Share

Zaman Chatting dan Peredaran zaman

Semalam aku ada update status di page joegrimjow - a/s/l - benda basic yang kita tulis semasa mahu chatting di zaman dahulukala. eh, xdelah zaman dahulu kala sangat, 12-15 tahun yang lepas. Jumaat camni, macam zaman-zaman dahulu terkenang balik, jadi entry ni nak cite sikitlah zaman chatting yang super best. Salah satu sebab kenapa orang boleh melekat lama di Internet tak pelik kalau aku cakap adalah sebab chatting. kan? ke nak tengok apa kat internet ni? wahaaa

mirc


Ingat lagi dengan benda ni? sangat lama lama lama dahulu kot. Aku ingat, masa 1st ayah aku beli komputer dulu, lebih kurang masa tu umur dalam 5-6 tahun, abang akulah semangat main benda alah ni. Sebagai budak yang tak bersunat lagi masa tu, jumpa computer - game, jumpa computer - game. bukannya tahu sangat pasal chatting2 ni. Tapi sebab selalu tunggu q abang aku habis chatting dulu baru aku bleh main game - yang mana kadang2 sampai lewat malam, best pulak chatting2 ni. 

benda yang aku ingat asl ni la. age sex dan location. haha, dulu mana ada profail semua ni, so memang klu nak tahu kena tulis dan orang tu akan cakap. Yang aku ingat sampai sekarang, masa abang aku chattig dengan seorang perempuan ni. Cina rasanya. Punyalah semangat dia sampai nak jumpa kat alam betul. apa taknya, amoi cina tu siap bagi 'lukisan bertitik' yang nampak macam rumah. Haha, nak hantar gambar pun tak boleh ok dulu, memang kena buat corak sendiri

last bila dia balik dari jumpa amoi tu aku tanya camne. dia cakap - TUA. baru aku tahu, yang asl tu tak semestinya betul. pengajaran yang cukup bermakna!


Yahoo Messenger



Ingat lagi masa zaman YM yang baru nak keluar tu? Bila komputer pun dah ada window, mulalah start untuk install ni install tu. YM adalah aplikasi yang sangat popular sebab - chattinglah, apa lagi! Tapi yang best pasal YM ni, cepat betul dieorag upgrade sistem. memang rasa dunia sangat pantas. Macam tak payah nak masuk room ni room tu, dah kira cool dah tu, tapi YM ni lagi cool dengan boleh berwebcam! 

Tapi macam biasalah, webcam takde, tak guna jugak!


Lama jugak zaman YM ni bertahan. Aku sendiri pun kalau korang tengok kat gambar atas tu, ada lebih dari 700 kawan. Macam-macam list ada, list yang aku suka - cun girl yang sampai ada 64 orang. haha. Tu yang guna email mr_joe_smart@yahoo.com tu, tak campo lagi email-email lain. ahaa, boleh tengok kan betapa aktifnya aku berYM dulu. Kumpul sangat ramai kawan. Aku yakin, silent reader aku banyak terdiri dari kawan yang datang dari YM. erk, gadis blog dulu pun kenal melalui YM. kekeke



Skype


Dulu aku tak tahu sangat pasal skype ni. Tapi orang duk suruh install, install, aku pun install lah. Skype ni aku lebih gunakan pada family, sebabnya dia punya kualiti lagi ok. Dah belajar kat negara orang, nak call pakai phone mahal ooh, nasib baik ada skype yang boleh call free je. Selain kualiti bunyi lagi kualiti, nak webcam masa raya pun akan lebih menitiskan air mata - tengok family makan ketupat rendang semua. waghhh!!


Twitter



Walaupun twitter ni lebih kepada microblog, tapi aku gunakan twitter ni untuk berchatting. haha, apa kisah kan? Istilah microblog tu aku tahu lepas aku baca buku yang aku beli masa nak tunggu train, sebelum ni, serius aku ingatkan twitter tu macam benda untuk chatting je. Heh, walau apapun kegunaan twitter, memang sekarang ni sangat best lepak disana. Macam-macam adaaaa!! Kat twitter jugak korang bleh beramah mesra dengan orang terkenal. Macam aku, pernah twit dengan @najibrazak, @yunamusic,  @FazleyYaakob @anaraffali @anwaribrahim dan pernah bertwit dengan wakil rakyat kat sheffield! haha, hebat kan? tu yang suka pasal twitter tu =)


********

Kegunaan chatting sekarang

Sekarang ni, memang dah tak banyak kawan-kawan aku yang guna benda-benda kat atas ni untuk berkomunikasi. Sekarang dah ada facebook yang aku rasa sangat efektif untuk berkomunikasi. kat FB pun ada chatting jugak kan? Tapi ntah nape, aku tak minat. Sekarang ni, aku guna chatting hanya untuk berurusan dengan custemer2 aku. Walau duk KB, custemer aku ada yang kat US, UK dan terbaru ni New Zealand. Ada tu siap webcam lagi ajar camne nak buat shake. hoho, dunia sangat maju kan?


Chatting masa depan?

Aku tak tahulah macam mana rupanya chatting di masa hadapan. Dengan sekarnang ni untuk akses ke internet bukan sahaja dengan komputer, bleh guna phone, bleh guna pc tablet dan macam-macam lagi, mesti syarikat-syarikat yang menyediakan aplikasi ni akan berlumba-lumba untuk mencari idea baru. Walau canggih mana pun chatting ni - tak boleh lawan chatting face to face di alam realiti =)


pss : a/s/l ? me 23/m/kb. hihik

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

27 ulasan:

chinta... berkata...

huhuhuu..teringat zaman bercinta dl2..kat irc...tapi kadang2 indah khabar dari rupa..

joegrimjow berkata...

@chinta...

hehe, cam sama je kisah ngn abang

RinnAzrinah berkata...

ku slalu chat ngan mirc... tp slalu dc... hahaa...

joegrimjow berkata...

@princess_eryna

server xkuat kot
hehe

LynnAiza berkata...

dulu masa kecik2,mati2 igt asl tu ASAL!lol. ;))

iPai berkata...

joe, bukan dulu ko reti guna YM ke? sape ntah yg ajar ko tuh .. hehe

n yes a/s/l ... aku sempat belajar ni masa form 1 .. uhuuh

dulu selalu chat kat era.fm .. kat sini ramai org ..

Akulah Pak Lan berkata...

teringat zaman2 nak mengorat kakak senior..kah kah kah..so childist gila aku time tuh

Akulah Pak Lan berkata...

teringat zaman2 nak mengorat kakak senior..kah kah kah..so childist gila aku time tuh

Cik Siti Hajar berkata...

"asl" muahhahaha=]


rasanya ,esti digunakan lg sampai skrg kan..?

Dekna berkata...

i start main mirc masa darjah 4.. tahun 2000 dulu..haha

awal gile terjebak kancah chatting..
mcm2 bnda penah kena..

luckily..i masih dpantau ayah lagi time tu..

joegrimjow berkata...

@@namaakulynn

haha
asal tu lain

joegrimjow berkata...

@iPai

xtau xtau
hehe

joegrimjow berkata...

@Akulah Pak Lan

ngorat kakak senior xde la childish mane
hehe

joegrimjow berkata...

@butterfly

sampai skrg pon ada lagi

Ecah Shafiee berkata...

wuhooo..betul2, sokong sangat...teringat dlu main mirc..nak OP..kne ngorat admin..hhaha

blog-tips-kurus berkata...

'asl' ingatkan ASAL mane? hehe!
baru 23 org New Castle ni.. :-)

Tanpa Nama berkata...

zmn mirc paling best. berjam-jam dari pagi sampai petang bertenggek kat cc pun sanggup. sekali mai jumpa...boleh pengsan.

nk mulakan sembang tu 'asl pls' mesti kena ada

Zaza berkata...

setakat ni sype n YM plg best!

Solihin Zubir berkata...

tak suka private chatting.. dlu boleh la.. heheh..

hazman aka species1980 berkata...

whoaaa...MIRC...So classic...itulah punca kenapa siber cafe amat femes dan saya jadi cekap typing tanpa tengok keyboard....hehehehe

anak abah berkata...

hanya mengenali skype dan YM.. tu pon setelah memasuki dunia uni.. very d katak bawah tempurung. =,=

anak abah berkata...

hanya mengenali skype dan YM.. tu pon setelah memasuki dunia uni.. very d katak bawah tempurung. =,=

Unknown berkata...

mmg nostalgik entry ko kali ni bro. hehe

Raden berkata...

sy la minah batak yg xde skype dan twitter..ppfftt

Tanpa Nama berkata...

I couldn't resist commenting. Well written!

my site http://Forum.penerimaan.ui.ac.id/profile.php?Id=21621
my site :: click through the up coming article

Tanpa Nama berkata...

I'm gone to tell my little brother, that he should also pay a quick visit this blog on regular basis to take updated from latest information.

Take a look at my webpage; cccam line cccam server|server cardsharing|skybox f3 cardsharing|cccam|cardsharing anbieter|cccam pay server|cccam server premium|dreambox|server dreambox|buy cardsharing|cardsharing|cardsharing server|dreambox 800|free card sharing server|satellite cardsharing kings|test line cccam|card sharing|card sharing servers|cardsharing canalsat|cccam line|cccam test line|free cccam server|sat keys|satellite cardsharing| cccam server|server cardsharing|skybox f3 cardsharing|cccam|cardsharing anbieter|cccam pay server|cccam server premium|dreambox|server dreambox|buy cardsharing|cardsharing|cardsharing server|dreambox 800|free card sharing server|satellite cardsharing kings|test line cccam|card sharing|card sharing servers|cardsharing canalsat|cccam line|cccam test line|free cccam server|sat keys|satellite cardsharing| cccam server|server cardsharing|skybox f3 cardsharing|cccam|cardsharing anbieter|cccam pay server|cccam server premium|dreambox|server dreambox|buy cardsharing|cardsharing|cardsharing server|dreambox 800|free card sharing server|satellite cardsharing kings|test line cccam|card sharing|card sharing servers|cardsharing canalsat|cccam line|cccam test line|free cccam server|sat keys|satellite cardsharing|
Also see my page - free cccam server cccam server|server cardsharing|skybox f3 cardsharing|cccam|cardsharing anbieter|cccam pay server|cccam server premium|dreambox|server dreambox|buy cardsharing|cardsharing|cardsharing server|dreambox 800|free card sharing server|satellite cardsharing kings|test line cccam|card sharing|card sharing servers|cardsharing canalsat|cccam line|cccam test line|free cccam server|sat keys|satellite cardsharing| cccam server|server cardsharing|skybox f3 cardsharing|cccam|cardsharing anbieter|cccam pay server|cccam server premium|dreambox|server dreambox|buy cardsharing|cardsharing|cardsharing server|dreambox 800|free card sharing server|satellite cardsharing kings|test line cccam|card sharing|card sharing servers|cardsharing canalsat|cccam line|cccam test line|free cccam server|sat keys|satellite cardsharing| cccam server|server cardsharing|skybox f3 cardsharing|cccam|cardsharing anbieter|cccam pay server|cccam server premium|dreambox|server dreambox|buy cardsharing|cardsharing|cardsharing server|dreambox 800|free card sharing server|satellite cardsharing kings|test line cccam|card sharing|card sharing servers|cardsharing canalsat|cccam line|cccam test line|free cccam server|sat keys|satellite cardsharing|

Tanpa Nama berkata...

Ӏt's going to be end of mine day, except before finish I am reading this enormous paragraph to improve my knowledge.

my blog post ... visit Percy'ѕ Hоmepаge

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW