Share

Berita Twitter : Pak imam ajak makmum dengan twitter

Kota Bharu, 12 Oktober : Menyahut seruan Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012 untuk meningkatkan tahap inovasi dikalangan rakyat Malaysia, seorang pak imam disini telah mengambil langkah inovasi dengan memperkenalkan bot yang dipanggil ASoM Twit - Ajak Solat Melalui Twitter

Bot yang direkanya itu menggabungkan platform twitter, foursquare dan enjin carian Google. Secara ringkas, setiap kali waktu solat, sesiapa yang berada di kawasan 5km persegi dari masjidnya akan mendapat 'jemputan' khas melalui twitter. Sebagai contoh, jika anda berada di Cyber Cafe bersebelahan masjid ataupun sedang membeli pampers untuk anak di kedai runcit berdekatan dengan masjid, secara automatik anda akan mention khas dari acc twitter pihak masjid menjemput anda menunaikan waktu solat



Ditanya pemberita mengenai ideanya, pak imam itu menjawab 'Manfaatkan teknologi, bukan menjauhinya'

'Anak-anak muda yang ada twitter sekarang kalau bab twtup-twtup ni no 1, tapi bila nak ajak ke masjid bukan main liat lagi. Jadi dengan menggunakan pendekatan ajak melalui twitter ni, kita akan dapat menarik lebih ramai lagi ke masjid'

Bot yang baru diperkenalkan ini sudah menampakkan kesan yang begitu positif. Kebiasaannya jumlah yang solat di Masjid hanyalah sekitar 1-2 sof yang mana 90% darinya warga emas, tetapi sejak dilancarkan, bilangan sof bertambah menjadi 4-5 dan lebih separuh dari jumlah makmum adalah anak-anak mudah.

Pak imam yang menginovasikan rekaan ini mengharapkan agak ciptaannya untuk diperluaskan ke seluruh Malaysia malahan ke seluruh dunia. Dia berharap agar PM dapat memberikannya dana untuk dia dan rakannya membangungkan bot ini dengan tanpa cacat cela. PM boleh hubunginya di talian 0169640972 atau email kepada joegrimjow@gmail.com secepat mungkin

Ditanya mengenai kesan negatif bot ini, dia tersenyum sambil menjawab 'Sebab sesiapa sahaja berada di lingkungan 5km dapat pesanan twitter ini, sekarang masjid kami bukan sahaja Muslim yang ada, yang non-muslim pun datang sama bila waktu solat!'




pss : Esok ke KL lagi, doakan perjalanan selamat!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW