Share

Islamophobia : Kuali mahu ajar belanga jadi putih



Islamophobia atau perasaan takut atau benci terhadap agama Islam merupakan isu hangat disini (UK). 2 tahun lepas tiada persatuan islamophobia ni tetapi tahun ni, ada pula persatuan ni ditubuhkan. Yang menariknya, orang yang menjaga booth itu adalah mat saleh. Tak tahu apa agama mereka


Ketakutan terhadap islam memang sesuatu yang biasa di negara bukan majoritinya islam. Ini kerana orang tidak dapat menerima pengetahuan mengenai islam secara terus dari sumber pendidikan. CELAH BEDAH mana pulak sekolah sini ajar pengajian islam kan? Entry pendek ini adalah untuk melihat situasi di Malaysia yang dirasakan lebih relevan untuk dibincangkan


Kuali mahu ajar belanga jadi putih!



Sinis or 'what so ever' kenyataan terbaru dari PM kita untuk membantu Amerika dalam memahamkan penduduk sana tentang islam amat.... aigoooo. Segan nak sebut! Bagi aku, kalau mahu menolong US dalam memerangi Islamophobia ni, cara terbaik adalah memberi sumber kewangan dari KEUNTUNGAN PETRONAS yang rakyat kelantan terpaksa masuk ke mahkamah untuk minta atau pun keuntungan LEBUH RAYA yang saban tahun meningkat (perjanjian memanglah kena sentiasa meningkat!) dan disalurkan kepada badan-badan islam disana. kalau bab idea? huuuu, buat malu je dong


Macam kuali mahu ajar belanga jadi putih je!


Kenapa?


Islam dengan Malaysia sangat jauh. ooh, aku bukan cakap pasal kebolehan negara kita membina masjid berjuta ringgit ataupun kesanggupan pihak kerajaan memberi duit untuk sambutan maulidurrasul, tetapi Malaysia yang aku maksudkan adalah rakyat dinegara kita yang agak jauh dengan nilai islamnya. Macam ni nak ajar orang luar supaya tak benci Islam? nampak tak point aku sekarang?


Kalau di negara kita sendiri, aku yakin ramai non-muslim yang kurang pengetahuan pasal islam. apa yang mereka lebih tahu adalah melayu melayu dan melayu. melayu dapat banyak kemudahan, melayu tuan punya tanah di malaysia, melayu dapat bantuan segala dan bagai-bagai lagi. pasal islam? hooohoo, melayu itu adalah islam kata mereka. kenapa jadi macam ni aku pun tak tahu. ada yang nak sedapkan ayat, semua melayu adalah islam tetapi tak semua islam itu melayu. apakah???


Ok, untuk menunjukkan perbincangan kita lebih realistik, aku akan senaraikan beberapa cara untuk kita buat sebagai orang melayu (sorry kalau ada pembaca bukan melayu baca) Kalau na suruh kerajaan buat itu buat ini, bukannya PM baca pun blog aku ni, jadi isinya takkan sampai kemana! takkan nak suruh kerajaan hapuskan PERKASA, takkan nak suruh kerajaan amalkan sistem pemerintahan islam, takkan nak suruh kerajaan suruh semua menteri atau bini masing-masing at least tutup aurat supaya jadi contoh tauladan semua, takkan dapat nya!


Ini antara cara untuk bagi pengetahuan islam kepada non-musim di Malaysia seterusnya islamophobia ni takkan wujud pun di Malaysia


1 - Lepas makan letak sisa makanan dalam tong sampah



Kak jie ada buat entry (klik sini) pasal orang yang meletakkan sisa makanan dalam tong sampah. contoh korang makan di Mc D (isu yahudi ke tak kita bincang bab lain) lepas makan, sesedap hati tinggalkan sisa makanan di atas meja. Dah jadi adat dan memang ok je sebenarnya. Tapi sebab kita ni orang islam, yang utamakan kebersihan, apa salahnya pergi buang semua sisa tu dalam tong sampah. mudah sangat kot! kalau ada cina ke india ke yang tanya, kenapa buang sisa tu, tinggal je lah atas meja, baru dengan bangga boleh cakap, islam ajar umatnya untuk menjaga kebersihan dan bla bla bla. haaa, tak ke comel macam tu?



2 - Menjaga waktu solat


Sedang tengah meeting apa ke dengan non-muslim, dari pukul 3 sampai 7 petang kita mintak la break sekejap untuk solat pukul 5 tu. solat asar. ni meeting habis pukul 7, pukul 7 lah baru nak sembahyang. yang paling teruk, ada kawan non-muslim kita tu siap tanya, tak pergi solat ke? ahaaa, malu abang oiii. Sekurang-kurangnya bila kita mintak nak solat dan kalau ada non-muslim yang tanya kena habiskan meeting dulu baru solat, cakaplah balik kat dieorang, 5 minit je nak komunikasi dengan tuhan, barulah meeting lagi berkat sambil sengeh-sengeh kat dieorang tu. Bila dieorang tanya kenapa kena solat, tak beban ke kena solat, haaa, masa nilah nak gunakan pengetahuan yang belajar semasa tingkatan 3 rahsia dalam solat kepada mereka. apa lagi, cerita je lah!



3 - Beratur-beratur-beratur


Ni lagi satu masalah orang kita ni, susah sangat nak beratur. Panjang sangat, terus nak potong-potong. Kalau kat traffic light tu, orang kitalah yang suka potong-potong. haiyaaa, macam mana nak tunjuk contoh tauladan yang baik macam ni? memang takkan dapat la. cuba beratur elok-elok, kalau panjang pun, semua pun panjang. nak cepat pun, semua nak cepat. bukan kita je nak cepat!




4 - Ada masa, ceritalah


Benda ni jarang orang kita buat. erk, aku pun sama. takpe, lepas ni kita boleh buat. nak cerita apa? cerita pasal islam lah. apa lagi. duduk sembang-sembang pasal liverpool teruk sangat permainan season ni, manchester pun boleh kalah malam ni (erkk??) apa salahnya masuk skit pasal islam. takyah berat-berat sangat, ni terus cakap pasal soal kalimah syahadah, terus bagitau rukun iman rukun islam, memang menganga la kawan kita tu, cakap benda basic, contoh pasal 'potong' ni. jangan terkejut sebab ada kawan cina aku tanya dah potong macam mana mahu kahwin? LOLss, bunyi lucu tapi memang ada orang macam tu. taknak cakap pasal potong, boleh bincang pasal babi dan arak, kenapa dalam islam haram semua tu, masukkanlan ilmu sains yang tinggi menggunung tu sekali. barulah dieorang nampak kehebatan agama kita



Dunia akhir zaman, susah nak cakap pasal agama.... sighhhh

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

37 ulasan:

suffer8zine berkata...

hekkk, smart entri, siot je pix tu, wakakap, nice!!!

joegrimjow berkata...

@suffer8zine

gambar mana gambar mana?

Muaz Nabil berkata...

o...kita nak tunjuk Islam kat US eh. lama x buka news dari msia. haha.
layan jelah joe...maybe tunjuk masjid2 yg orang bukan Islam takleh masuk tu gamaknya... :P

Hizami Li berkata...

yep.
malaysia nama je negara islam.
tapi masih ramai lagi tak ikut ajaran islam.
:)

joegrimjow berkata...

@Muaz Nabil

nanti semua takleh masuk
aiyoo

joegrimjow berkata...

@Hizami Rahim

sadly truth

m i a berkata...

inila cara paling senang nak kasi org faham ttg agama kita..

cEro berkata...

walaupon berbaur politik,
tp aku setuju cara-cara yg ko senaraikan...
thumbs up!!

Hime berkata...

sy suka entri ini..
dunia akhir zaman..memang susah nak fahamkan org.yang Islam sendiri pun taknak faham Islam, apatah lagi yang bukan Islam

Tanpa Nama berkata...

Nak gelak baca statement..nak ajar US tentang Islam....

Munsyi berkata...

nicely written. Kalau di Malaysia,non-muslim akan nmpak melayu tu islam. pastu mulalah bila org melayu tu buat benda tak elok,dikaitkn dgn org Islam. tak salah diorg sbb diorg xtahu. Salah this so-called Malay muslim!

tunjuk akhlaq elok. Rasulullah sebar Islam melalui Peribadi yg elok. :)

"Teladan yang baik. Tidak perlu menasihati.Cukup dengan memandang wajah, tingkah laku dan sikap. Sudah teringat Allah."

nerves berkata...

yes...1 lagi lontaran idea bakal PM Malaysia...
lala

tumpang sekaki berkata...

hai, ni nk kongsi experience ak mse kt U. rse ade kaitan (kot)

hari tu jumaat, hmpir tghari, so smue kwn ak yg muslim g la masjid U. xjauh pn.. dkt je.. ak yg kesorngn ni pn g la lepak smbil tnggu dorng hbis kt lab.. member ak yg girl-muslim ajak.. sbb aritu ade pameran fakulti.. ak pn ok la..

nk dijadikn kisah benar, kisah ni berlaku antra ak dan kwn kpd kwn ak sorng nih (kenal2 cmtu aje la)

ok mule jln cerita cmni; tgh ak bt2 nk bce paper , tiba2 die (kwn kpd ak) dtg dkt ak n tnye, 'nape x pergi smbnyg jmmat' dgn nada lmbut, ak pn agak trkejut, mne awek nk ajak ak bual2 nih.. ooo, die nih (bkn awek la, kwn je, *sigh*).. ak yg fhm niat die pn ckp.. 'xpe kalo ak xpergi' smbil snyum2. time tu, ak rse die bleh fhm n kenal sape ak sbnrny (non-muslim)

ak truskn la niat nk bce paper kosmo aritu. die truskn perbualn n ckp kt ak cmni, 'pergi la, sempat lg tuh'. ak pn mula nk snyum lg lebar. 'xpe, ak xpergi pn, ak non-muslim'.. mula2 ingtkn die nk caye ape ak ckpkn n dgn harpn xde org gnggu konsentrasi ak nk bt2 rajin bce paper.

"ingtkn panas smpi ke ptg, rupany hujan dtghri" *hmmm, btul ke??. die ckp lg 'tgk i.c'.. biar btul die ni, msih xpuas ati lg.. ak pn dgn paksa-rela ny ikt je la ape die minta, dgn ade rse pelik n lucu dhati.. trfikir jp, ak ade muka muslim ke? setahu ak, byk kali dh kene bwk ckp cina bila beli buah kt psar mlm.

lps die tgk i.c br die bleh percaya.. n minta maaf kt ak.. ak pn ckp, 'xpe2, ak fhm' smbil tmbh snyuman lg lebar.. (sakit pipi doh, snyum byk2)

bila ak tringt balik secara umum ny, ak stuju agama wujud sbgi suatu 'force' dlm kehidupan, n agk pelik (sedikit janggal n lawak pn ade) bila ade org anggp agama tu sbgi 'enforcer'

"why so serious, son"- Joker

Kujie berkata...

Baca suratkhabar dengan tajuk Islamophobia ( yg nampak perkataan MOP aje..entah ngape ) buat Kak Jie terfikir - ehhh....rasa sesuatulah dgn tajuk ni.

Akhlak itu penting supaya orang suka dengan Islam. Lagi seorang Islam yang lengkap saling berhubung kait setiap masyarakat bukan semata2 ibadat kita seorang diri.

shu berkata...

owh...saya adalah slaah seornag yang sering membuang sisa2 makanan ke dalam tong sampah bile makan kat mcd...

em,
tapi kenapa org mesti pandang pelik..
ade org kata
"eleh,bajet bagus"
bukan itu sebahagian amalan hidup kite ke sbgai org islam yg mengamalkan kebersihan??

Tanpa Nama berkata...

huhuh...
ak selalu tggal jewk mase g mcd..
kan ade pekerja...
msti diew keje

joegrimjow berkata...

@mia

plg senang ni la selalu kita lupakan

joegrimjow berkata...

@cEro

haha, xde la politik sangat

joegrimjow berkata...

@MuNsYi SaMa

totally agreed

joegrimjow berkata...

@tumpang sekaki

=)

joegrimjow berkata...

@Kujie

dalam surah al-asr dah terang segalanya

joegrimjow berkata...

@Lelaki Ini

ahaa, lepas ni boleh la buang sendiri

rhapsody LiN berkata...

selalu gak nmpk mat saleh buang smpah mcD sndiri.. bgus kan. hmm..good share bro ;)

ni dah ade teori. pasni iA nk praktikalkan plak. ;)

Ampuan Awang berkata...

salam,

aku turut memuatkan entri berkenaan hal yang sama (namun tak serupa). Islam seringkali mendapat tohmahan yang maha dahsyat. tapi aku langsung tak risau kerana agama ini dipeliharakan Allah jua...

joegrimjow berkata...

@rhapsody LiN

JOM praktikkan lin

joegrimjow berkata...

@Ampuan Awang

haah, tu janji pasti dariNya tapi jangan sampai kita tidak hiraukan langsung

skandaLdariLangit berkata...

hek2.. very nice one

SHM berkata...

best entry joe...

Khairul berkata...

setuju sangat ngan jow.rasanya nak mengajar negara lain tu, seelok2 praktikkan islam. undang2 islam etc kt malaysia dulu. baru boleh ajar orang. ni....

Nurulbadiah Lai berkata...

komen sy xde kaitan kot tp nk ckp..malaysia adalah tidak menepati langsung piawaian untuk menjadi negera islam..
jdi..malaysia hanyalah pendudknye majoriti beragama islam..tp bkn sebuah negara islam..
psl hal kerajaan ni..satu je nk tegur..psl masjid..maaflah..bkn xmenyokong masjid dibina..tetapi masjid yang maha cantik maha kaya yang diperolehi daripada perebutan contract diantara contractor2 yng mybe menggunakan taktik yang mahl kotor..akhirnya.,.masjid je besar..tp jemaahnye??umm..tgok sendiri..
masjid hari ini digunakan sebgai simbol2 bermegah2..bkn sebagai simbol islam ditegakkan..

maaf jugak..tp nk ckp..sangat sakit ati bile lihat kerajaan buat masjid berjuta2 kat trg..tp rakyat trg..lihatlah sendiri..sgt ramai org miskin yang perlu dibantu..Allah mengajak manusia mengutamakan yang perlu diutamakan dulu..tp malaysia sekrang?setakat setupa akhir tahun bagi wah ihsan 300 kepada fakir miskin.tidak akn memberi apa2..bkn tidak bersyukur atau menentang..tp sebgai sengara yang di claim sbg negara islam..haruslah semunya..dilakukan berlandaskan islm and utk kepentingan org2 islam..
sekian

joegrimjow berkata...

@Nurulbadiah Lai

marah benar bunyinya tu

joegrimjow berkata...

@H-n-f

begitulah entry ni ditulis

Zikri Husaini berkata...

betul2 tuh.. banyak keduniawian termasuklah aku sendiri... terima kasih diatas peringatan itu.... :-)

gadisBunga™ berkata...

Islam hanya pada Mykad. dats why lorr...

~~DucKneSs~~ berkata...

setuju..

bukan senang2 seseorg buleh jadi wakil utk hilangkan Islamophobia..kerepek je..biar yg tunjuk teladan baek yg jd model..lebih seswai..

Ann berkata...

n3 yg mbuka mata........

Unknown berkata...

melayu itu islam..memang x la.itu lah Malaysia asal melayu je islam.
habis yg macam zura ni bkn melayu pure pun.kalau org islam x amalkan hidup cara islam mcm mana bangsa lain nak respect.
org melayu islam masih tinggi taraf kemiskinan jadi bangsa lain akan senang je berfikir yang org melayu islam ni org yg miskin.

*kemas mkanan kat McD..hehe zura buat camtu pastu kawan2 pelik je. so zura pun ckp org kat UK buat kenapa x kita..haha

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW