Share

Herbalife for SALE!!!!

Tadi dapat msg dari kawan aku, berkenaan betapa geramnya dia kepada kawan-kawan dia yang pertikaikan harga Herbalife yang dia jual. Kawan dia kata - Lelong.my jual lagi murah!


Aku cuba usha lelong.my dan tengok sendiri - WOW!!!!




RM 260 - free shipping!!!


Etika

Tahu tak sesuatu company boleh tahan sampai berpuluh tahun sebab apa? Selain produk, marketing plan - perkara paling penting yang akan mempertahankan sesebuah company adalah - Pengedar! Sebab itulah dalam Herbalife, Ethics atau etika ni sangat dititik-beratkan. Jika etika tidak terjaga, habislah company tu akan hancur!


Pengalaman sendiri

Masa aku ceburi bidang Herbalife ni dulu, memang aku rasa produk ni mahal. Sangat mahal! Dengan title aku sebagai supervisor, memang aku dapat untung sangat banyak dengan satu jualan produk. Jadi, pernah aku jual kepada custemer aku (beberapa kenalan blogger) dengan harga ahli (lebih murah dengan harga biasa) Hahaha, siapalah mereka yang UNTUNG tu kan?


UNTUNG vs RUGI

Kes seperti ini sudah pasti korang akan rasa - custemer yang UNTUNG dan pengedar (aku) yang RUGI. tak, sebenarnya tak. Dua-dua pihak akan rugi!! Kenapa? Sebabnya, bila aku dah jual dengan harga murah, untung pun sikit. Bila dah untung sikit, kita akan 'lepaskan' pembeli kita macam tu saja. Dia makan macam mana kita tak ajar, dia makan ke tak kita tak call, berat dah berapa kg turun kita tak ambil tahu. Last sekali - custemer pon tak akan dapat hasil! Custemer pon RUGI!!


Protecting the golden goose

Dengan hadiri event yang besar seperti STS, Extravaganza dan World Team University, baru aku tahu apa itu ethics. Etika ni sama macam - kita buat takde orang nampak, kita tak buat pun takde orang nampak. Nak jual produk dengan harga murah - siapa yang tahu selain kita dengan custemer. Jual produk dengan harga betul - siapa yang tahu selain kita dengan custemer


Tugas sebenenar Pengedar Herbalife

Perlu faham, yang menjual produk ini bukannya salesman. Dah jual terus tinggal. We are personal wellness coach. Harga yang telah ditetapkan itu termasuk pakej kita 'menjaga' custemer kita supaya dapat berat idea. Paling kritikal nak menjaga seorang custemer adalah - minum air. Perkara asas sangat tetapi kebanyakkannya gagal buat. Sebab tulah kita sebagai Personal Wellness Coach ni kena selalu telefon atau jumpa dengan custemer kita untuk perhatikan mereka selalu. Duit minyak pergi jumpa, duit bayar hp tu agak2nya boleh cover dengan kita jual produk dengan harga yang murah? 


Tanggungjawab Company

Hari tu semasa Spectacular - Supervisor Workshop dato roni banyak cerita pasal ethic ni. Memang tiada compromi, tindakan akan diambil. Pernah company SAMAN seorang pengedar berpangkat GET Team kerana tidak mematuhi etika. Sekarang ni, setiap pembelian produk oleh pengedar, di bahagian label ada bar code. Jadi, kalau pengedar tu jual dengan harga yang tak sepatutnya, benda ini akan dapat di kesan. Jadi, berhati-hatilah ya. SAMAN bukannya sikit, boleh cecah beribu!



Pub Med Pub Med

Ada jugak yang tak percaya pengiktirafan Nobel Prize tapi percaya dengan Pub Med. Hehe, ada yang terasa ke? Ok, pasal isu liver ntah apa-apa tu, ada satu link ni yang dah jelaskan. Sila Klik sini untuk baca. Selamat membaca


Ok, itu saja. Jumpa lagi!!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

18 ulasan:

CikTomyam berkata...

puh....huhu...cayalah ^^

Nazz@Purple berkata...

naz dah try F1..tp tak mampu dh nak continue..

ceksumolek's berkata...

rasa mcm nk cuba herbalife.. tapi takut mcm hangat2 taik ayam je..

joegrimjow berkata...

@CikTomyam

lelong.my?

joegrimjow berkata...

@Nazz@Purple

dah ada result?

joegrimjow berkata...

@Aisumi Chan Kawa'i

sebab tu kena ada org jaga

suffer8zine berkata...

ingt nk try juga la, ade pakej yg menarik x bro

Terkini : Slower Is Better

blog-tips-kurus berkata...

herbalife ni memang dah masyhur. testimoni pon banyak. :-)

SUSU berkata...

Joe,
Aku setuju reason kau kenapa harga dia mahal.
Tapi, kadang kala, mahal pun service tak seberapa.

joegrimjow berkata...

@suffer8zine

ada
pakej perkhidmatan timbang2
=)

joegrimjow berkata...

@blog-tips-kurus

sangat banyak

Tanpa Nama berkata...

ini blog herbalife ke joe :P

ms boyot berkata...

herbalife product xpernah dapat anugerah nobel tapi just dr tuh jer dapat kan kan kan kan kan..akak guna herbalife bila stop trus naik mendadak.nak kurus dgn herbalife kene minum sampai bebila

Rose berkata...

Hey Joe,
Just to answer your question to me in Aidid's blog a few days ago. You gave me a link reporting that up to June 2010, there is no case of liver toxicity linking to Herbalife, remember? And you ask me to comment.
The link : http://healthspanlife.wordpress.com/2011/02/02/697/

My answer:
It's too early to tell, nak buat research takes time, nak buat paper takes time. But I just noticed that actually, In the journal World Journal Hepatology (I used web of science search engine, what my university use), ada one paper:

World J Hepatol. 2010 Nov 27;2(11):410-5.
Acute liver injury induced by weight-loss herbal supplements.

