Nampaknya King Roman mahu membesarkan lagi empayarnya dengan menggadai teruna anaknya untuk dikahwinkan dengan puteri maharaja china. Bukan senang untuk memutuskan perihal yang rumit itu tetapi untuk mendapatkan berlian, beribu meter laut harus digali dahulu
Di China pula, maharaja China yang sememangnya perlukan kekuatan roman untuk mengukuhkah kedudukan mereka untuk beberapa abad. Perkahwinan ini sememangnya perlu, perlu untuk menjadikan dinasti ini terus terjaga. Setakat puteri kesayangan, ahh, itu mesti menjadi taruhan
Maka pelayaran Marcus bersama gerombolannya ke China untuk mendapatkan sang puteri itu bermula. Apakah daya, kuasa manusia tidak dapat melawan kuasa tuhan yang maha besar. Armada yang dihantar satu persatu hanyut. Hanyut dek kerana kuasa alam yang menelan!
Akhirnya hanya tinggal 1 kapal yang tinggal. Kapal yang membawa si putera roman - Marcus. Mereka singgah di India. Tempat yang akan menemukan mereka penyelamat roman dan china!
Sampai sahaja disana, Marcus dan pakciknya terus berjumpa dengan orang kuat disana untuk mendapatkan bekalan secukupnya. Duit? tiada masalah bagi mereka! Maka perbincangan pun bermula
Akhirnya orang roman mengalah. Kalau nak diikutkan dari segi ketenteraan, India ketika itu sudah pasti jauh terkebelakang. Tapi disebabkan terdesak, mereka menurut sahaja kata-kata 'orang kuat' sana. Walaupun tidak menguntungkan mereka, terpaksa juga menerima!
Tiba-tiba riuh kedengaran diluar. ada orang bergaduh. Mereka terus menamatkan perjumpaan itu dan terus ke luar. Ada orang bergaduh. Kata orang kuat disana, pertarungan itu pertarungan maut. pertarungan maruah diri!
Dari susuh tubuh, seorang yang berbadan lebih kecil itu kelihatan bukan tandingan yang berbadan besar itu. Tapi disebabkan kehebatan seni mempertahankan dirinya, berbadan kecil dilihat menguasai perlawanan!
Si berbadan besar terkena tendangan!
Terus berbadan besar itu mengambil senjatanya. Nampaknya perlawanan semakin sengit!
Dengan kehebatan si berbadan kecil, walaupun berbadan besar tadi menggunakan senjata, dia tetap menang. Kuasa yang digunakannya mampu menandingi wunan dan pendekar laut
Marcus terkejut. Tak sangka si berbadan kecil itu begitu kuat. Terus dia bertanya kepada orang kuat sana untuk merekrut menjadi askarnya. Ditanya siapakah namanya...
Joegrimjow Badangangsa. Bukan badang angsa okeh. tapi badan gangsa
Dia merupakan pahlawan yang telah banyak menimbulkan huru hara. tinggal sekangkang kera, kehidupannya adalah merantau. parsi, china, jepun, paris, korea, taiwan, sebut sahaja kat mana dia pernah pergi. Sambil menjalankan bisnes menurunkan berat badan, sambil meluaskan pengaruhnya. Tapi sayang, dia dibenci orang disebabkan masalah yang ditimbulkannya!
Marcus terus mahu menjadikannya askar bawahannya
joegrimjow badangangsa ditanya bertubi-tubi sanggupkah dia menjadi askar roman
Tetapi dengan jawapan mudah.....
bersambung........
Sinopsis episod 2
Mahukah joegrimjow badangangsa melupakan lisanya dan mengikut marcus dan roman? perjalanan mereka bakal menempuh cabaran yang luar biasa, mampukan mereka menanganinya. Kedatangan 'garuda kesepian menanti embun malam tidak kesampaian' akan mengubah landskap politik cina dan roman - mampukah dia menyelamatkan
NANTIAN EPISOD 2 Hikayat Joegrimjow Badangangsa!!!
pss : baru tengok hikayat merong mahawangsa. kah kah kah, walaupun lambat, nak buat camne kat klantan xde wayang. terima kasih astro first =)
24 ulasan:
megan fox? why not katy Pery? LOL
teruskan creativity anda
sius lawak..
leh lak dia nak minta aiswarya..
nama x le bla...
memang x bleh blah...gud job bro..like!!
HAHAHA...
kita bako jer si joe nie,...
bako~~ bako~~
LAWAK ok!
@Mohamed Firdaus Shajahan
megan fox lgi hot
@Gimi
itu namanya angan2
ehe
@Adib\
thank u
@cIk JanNah
bako xleh la buat lawak lagi
ehe
naseb baek ade astro first
huahuahua
;p
@syazwana
prmote tu
hehe
hohoh..entry best..
x sbr tggu next episode..:))
Cepat cepat next episode!!
ada bakat jadi penulis novel ni joe. Up sikit lagi bolehlah challenge Ahadiat Akashah. .-:)
---------
pc masuk virus. nak balas comment blog tak dapat2. Hu3
@SHM
jeng3
=)
@SofieyAzwa
tunggu gambar
hehe
@shafizu
xsempat nak lawan
buat untuk kepuasan je. hoho
cehh..smangat aku bace smpai ke bwh,
bersambung la plak...
gud job joe!
hahah! badan gangsa pun badan gangsa laaahh..
Sabar Cipina sabarrrrrrrrr
agak kreative...
haha lawak sungguh tang nk megan fox tu.XD
hahahaha...
lisa xde..
:P
pergh terbaek la bro!!! thumbup!!!
salam ziarah dan folow joe..4070
x thu pulak ada edisi cartoon..
heheh
Catat Ulasan