Korang terfikir tak, kenapa kemalangan di jalan raya semakin hari semakin meningkat? Padahal dah pelbagai kampen diadakan oleh pihak berwajib untuk menangani situasi ini. Boleh dikatakan di Malaysia ni terlalu ramai rakyatnya yang meninggal diatas jalan raya. Memang sesuatu yang menyedihkan, tetapi itulah hakikat di Malaysia
Selaian faktor jalan yang tidak rata, sikap pemandu yang tidak berhemah, papan tanda juga memainkan peranan yang cukup signifikan untuk mengatasi masalah ni. Aku cakap pasal pengalaman drive sendiri, pernah tak korang jumpa signboard 'Pandu dengan cermat, ingatlah orang tersayang' kat jalan raya? Kat highway banyak kan?
Pendapat akulah, ada something wrong dengan signboard camni. Kenapa?
1) Berkhayal lebih
Khusyuk je korang drive, terbaca signboard camni. Ingatlah orang tersayang - terlintas muka-muka yang korang sayang sampaikan jalan raya yang hitam tu pun boleh bayang muka bekas awek-awek korang. Lari fokus, boleh excident tu!
2) Semakin laju
Katakan korang baru je kahwin, sibuk kerja dan bila petang, drive nak balik rumah. Masa tengah dirve nak balik rumah tu, baca signboard ingatlah orang tersayang. Masa tu jugak terbayang muka isteri yang baru kahwin tu. Tekan pedal minyak cepat-cepat balik nak jumpa bini, bahaya-bahaya!
3) Gangguan emosi
Baru je korang kehilangan ayah atau emak. Bawak kereta terbaca signboard macam ni, masa tu juga terbayang muka arwah ayah atau emak korang tu. Terus menangis sambil bawak kereta. Pergh, sangat bahaya, mata berair boleh ganggu penglihatan ketika nak bawak kereta!
Heh, tu antara benda yang bermain dalam fikiran aku. Korang tak rasa apa yang aku rasa?
14 ulasan:
boleh diterima jugak. hehehe
:P
huhu.. abis tu nak tukar ape plak nanti??
smo tu boleh diterima tapi aku rasa bahayanya sbb org sentiasa nak pandang tepi, bukan pandang depan :)
sikap pemandu itu sendiri bro..kadang2 gopoh..
hahhah orang yang terbaca signboard dan mula ada wayang statik kat depan cermin kereta tuh mesti ada imaginasi tinggi heheh
nasib baik sign board ingatlah orang tersayang.. buatnya ingatlah orang yang sayang kita.?? hoooooooooooooooo
kena tuka ke
"ingatlah kematian" kott...
hehe
@J.Syazwana
boleh ek?
hehe
@delarocha
pandu cermat jiwa selamat
@Dawa
tu pon lagi 1 sebab tu
@Syuxer
pengalaman peribadi
@Red
erk
lagi pelik!
@Cik NurulZaty
haah, boleh jugak tu
auta ke? hahaha
@kembatolo™
Ehhhh
betol la
Catat Ulasan