Share

Saman boleh dibayar kat mana-mana

Alhamdulillah, dah selamat sampai ke Penang. Tadi baru touch down kat hotel, check in foursquare apa yang patut dan terus - bingggg (baring) Penat sebab semalam dah tidur lewat dan pagi tadi seawal 9 stengah dah terpaksa drive ke Penang. Ya, datang Penang drive bawak kereta dan melalui Grik tadi, sangat indah pemandangan dia. Nasib si driver, tak dapat nak menghayati sangat, kena fokus katakan


Hotel Naza Talyya

Bunyi nak sodap je kan, aku ingat adalah awek-awek penyambut tetamu yang comel lote kat kaunter nak check in tadi, ya lah, secomel namanya tu. Tapi, ada awek yang saiz xl pulak datang sambut. Haa, aku lagi susah saiz xl, at least esok ada 'kerja' boleh dilakukan. Eh, bukan 'kerja' tu ok, tapi 'kerja' merampingkan badan. Hehe. Aku ada ambik gambar melalui beranda hotel ni tapi takleh nak upload sebab internet lembap, memang super lawalah pemandanga dia. Laut sangat dekat dengan hotel. Laut? 19 March? harap semua ok!!

Tadi pun dah usha-usha apa yang patut, dah lama tak rasa ketenangan macam ni, jalan-jalan kat tepi pantai sambil fikiran duk terawang teringatkan nasib 2-3 tahun nanti. Khayal punya khayal, mata terpandang satu fenomena yang biasa dibuat oleh anak muda. Nasib baik Mat saleh, kalau melayu dah lama kena ceramah free kat aku dah. Heh, berani ke?

Internet lembap gaban malam ni, nanti aku upload gambar2 kat kawasan hotel ni. Kalau kat bawah beranda aku ni, bleh tengok LIVE VIEW orang duk mandi manda kat swimming pool. Yang tak best semua nak budak-budak, entah bila akak budak nak terjun sama ni. mungkin esok kot?


*******


Kalau dari Kelantan nak ke Penang, jalan biasa yang diguna orang adalah melalui Grik. Jalan dia takdelah seteruk Gua Musang - Merapuh, tapi boleh tahan jugak dia punya liku-liku tu. Berbukit bukau betul. Yang paling tak tahan, bila bertemu dengan abang balak. haiiya, dengan dia punya panjang dan dia punya slow dengan jalan yang berbukit dan berliku (boleh bayang?) memang sangat susah nak memotong.

Jadi memang kalau dah ada peluang sikit, akan terus potong. Tak tengok dah Double line ke ape, asalkan kosong, terus potong. Bak kata pepatah, nasib buruk kambing terletak pada giginya, nasib buruk manusia terletak pada gelojohnya. Terkebetulan ada road block kat depan - harap tak kena


Tapi tu lah, nasib tak elok, disuruh ketepi. haiishh, melayang lagi duit. 


pak polisi : mintak ic dan lesen encik
aku : waalaikumussalam

pak polisi : (senyum)
aku : (memberi ic dan lesen)

pak polisi : kesalahan encik tadi memotong kat double line
aku : (dalam hati - hampes mana perasan double line ke tak, dah clear potong la) ok ok

pak polisi : saya kena bagi saman, SAMAN BOLEH DIBAYAR KAT MANA-MANA sahaja
aku : ok

pak polisi : (tunggu sambil tersenyum)
aku : (balas balik senyuman)

pak polisi : encik BOLEH BAYAR SAMAN NI KAT MANA-MANA je
aku : ok

pak polisi : saya buat saman dulu ya
aku : ok

tunggu beberapa minit

pak polisi : ni saman encik, SAMAN NI BOLEH BAYAR KAT MANA-MANA je
aku : ok

pak polisi : sila tandatangan kat sini
aku : (ambil pen dan terus sain) ok dah siap

pak polisi : encik ingat ya, SAMAN NI BOLEH DIJELASKAN DIMANA-MANA SAHAJA
aku : ok

pak polisi : ...... terima kasih
aku : ok. sama-sama

Aku rasa bukan 4 kali yang dia ulang SAMAN NI BOLEH DIJELASKAN DIMANA-MANA SAHAJA ni, ada 5-6 kali jugak. Motif? haaa, boleh tahu apa motifnya? aku bersangka baik - memang dia nak bagitau yang saman ni memang boleh dibayar kat mana-mana pun. Tapi kakak aku bersangka tak baik - saman tu memang boleh dibayar kat mana-mana termasuklah bayar terus kat dia

u choose

pss : bangga tengok gambar orang Jepun beratur ambil bekalan makanan. BERATUR

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

22 ulasan:

faradeeba rosnan berkata...

haha betul gak tuh.
boleh bayar dimana mana termasuk pada saya jugak ye.

kagum dgn org jepun.
sgt polite walaupun ditimpa bencana.
agak agak kite cmtu tak?


errrr, tak kot. uhuhuhu :P

www.dunialandax.com berkata...

ye~sila bayar kat saya =)

Wuucin berkata...

i'm waiting..n jgn lupa byr taw! kat mana2 jer..hahaha

SK eBusiness berkata...

saya suka post nie... hihihi

APi berkata...

pak polisi kerja part time myeg tu..
kehkehkeh..

Tanpa Nama berkata...

aishhh!senang direct je pak polis..kalo tak nak kena saman, hulurlah kat saya.ye dak?haha

Shahada Fauzi berkata...

penat je pak polisi tu bg hint..kui3..

suffer8zine berkata...

heheh berapa die nak tu sebenarnya, kekek

Terkini : Malaysia Bebas Kesan Radiasi

suffer8zine berkata...

heheh berapa die nak tu sebenarnya, kekek

Terkini : Malaysia Bebas Kesan Radiasi

joegrimjow berkata...

@faradeeba

kite?
kitelah tentukan
=)

joegrimjow berkata...

@encHIx laNDax

pengalaman?
hehe

joegrimjow berkata...

@Wuucin Kimora

lol

joegrimjow berkata...

@saudagar kampong

thx u

joegrimjow berkata...

@APi

part time pon duit dah mlayang
;(

joegrimjow berkata...

@Puan Capa

itu rasuah namanya
hehe

joegrimjow berkata...

@♥CIK SHA♥

saya budak innocent
xpaham
;)

joegrimjow berkata...

@suffer8zine

xpernah tahu plak tang tu

Masy berkata...

nk soh byr kat dia laa tu.. hahahahaha sengal nye polis.

Oasis berkata...

Haihh...boleh ke cam tu?

KAMIHIDUP berkata...

die nak suh bayar kat die la to, tp xkena layan, pdn muka polisi, haaa. :)

XIX Dragunov berkata...

bagus joe, wa respek lu

Tanpa Nama berkata...

hahahha...
bgos r ko bersngka bek...
kalo aku mmg sngka tk bek dh...
tros tuduh dia mnta rasuah...


org jepun bleh maju lps kna bom lu...
sbb dorg ada disiplin yg tnggi...
dan awek yg comel2...
heheheh...

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW