Usha laman web Digi dan Celcom untuk perbandingan harga Nokia E7 dengan Maxis, tak jumpa pulak handphone norkiah ni kat laman web mereka. Nampaknya Maxis lagi cepat bab-bab norkiah ni, Nokia E7 buat masa sekarang hanya Maxis yang menawarkan plan untuk handphone ni. Ok, Maxis menang bab ni
Pasal harga
Nokia E7 ini boleh didapati dari serendah RM 1499. Hurm, sebab dah lama tak update harga phone kat Malaysia ni, usha punya usha tadi, harga ni agak sesuai dengan apa yang korang dapat. Ya lah, handphone ni, semakin tinggi spesifikasi dia, semakin tinggilah harga dia. Standard la tu. Kalau kat DiGi, dengan harga RM 1499 tu, boleh dapat BlackBerry Torch, Maxis dapat Nokia E7.
Satu lagi, sebab Nokia E7 ni sangat sesuai untuk orang berbisnes, harga ni bagi orang berbisnes takdelah mahal. So, affordable. Budak-budak skolah/universiti nak pakai handphone ni, aku rasa tak sesuai sangat, ada sambungan ke hdmi, universal usb kalau tak guna buat apa jugak kan? Macam aku yang ada handphone Nokia E7 ni sekarang, duk main Fruit Ninja je. hehe. So memang target jualan handphone ni kepada orang2 bisnes, sebab tu harga dia mahal skit tu
RRP : RM 1995
Recommended Retail Price atau bahasa kampung dia harga jualan kat kedai adalah RM 1995. Beli tanpa contract, nilah harga dia. Not bad lah untuk orang buat bisnes. Beli lah ye bang, baru bisnes masyuk gitu
Plan, Harga dan Contract
Macam biasalah, Maxis ni buat bisnes, jadi apabila sign up contract semakin lama, semakin murahlah dapat harga handphone tu. Cadangan aku, bagi yang nak beli handphone ni, terus amek yang contract 2 tahun. Bukan apa, bila contract dah lama, barulah hati tu takde nak intai-intai handphone baru. 2 tahun lagi, baru bagi masa untuk intai2 handphone baru. Kata orang bisnes, ada ke masa nak usha2 handphone? heh, selain tu macam biasalah, dapat jimat banyak!
Untuk contract ni, boleh pilih nak plan mana, dari serendah RM 30 sebulan sampailah ke RM 500 sebulan. Ha, pilih yang mana sesuai dengan diri tu, nak guna banyak, bayarlah lebih
Harga tak rumit
Aku lebih suka Maxis buat macam ni, kalau korang perasan masa iphone dulu, tak kira Maxis ke Celcom ke, dia punya harga suka sangat berubah-rubah. Kalau pilih plan ni, contract ni, harga dia ni, kalau pilih plan tu, contract tu, harga dia pulak macam tu. Tu tak campo nak 16gig ke 32 gig lagi tu, memang pening. Untuk Nokia E7 ni, simple je. Gunalah plan yang mana-mana pun, harga sama, cuma tengok contract lama ke tidak yang menentukan harga handphone. Hey, orang bisnes mana ada masa nak kira-kira ni tau. kekeke
Komen - Berbaloi tak untuk dibeli?
Aku dah bagitau awal-awal, banyak spect dalam Nokia E7 ni sangat sesuai untuk orang berbisnes. Boleh tengok presentation lagi. Contoh masa meeting, nak berlagak hebat, sambung Nokia E7 ni kat TV HD dan boleh mainkan presentation tu kat Nokia E7 terus, tak payah nak suruh s/u sambungkan kat laptop. Ha, stylo kan? Tu baru sikit, nanti aku cerita lagi banyak kenapa Nokia E7 ni dibuat untuk orang bisnes. Bagi orang2 macam ni, aku rasa harga tu sesuailah. takdelah mahal sangat dengan apa yang dapat tu. Tapi tak bermakna remaja gantang dan yang bukan buat bisnes tak boleh beli, boleh, cuma kalau tak guna fungsi dalam handphone dengan sebaiknya, buat apa beli kan?
Sama macam korang ada DSLR tapi pakai mode auto. buat apa kan? baik beli kamera digital biasa je. erk, ada yang terasa? kekeke
Info Credit Here
Info Credit Here
11 ulasan:
tapi serik dengan maxis ni. bil asyik melambung. Klu pakai smartphone memang kena langgan yg unlimited internet.
Tp setakat ni Digi la yg plg murah..
belum mampu lagi nak guna smartphone..
kehkehkeh
@Oasis
yg tu memang xleh nak nafi
@APi
try program review die
kot2 bleh kan
hahaaaa.. tengah kumpul duit laa nih.. mau beli yang kasi letop punya!
Awas Bahaya Botol Susu Anak Anda!
@KiD
yg letop punye tu hp ape?
hehe
mmg xmampu la...dan mmg sgt sesuai tuk org berbisnes...ala,kalo yg student beli pon sekadar nak nunjuk2 la tuh....
nmpk secara fizikal pon utk org business
@Cute Mommy
die punya skrin lawa
@Puan Capa
haah, gah gitu kan
hahaaaa.. tengah kumpul duit laa nih.. mau beli yang kasi letop punya! Awas Bahaya Botol Susu Anak Anda!
Catat Ulasan