Share

Belajar Masak for Dummies

'abang joe, saya akan ke UK dan selain ke kelas english untuk mantapkan english, boleh ke saya nak masuk ke kelas masakan untuk belajar masak, saya tak pernah masak selain maggie dan air dalam seumur hidup ni!'


Lolsss


Antara soalan (diubah sesedap rasa) yang ditanya oleh junior yang akan sambung belajar ke Sheffield. ekeke. ok, sekarang ni memang semua pelajar baru dah sampai. rasanya 60 lebih kot semua. WOW!! tak campur self sponsored lagi, memang sangat meriah Sheffield nanti dengan pelbagai gelagat. hehe. Rumah yang aku duduk sekarang ni orang kata rumah penumpang, 10 Holberry Close, semua yang datang ke sini akan tidur sini dulu sebelum gerak ke rumah atau hostel mereka. memang sangat meriah rumah ni. sekarang ni keadaan dah lengang balik, sebabnya semua dah ke rumah dan hostel masing-masing. kelas pun dah start semalam, sebab tu kena ada rumah sendiri tu!


Ok, berkenaan dengan soalan lazim kat atas tu, jawapan dia mudah je, TAK PAYAH! hehe, aku dulu pun memang tak pandai masak langsung, bawang pun boleh bertukar, apatah nak masak guna kuali kan. memang dummies betul. tapi bila dah ada kat UK ni, tak pandai masak memang akan jadi fakir miskin (asyik beli kat kedai je) terpaksa belajar masak jugak. ahaaa, sekarang ni boleh la sikit-sikit, nak lawan dengan cik mat gebu tu boleh la kot. ekeke


Jadi entry ringkas ni aku akan ceritakan beberapa perkara untuk masak. versi ni memang untuk yang tak tahu langsung camna nak masak semua ni, yang dah otai tu, boleh la promote ek kat facebook masing2. hehe, boleh?


Jom kita tengok!!



1 - Kenali google dengan lebih mendalam


Untuk resepi-resepi tak payah susah-susah nak beli buku bawak dari Malaysia, tengok je Google, semua ada. erkk, besday google semalam kan? Happy bestday google.





2 - Kegunaan bawang putih dengan bawang besar


Walaupun nama dua-dua ni sama, tapi fungsinya berlainan. lain-lain. Cara paling senang nak tahu beza guna bawang putih dengan bawang besar ni, bawang putih orang tak letak banyak, bawang merah ni orang letak banyak dalam masakan. hihik. nak tahu lebih, kena tanya akak senior la, ku pun baru lagi dalam masakan ni, kang salah bagi fakta pulak kang =)




3 - Jangan guna api yang besar


Ahaa, masa nak panaskan kuali, tengok la saiz kuali tu macam mana. Jangan semua nak panaskan minyak, gunakan api yang besar-besar, oooh, akan naik bau semacam je ok. Guna api perlahan je, kata beginner, lambat masak tak pe, yang penting ada rupa dan rasa




4 - Daun Serai dan Daun Bawang


Ni lagi satu susah nak beza, daun bawang dengan daun serai. ahaaa, nanti google nak masak sup google cakap daun bawang, pergi letak serai, jadi lain rasanya ok. kalau tak yakin, tanya je orang kedai tu, 'hi mate, do u have daun baweng?' ekeke, ternganga orang kedai tu nak jawab




5 - Masaklah dengan kasih sayang dan hantar-hantarlah kepada senior


ahaa, ni ramai orang terlupa. jangan lupa masak dengan kasih sayang. hehe. bila dah kasih sayang tu ada, nak masak pun dengan rela hati je, masakan pun akan jadi sedap. tak caye, kenalah cuba. hehe. dan bila dah cuba, jangan lupa hantar kepada 10 holberry close dan tulis note

'khas untuk joegrimjow'

lalala =)


pss : dont take so serios ok, the best teacher is experience, do it and learn from that. dah masak, makan banyak, jadi gemuk, jangan lupa joegrimjow ada untuk kuruskan anda. hihik

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

28 ulasan:

zool berkata...

tambah sikit je.
2. bawang merah ngan bawang besar lebih kurang tinggal bawah merah kecik sikit. besau bawang putih.. eleh nak letak bawang putih bebanyak pun leh gak.. tapi nanti mulut ada bau hebatlah.. huhuhuhu
3. pakai api besau baru cepat masak.. dan cepat hangus.. huhuhuhuhu..
4. ok gak letak serai dalam sup ek.. mesti wangi sup tu. sampai tak leh telan.... dulu aku selalu keliru antara daun bawang ngan saderi.. huhuhuhu.

huhuhuh. aku ni komen je pandai.. bukan pandai masak pung.

joegrimjow berkata...

@zool
haha
sama la zool kita

Hazzy Ishak berkata...

memang stuju dgn joe, kita perlu curahkan semua kasih sayang bila memasak. baru lah sedap.

joegrimjow berkata...

@Hazzy Ishak

cik hazzy dah bersetuju =)

m i a berkata...

hehe..nice sgt..bila lelaki brbicara di dapur kan..

Cikgu Aini berkata...

wah.. bagusnye joe ni..

joegrimjow berkata...

@mia

ni sebab pompuan xnak cerita ni
hehe

gadisBunga™ berkata...

nasi putih, telur goreng (sila prektis goreng sampai cukup sebulan utk mendapatkan telur yg sempurna), kicap - ok dah tuhhhhh.
sana ada jual kicap? kalau xdet, beli olive oil taruk. dah mcm nasik minyak. kelesss ape...huhuhu

joegrimjow berkata...

@gadisBunga

wah wah, ada resipi hari ni
hehe

ada ada, kicap banyak kat sini

Amir Said (dapurmalaysia.com) berkata...

masak dgn kasih sayang baru sedap. :D

Unknown berkata...

masak dengan penuh jujur, huhuhuh! :)

honey amour berkata...

hahhaa..takkan bawang nerah ngan baawang putih pun tak kenal bro...:)

- zuriey - berkata...

mari belajar masak bersama joe..hehe

cEro berkata...

hahaha, terbaEk dr joe...
seperti biasa, terbaEk..

eNaSaN berkata...

ChEf JoE...lalalalala

Tanpa Nama berkata...

kat sana pakai gas lagi ke masak?

Hizami Li berkata...

haha.
muka penuh dgn kasih syg betul.
adeh.

joegrimjow berkata...

@Anonymous

yupp
=)

joegrimjow berkata...

@Hizami Rahim

of kossh

joegrimjow berkata...

@eNaSaN

blom chef lagi

joegrimjow berkata...

@honey amour

jom2

yogurt berkata...

heheheh nih first time jumpe laki sweet.... heheheh

HidayahFadziL berkata...

tajuk entry ni catchy.. hehe...

sebaik la reti masak sket2...

Unknown berkata...

bkn susah pun nk masak..tau basic cukup la.asal kenyang perut sendiri.

1. gambr lego google tu cantik la..2012 lego land bakal ada kat M'sia.-x ada kaitan dgn entry ni.

2.klw anda rasa nak keluarkan body odour yg kuat silakan la guna bawang putih dgn banyaknya. selalu org guna 2 ulas je.klw bawang besar utk masak sambal guna banyk sikit la.

3.hari tu pergi supermarket ada lelaki ni tnya zura "ni sayur sawi ke?"..die tlg isteri belikan sayur rupanya.x salah bertanya klw x tau. jgn ego

4. fasal kasih sayang n ikhlas mungkin betul kot. tapi klw dah masak dgn kasih sayang..garamnya selamabk baik x payah makan.mkn maggi sudah ;)

nadz ruslan berkata...

jauh beza serai dgn daun bawang. satu kasaq, satu lemah gemalai

selalu konpius daun sup dgn daun kari. tapi bau dia sangat obvious. so cium2 lu b4 beli.

daun bawang ngan kucai, nak sama gak kan? rasa kucai slim skit kut. ho2 dua2 x suka.

etomyam berkata...

perisa yg benar2 menyedapkan setiap masakan tu adalah 'kasih sayang' dan ikhlas hehehe

Rafhan berkata...

btul, stuju dengan Joe.. masak dgn kasih sayang. Macam masakan ibu... :)

Tanpa Nama berkata...

ingat ke dah maju gila kat sana tak pakai gas sume tuh..haha amazing btol.

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW