi sangat ok untuk aku, ye lah boleh pakai kereta hujung minggu tu. Hehe
Hari tu aku ingat, sampai rumah dalam pukul 7 petang macam tu. Dia tak balik lagi. Dalam pukul 8 baru balik. Lepas balik aku ni memang suka sindir 'gaji lebih ke pulang lewat' dia kata banyak kerja nak diselesaikan. Balik rumah, terus bukak laptop dan sambung kerja. Aku nak tido dalam pukul 12 malam macam tu dia tak satel lagi kerja. Rajin gila kan kakak aku ni? Tengok lah adik dia sape. Eh takde kaitan
Tak tension ke?
Walaupun kerja lebih kurang 12 jam sehari, kadang-kadang hujung minggu pun masuk office tapi aku tak tengok dia tension dengan kerja dia. Tengok gaji dia takdelah banyak sangat, sama je dengan orang lain, jadi dia tak tension tu bukan sebab dia dibayar lebih la. Pelik, kalau bukan gaji lebih, apsal tak tension kerja macam tu?
Suka dan enjoy
Jawapannya ada pada attitude. Kerja yang dia buat tu dia suka lakukannya. Happy je sentiasa kalau pergi office hujung minggu. Enjoy je pergi office pukul 6.30 dan balik rumah lewat petang. Sebab tulah dia tak pernah nampak tension. Betul ke tak aku tanya hari tu dia kata tu adalah tanggungjawab dia, angguk je lah bila dengar
Kan bagus kalau semua penjawat kerajaan macam tu
Aku sangat yakin kalau semua penjawat kerajaan, tak kiralah bidang mana, cikgu ke, doktor ke, kerani ke, polis ke, askar ke, kalau semua kerja dengan attitude macam tu aku rasa sangat cemerlanglah Malaysia. Tapi realiti sekarang ni tak jadi macam tu!
Next entry aku akan publish kenapa tugas penjawat kerajaan kita tidak seoptimum seperti yang kita harapkan. Heh, sabar-sabar
pss : dah sampai KB. ingatkan flyover dah siap, tak siap lagi!
20 ulasan:
ya..mesti bersyukur dgn apa yg kita buat
saya keje kerajaan..and rmai org cakap keje kerajaan duk melepak je, tapi gaji cukup bulan dapat..
bila saya sendiri keje kerajaan, baru saya rasa, 8jam keje sehari mmg x cukup nak siapkan keje y berlambak..nak sembahyang pun terpaksa curi2 masa..apatah lagi nak lunch..tapi saya suka kerja saya..
enjoy dengan keje y berlambak..
;)
keja mn2 pon byk cabaran...kerja cekgu pon dah semakin byk cabaran...yg penting enjoy!!...keje biar ikhlas...
mcm familiar je kakak awak ni..keje jpa bahagian ape ye?? :)
akak nih keje JPA dept mane erk?.. hehee..
joe, kereta bpk mentua aku yang beli kat UK kena rampas dari kerajaan Ireland. What to do?
Ni kes tak boleh nak wat back dated nak cukupkan tempoh 9 bulan sblm bawa balik Malaysia.
Wahhh bagusnya ur sis!
Bangga saya kalau ade kakak mcm tu!
Kite pun penjawat awam. Tp nk buat kerja lebih masa belum rajin. Masuk b4 7.30 4.30 sharp kite akn cabut balik T___T
ramai yang skeptikal dgn govt servant.. tapi aku kerja govt busy kot, balik mlm gak.. tapi best hohoho :D
bagusnya ur sis..baru la berkat gaji yg diterima tu bila kita bekerja dgn ikhlas..
mcm kenal je kakak demo tu..
rasanya senior akak kt uia..mmg masa kt uia pun dia aktif sbb slalu tgk dia kat mana2 program dept law
@yui92
enjoyy
@jieha
pekerja contoh =)
@nora rashid
cikgu pon banyak tekanan die
@✿....rossa alina....✿
jeng jeng jeng, kena cari sendiri
@RinnAzrinah
kenal ke?
@Darus Interferon
SKRG BACK DATED xleh pakai dah
@Dilakochan
lebih masa xberbayar gaji pon tu
@beeb beebot
tgok keadaan mmg kena skeptik
@bArdbOO
gaji ikhlas, hidup bahagia
@Kalamhati
ye la tu kot :)
Catat Ulasan