Abstract
We report three cases of patients with acute liver injury induced by weight-loss herbal supplements. One patient took Hydroxycut while the other two took Herbalife supplements. Liver biopsies for all patients demonstrated findings consistent with drug-induced acute liver injury. To our knowledge, we are the first institute to report acute liver injury from both of these two types of weight-loss herbal supplements together as a case series. The series emphasizes the importance of taking a cautious approach when consuming herbal supplements for the purpose of weight loss.


Untuk yang tak berapa faham, kajian ilmiah ni (tak boleh suka-suka ubah), menyatakan bahawa ada tiga kes kecederaan pada hati dikaitkan dengan pengambilan Herbalife (2 kes) dan satu jenis produk lain iaitu Hydroxycut. Abstract adalah kesimpulan yang diambil dari kajian tersebut. Di atas, ada nama journal yang diterbitkan serta tarikh. Tarikhnya 27 Nov 2010.

Maknanya, link yang Joe berikan dah tak relevan.

Agak hairan mengapa dari tahun 1985 hingga 2010, ada sahaja reports (dari journals yang credible) tentang kaitan penggunaan Herbalife dan penyakit hati, dan perkara ini dilaporkan di beberapa buah negara (so it rules out factory contamination ke apa). 
Malaysia tiada kes yang di report, tetapi tidak semestinya kerana tiada kes, tetapi tidak ada orang buat penyelidikan lagi. 
Demi pelanggan2 Herbalife, saya benar2 berdoa agar tiada apa2 bahan toksik dalam Herbalife di Malaysia. Namun, kita sebagai pengguna perlu tahu, dan jika dah tahu, masih mahu, tidak apa. Saya sudah sampaikan pesanan.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih la ye kerana kasi info kat lelong.com.my

Saya ni cuma nak berjimat sikit. tapi saya still beli herbalife.Saya beli cuma RM 87.58 je untuk Herbalife Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder 550 gram, TERUS dari lelong.com.my

To fellow Malaysian :
1) Not to buy above RM88 : Herbalife F1 maybe good for you but we were forced to buy expensive The price has been increased 3 times since they landed in Malaysia in 2006 while the USD going down. RM87.58 for a bottle of 550g is 50% Supervisor price for Malaysia. But in US, the same bottle at 50% Supervisor price only maybe USD16. And you can buy at Amazon.com at about USD23 for a bottle of 750g, without joining as Distributor or to spend 4000vp to qualify Supervisor. so, F1 is about 35% cheaper in USA than in Malaysia, Malaysia is just a stupid country for Herbalife USA to make money Majority Supervisors sell at 50%, but none sells at retail price RM163.08 a bottle. some Singapore & Taiwan Supervisors even sell at 60% - 65% discount

2) Not to join as Herbalife distributor : They have a rule 21-H not allow us to sell at discount. Majority Supervisors sell at 50%, some 42% but NONE sells WITHOUT DISCOUNT which at retail price RM163.08 a bottle. Some Singapore & Taiwan Supervisors ( my upline told me) even sell at 60% - 65% discount BUT Rule 21-H will not apply on everyone, otherwise all Supervisor will be terminated. Herbalife will be Closed ! I knew because I was a member who earned 10K from Herbalife commission before terminated by Cherie Fong, their Malaysia office Distributor Service Manager. The termination was due to selling at discount and my complains about her that lack of communications with distributors. All the sweet talks like to be BE YOUR OWN BOSS, FINANCIAL FREEDOM are bullshit as you need to be lucky not to annoy Cherie Fong, who is the king in Herbalife Malaysia office with power to decide who she want to catch for selling discount.
She can't catch all because Herbalife will be closed if she catch all. She will pick. She will also provide some one sided information to HQ to support her decision to terminate you.
Unless you can sell at RM163.08 a bottle or consume yourself more than 100 bottles a month.

When someone ask you to join Herbalife Malaysia , you need to ask
1) whether cherie Fong is still there
2) whether they will terminate you when you sell below RM163.08

Why Herbalife USA can allow Amazon.com to sell openly at discount while Herbalife Malaysia terminate me while everyone else doesn't sell at RM163.08 a bottle ?

Why Malaysian cannot sell in Lelong ?

Herbalife Malaysia Sdn Bhd - STOP bully Malaysian

Tanpa Nama berkata...

@Anonymous

ye sy banyak tengok harga herbalife di internet... paling mahal herbalife malaysia, atas alasan bagi coaching maka menganiaya pelanggan yang nak kurus. jual rm400 ke atas sangat mahal dikatanya murah dah la tu buatnya ada side effect mana nak korek duit lagi.....etika ni ikut tempat je joe. etika betul jangan ambil rasuah. kalau jual murah tak salah untung juga customer dan kita, kalau boleh jangan la makan untung atas angin, islam suruh ambil untung sekali ganda sahaja k.

Wright berkata...

@ Anonymous ye sy banyak tengok harga herbalife di internet... paling mahal herbalife malaysia, atas alasan bagi coaching maka menganiaya pelanggan yang nak kurus. jual rm400 ke atas sangat mahal dikatanya murah dah la tu buatnya ada side effect mana nak korek duit lagi.....etika ni ikut tempat je joe. etika betul jangan ambil rasuah. kalau jual murah tak salah untung juga customer dan kita, kalau boleh jangan la makan untung atas angin, islam suruh ambil untung sekali ganda sahaja k.

Khairul Nasri berkata...

@Susu
betul
harap mahal je
coach bukan nak jaga sangat pun
bz manjang
hampeh

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW