Share

Strategi Laut Biru - Blue Ocean Strategy

Kakak aku suka sangat sebut-sebut pasal Blue Ocean Strategy. Tiap kali cakap-cakap pasal bisnes, mesti dia akan bercerita pasal Strategi Laut Biru. Baru-baru ini, PM kita pun duk sibuk promote bisnesman kat Malaysia ni supaya menggunakan Strategi Laut Biru dalam bisnes mereka. Suruh keluar dari Malaysia dan jana pendapatan di luar negara dan pelbagai lagi. Satu inisiatif yang sangat perlu untuk mencorak Malaysia sebagai negara maju. Ya lah, pesaing kita bukannya antara kita je, tapi di luar sana tu banyak lagi

Buku yang kena baca



Apa itu Strategi Laut Biru

Basically, startegi ni melibatkan 'penerokaan' bidang baru dalam sesuatu perniagaan. Tak terhad kepada bidang semata-mata, tetapi juga kepada 'cara' baru untuk mengembangkan bisnes sedia ada juga perlu. Sebenarnya dah lama kot orang yang berjaya dalam bisnes lakukan benda ni, cuma sekarang ni baru 'nama' tu keluar. penjenamaan tu kan sangat penting. Heh. Cakap pasal Strategi Laut Biru ni, memang sangat menguntungkan kepada mana-mana individu dan juga syarikat. Sebab itu kebanyakan Universiti yang top juga 'mengajar' cara berfikir yang boleh dikatakan 'pelik' kepada studentnya. Misinya? mahu lahirkan student yang kreatif


Cerita Steve Jobs

Siapa tak kenal dia ni kan. CEO dan Founder Apple. Ketika acer, hp, dell berlumba-lumba mana jenama PC yang paling baik, dengan menawarkan pelbagai fungsi lain untuk menambah baik jenama PC mereka, Steve Jobs keluar dari persaingan ini dengan menekankan kepada PC Tablet. Alah, yang ipad tu tablet la tuh. Sekarang ni kita tengok, tablet ni sudah menjadi kegilaan orang ramai. Laptop, PC ni hanya di tempat kerja.



Memang sesuatu 'perjudian' untuk meneroka bidang baru ni, tapi hasil apabila kena, memang sesuatu yang tidak dapat disangkal kebaikkannya. Nak ramal masa depan ni, bukannya satu benda yang mudah. Pada tahun 2007, tablet ni dianggap sesuatu yang tak logik akal. Tapi tengoklah sekarang, kebanyakkan orang menggilakannya


Kesan lambat meneroka bidang baru?

Strategi Laut Biru nak tak nak kena dibuat oleh mana-mana syarikat gergasi di luar sana. Macam mana produk nak bertahan dengan pasaran tahun depan, semua itu perlu dilihat. Lambat meneroka? Jadilah seperti Kodak!

Pada tahun 2003, siapa peminat kamera tak kenal kodak. Ya, nak tangkap mesti ada filem dan filem yang terkenal adalah kodak. Sebab lambat perasan dengan kuasa baru iaitu digital kamera, syarikat yang berusia 74 tahun ini akhirnya terkeluar dari 30 syarikat paling top di US pada tahun 2004. Pada tahun 2005, dianggarkan Kodak kerugian lebih 1 Billion USD hasil 'pertukaran' teknologi ini




Adakah Kodak memang tak mampu bertahan?

Tidak, yang aku maksudkan ini adalah transaksi teknologi. Dulu kalau nak ambil gambar, memang kena beli filem. Tapi tengok sekarang, boleh diprint sahaja. Bisnes yang difokus oleh Kodak adalah penjualan filem ini saja, bila orang dah tak guna filem, hancurlah bisnesnya. Cuba Kodak perasan awal sikit dengan peralihan teknologi ni, sudah pasti mereka mampu bersaing sebabnya sebelum ini mereka sudah menempa nama di dalam bidang yang sama. Sekarang - tanya kodak tu apa? mungkin ada antara kita dah tak ingat. heh


Strategi Laut Biru dalam Kerajaan?

Bukan sahaja dalam bisnes, urusan pentadbiran juga perlu. Bagaimana untuk 'tackle' masalah yang bakal dihadapi inilah yang akan menentukan kehebatan sesuatu company. Sama juga dengan pemerintahan kerajaan. Kalau tengok Mahathir, kejayaan Malaysia sekarang memang patut berterima kasih kepada dia. Dulu orang kata F1 ni membazir, tapi tengok ada mat saleh lebih kenal Sepang berbanding Malaysia sendiri!

You cannot discover new oceans unless you have the courage to step away from the shore - André Gide


Tapi ingatlah, tak semua Strategi Laut Biru itu membawa kesan positif. Menjadi punah Strategi Laut Biru ini adalah orang yang membawa idea itu sendiri. Jika tidak mampu bertahan, maka punah itu akan datang. Rasa strategi yang dibuat tidak mampu mendatangkan hasil, juga punah akan menjemput. Teragak2 strategi yang sudah dilancarkan itu mampu memberi kesan, punah sudah pasti akan menjelma.


Wokeh, itu saja sharing session dari Joegrimjow. selamat mempraktikkan Strategi Laut Biru dalam kehidupan =)


Rujukan


pss : Jangan lupa main futsal ya kawan-kawan!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

7 ulasan:

adie berkata...

nice sharing joe.

baru aku paham. selama ni duk dengar jer dan tak sempat nak berwikipedia

KAMIHIDUP berkata...

baru lps belajar SBO ni kt BTN. :)

joegrimjow berkata...

@Mr PenyuBiru
sama2

joegrimjow berkata...

@KAMIHIDUP

oho
xsempat nak blajo kat sane

Geng Borak berkata...

waaaahhh... macam best je strategy nih..
Berita Gembira | Aku naik Pelamin Lagi

joegrimjow berkata...

@KiD

KENA PRAKTIKKAN skali

Firdaus Kasim berkata...

tahniah abg joe.. entri sgt bermanfaat utk jangka panjang..

This is my latest entry:
Blogger Popular yang Sombong"

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW