Khamis, 30 September 2010

DiGi iPhone 4 Life

DiGi lagi ??

WAHHH, selalu DiGi ya? mesti korang pelik kenapa aku selalu post pasal DiGi ni? Sebenarnya kesemua entry berkenaan DiGi iaitu


adalah untuk contest Nuffnang. Hadiahnya adalah sebuah iPhone 4. haha, sebab tu kena masuk! Kali ini tajuknya DiGi iPhone 4 Life. Senang-senang. Lagipun tak pernah lagi buat contest untuk entry begitu banyak macam ni. Jadi, layan sajalah. Tahu yang nanti Nuffnang dan DiGi akan bagi kat aku iPhone 4 tu. wah wah =)


Task terakhir cukup mudah iaitu iPhone 4 Life. Yeah, jadi aku akan senaraikan kesemua fungsi iPhone 4 untuk kehidupan yang sebenar dalam bentuk gambar. Selamat 'mengusha' dan wish me luck!





1 - Life with DiGi iPhone 4 : Lambang kehidupan mewah




awek comel pun nakkan iphone 4
dan
plan mesti adalah dari DiGi!






2 - Life with DiGi iPhone 4 : Gadjet lengkap yang mudah dibawa kemana sahaja






3 - Life with DiGi iPhone 4 : Lebih mudah, lebih murah, lebih pantas







4 - Life with DiGi iPhone 4 : Melengkapkan hidup ini!

tangan : I . P . h . O . n . E . 4
(terbelit tangan!)



Done =)

Inilah kesemua 4 entry DiGi 4 the Win =)

Rasanya selepas ini iPhone akan bertukar statusnya dari barang kemewahan kepada barang keperluan. Semua perlukan iPhone nanti! tengok lah 2 3 tahun nanti macam mana ya


Untuk maklumat lanjut, boleh layari Nuffnang atau DiGi

Cikgu Shida popular di youtube (YT)

Salam,

Kat rumah aku duduk sekarang ni (Holberry Close) selalu hangat dengan video cikgu shida ni. hari2 pasti ada link video dari dia yang kawan aku suruh tunjuk. Malam ni jadi semangat pulak aku cari video-video dan kisah pasal cikgu ni. haha, kata blogger, maklumat kena cepat dari orang lain. Pandangan pertama aku tentang video, menghiburkan tapi bila tahu dia sebenarnya cikgu di sebuah sekolah rendah, hehe, menghiburkan tu jadi lain sikit, bertukar jadi biar betul minah ni cikgu?


ini gambar (cikgu caye tak saya sempat download video ni?)


Memang satu kesilapan besar dia adalah mendedahkan identiti sebagai cikgu. atau... orang lain yang dedahkan? heh, aku rasa video dia pasal sambutan hari guru kat atas ni lah yang silapnya, sebab dedahkan identiti seorang guru. orang kita ni bila dah ada isu sensitif-sensitif dan 'rare' kes macam ni, mesti jadi hangat punyalah (aku pun sama). Selain isu dia seorang guru, ada juga yang benci dengan dia sebab dia ni perempuan bertudung, memalukan orang bertudung saja, ada juga yang cakap memalukan agama islam saja. hahaha, pandai pulak ye komen bab bab agama ni. tapi kalau korang tengok dalam televisyen, dalam wayang tu perempuan bertudung kejap tidak bertudung kejap, takde pulak komen yang lebih-lebih kan? ekeke


cara hidup islam dah jauh dengan dunia 'malaysia' kita dude, thats the fact!


Ok, kembali pada soal dia ni cikgu, aku memang kagum dengan kepandaian dia mengedit video-video tu semua. Miming pun terbaik dah, kalah miming aku buat kat lisa surihani hari tu, tapi sebab dia dah reveal dia tu cikgu, tu kesilapan terbesar dia. Jadi cikgu shida, sekarang ni kena bertanggungjawab dengan title cikgu yang ada tu dengan buat yang jangan terlalu tidak senonoh. contoh tak senonoh tu macam latest video waka waka tu. aiyoyo, keterlaluan skit.


Tujuan tidak halalkan cara


Mungkin niat cikgu ni untuk berhibur, ataupun memang pun dia ni suka suka nak lepaskan tension, aku rasa cara membodohkan (auuuwww, kasarnya) diri sendiri ni tak kena. ada cara. mungkin kalau cikgu lelaki tak jadi soal sangat, tapi sebab 'perempuan melayu' yang kononnya kenalah bersopan santun (waka waka eh eh) kenalah jaga sikit. Tapi cikgu, sebab saya ni antara orang yang selalu terhibur dengan video cikgu ni, ada beberapa cadangan yang boleh cikgu ambil untuk jadi popular di youtube =)


Vlog





Rasanya dengan dah ramai orang kenal muka cikgu ni, tak susah untuk cikgu buat vlog. pasti ramai orang view lah, konfem. buat vlog ni bukan semata2 miming saja, boleh sampaikan masej kepada orang ramai lagi dan bayangkan kalau cikgu buat vlog dan masej yang cikgu sampaikan tu dapat kat anak murid, mesti dapat cikgu contoh lah. silap haribulan dapat anugerah lagi!


Mitos mengenai Vlog

  • Hanya yang comel + cantik + sedap mata memandang yang boleh buat
  • Sangat susah nak buat!
  • Hanya artis boleh buat
  • Buat vlog di Malaysia takkan kemana, takde orang tengok


Vlog di Malaysia ni tak maju lagi. Mungkin terlalu fokus pada blog cara biasa, sebab tu ramai yang tak pandang dengan vlog ni. Satu faktor tersembunyi, ada je buat vlog, masing2 nak kutuk kalau buat salah, bukannya nak tegur ke apa. Lagipun untuk hasilkan vlog yang bermutu, dua benda yang paling penting kena ada, satu teknologi (tangkap video, editing semua) dan satu lagi idea mantap. haa, ramai yang sangkut kat idea mantap sebab tak banyak idea yang mantap boleh ditonjolkan


TAPI!!!


Aku yakin cikgu shida ni lain dari yang lain! Memang idea mencurah gitu. Tengok skill cikgu buat miming tu, memang bestlah, cuma ubah jadi gaya kepada penyampaian. Ala, sumbat ilmu dalam bentuk lucu-lucu, cikgu pasti kaya dengan idea kan? barulah takde orang yang marah-marah dan sindir-sindir cikgu. Yang paling penting, keluarga terdekat tidak malu dengan kita (erk???)


Ok cikgu, selamat menunaikan tanggungjawab sebagai cikgu ya, lepas tu boleh buat part time job sebagai penghibur di YT. i support u =)

Rabu, 29 September 2010

itS aLL aBoUt JouRNey : Tahap kehebatan dalam berblog

Salam,

Dulu aku pernah buat versi 5 peringkat kehidupan seorang blogger, kali ini aku akan senaraikan tahap kehebatan dalam berblog pula. Untuk mengukur tahap kehebatan ini, aku akan gunakan HP atau Horse Power. Semakin tinggi HP semakin hebatlah seseorang itu berblog! Sebab dunia blog sekarang dah maju-maju, HP juga dah meningkat, sesiapa yang membawa komik wira tunggal atau pendekar laut, mungkin akan lebih memahaminya!

Jom tengok Tahap kehebatan dalam berblog untuk seseorang blogger!



1) Tahap 1 HP hingga 10 ribu HP

Setiap entry mendapat 5 komen setiap hari!5 komen ini tidak termasuk diri sendiri komen juga. Bila mendapat komen, perasaan gembira begitu kuat sehinggakan tidur pun bermimpikan blog. Setiap hari juga akan ada entry yang ditulis. Blogger jenis ini juga dah mula ada kawan seorang dua dengan blogger lain juga



2) Tahap 10 ribu HP hingga 100 ribu HP

Follower sudah mencecah puluhan! WOwoW. Perasaan untuk update blog lagi bersemangat bila bilangan follower sudah cecah puluhan ni. bila dah follower cecah puluhan, komen pun dah berbelas dapat. Traffic pun dah cecah 50 ke 100 unique visitor sehari. Sangat mengujakan



3) Tahap 100 ribu HP hingga 500 ribu HP

Sekarang traffic blog sudah cecah ratusan sehari. follower juga sudah beratus dan semakin ramai yang mengomen sehinggakan perasaan orang mula komen blog sudah hilang. Sebab blog dah mula stabil, entry pun 2 hari sekali sahaja update. Ramai blogger yang tidak berblog bila sudah cecah tahap ini. Perasaan 'senang' membuatkan mereka juga bersenang lenang dengan blog mereka



4) Tahap 500 ribu HP hingga 600 ribu HP

Selain mempunyai ciri di bahagian atas ni, blogger ni lain sedikit yang mana ada blogger yang berlainan jentina mula private message untuk berkenalan. Perasaan mempunyai peminat di blog ini membuatkan blogger ini kembali berblog dan meningkatkan bilangan traffic dan follower dan juga subscriber juga mula dah dipasang. Untuk membuktikan dia lagi hebat kepada blogger berlainan jentina ini, alexa, page rank dan ranking semua dia khatam! Ya, dia menjadi hebat secara tidak senagaja



5) Tahap 600 ribu HP hingga 700 ribu HP

Follower dah mencecah 1000! Nama blogger ini juga banyak disebut dalam kebanyakan entry dan sememangnya ramai yang sukakannya. Dia disenangi blogger lain kerana konsisten dalam berblog, setiap entry yang ditulis sangat bermakna sehinggakan pasti akan ada orang share di Facebook dan ada juga yang copy paste sebijik entry blogger ini disebabkan terlalu menarik untuk dibaca. Blogger ini menjadi kegilaan ramai! Dia juga sudah mula aktif di luar, selalu berjumpa dengan blogger lain untuk bermain bowling, tengok wayang dan buka puasa beramai-ramai



6) Tahap 700 ribu HP hingga 750 ribu HP

Semua ciri diatas dia ada cuma yang membezakan tahap kumpulan ini dengan yang diatas adalah dia sudah memiliki domain dan hosting sendiri. Katanya dia mahukan lebih professional dan menganggap blog sebagai 'kerja' part time. duit dari blog ini juga sudah mencecah ratusan ringgit sebulan, malahan ada hingga capai 4 angka sebulan!! Dia juga sudah mula membuat blog lebih dari 1, ada 2-3 malahan sampaikan 10 dia buat blog lain!



*******


Tahap super Blogger


Tahap 750 ribu HP keatas ini aku namakan sebagai tahap super blogger. Super blogger disebabkan dia memang seorang yang super! kalau dalam wira tunggal dinamakan tahap pemecah atom, untuk blogger pula dinamakan tahap super blogger. Jadi, apakah ciri-cirinya? jom sama-sama baca


******


7) Tahap 750 ribu HP hingga 800 ribu HP


Trafficnya sudah mencecah 10 ribu UV seminggu. kalau sebulan boleh mencecah 50 ribu UV. Blognya sangat kemas, setiap benda yang dia tulis orang akan angguk baca dan reader yang membaca entrynya akan menunggu untuk dia update blognya dan jika lambat sikit, akan terus private message tanya sihat ke? kenapa tak update blog ni? saya angaulah dengan blog anda. tolong update plizzz, anak akak nak baca ni dan pelbagai lagi soalan blogger ni terima dari facebook, formspring atau email. fuhh, penat mahu melayan. kadang-kadang blogger di tahap ini nak beli sayur di pasar pun mak cik penjual sayur tu cakap, 'anak ni yang menulis blog bla bla bla kan? wahh, bangganya mak cik, nah ambik la sayur semua, mak cik bagi free!'



8) Tahap 800 ribu hingga 900 ribu HP

Blogger ini sudah sangat terkenal di dunia maya! Cerita dia juga ada dipaparkan dalam akhbar tempatan dan dibuat liputan oleh majalah tempatan. Dia sudah menjadi ikon kepada dunia blog. pasal traffic pula, maintai je 500 ke sejuta pageview sebulan. pendapatan sudah mencecah ribuan ringgit dengan berblog sahaja!. Dalam facebook pula, setiap kali dia update status dia, 'eherm' pun beratus yang like dan berpuluh lagi yang mengomen. dialah ikon dunia blog!



9) Tahap 900 ribu HP hingga 999 ribu HP

Blog adalah kerja rasminya. Blogger jenis ini yang mempunyai ciri semua tahap sebelum ini menganggap dunia maya adalah dunia keduanya. kadang-kadang menjadi dunia pertama disebabkan mata pencariannya adalah melalui blog. Dia juga sudah mula membuat website sendiri dan blog peribadinya hanya di update seminggu 3 kali sahaja disebabkan fokus kepada websitenya. Nak cakap pasal ikon, memang semua kenal dirinya. Sehinggakan sesetengah isu hangat, ada wartawan yang akan menemuramahnya minta pendapat.



10) Tahap Super Power blogger - 1 Juta HP!!


1 juta HP ni tak banyak blogger yang mengalaminya. tapi tak mustahil untuk sesiapa juga blogger di luar sana untuk mengalaminya. Kenapa dia mendapat tahap tertinggi dalam berblog ini adalah disebabkan sesuatu yang sangat istimewa iaitu...


setelah dia mahu berkahwin....

pada malam pertamannya....

isteri/suami kesayangan meluahkan rahsia....

yang dia begitu mencintai dirinya....

dan ketika pasangannya itu sudah mula untuk memulakan 'aktiviti sepatutnya'....

dia boleh dengan slumber berkata






dan....

sampai ke pagi esoknya baru habis update @ blogwalking !

Malangnya pasangan dia!



pss : best kan blog ni. kan kan? anda berada di tahap mana? kongsi-kongsilah sikit =)

DiGi iPhone 4 Real

Antara kenapa ramai yang memilih maxis sebagai rangkaian telefon adalah disebabkan plannya yang sangat menguntungkan. Untung? ya, sangat untung. Sekarang ni kalau nak banding iPhone 4 ni yang mana paling murah adalah dengan Maxis kerana Maxis pun ada menawarkan plan iPhone 4. Ok, aku akan bandingkan dalam entry ni. Tapi sebelum itu, nak cerita sikit kenapa aku sukakan plan digi yang yang terbaru ni



1 - Bayaran bulanan yang sangat murah


Dengan hanya RM 58, dah boleh dapat iPhone 4??? Ya, sangat murah. Tapi sebagai pengguna bijak, perlu tahu dari mana datangnya RM 58 ni dan semuanya ada ditulis di website digi. jadi, tengok elok-elok. Sebenarnya RM 58 ni untuk auto-billing, nak tahu apa itu auto billing, kena tanya orang DiGi macam mana. Plan termurah ini juga dapat 200 free sms, 200 free minutes dan 20 free mms. Sangat berbaloi. Bahagian bawah ni aku akan bandingkan dengan rangkaian lain dan kenapa DiGi paling murah




2 - Internet free sepanjang masa


Yang ni sangat best pasal plan DiGi ni, untuk mana-mana plan, free internet! Ya, no extra charge! Cuma kalau korang tengok website dieorang ni, untuk plan iDiGi 88 (paling murah) internet free usage adalah 1 Gig dan jika lebih, memang tiada charge dikenakan!

Superb best!!!

Cuma apabila dah lebih 1 Gig tu, speed dia akan jadi slow, walaupun slow, tetap free, tu yang penting. hehe. macam makan nasi yang kawan masak, walaupun tak sedap, tapi sebab free, jadi sedap jugak. ekeke. Lepas ni bolehlah update status selalu dengan iPhone 4 ni ek?




3 - Pilihan cara pembayaran


Yang ni memang tiada untuk rangkaian lain, hanya DiGi je ada. 2 cara pembayaran boleh dilakukan, tengok yang mana dirasakan sesuai. Sama ada cara pertama iaitu secara tunai atau cash ataupun cara kedua iaitu easy payment plan (ansuran bank). Ada duit banyak, boleh pilih cara pertama, kalau rasa nak berhutang, boleh guna cara kedua. haa, sayang lebih DiGi sebab bagi 2 pilihan!




4 - Tiada shock bil!!



Yang ni sebanarnya terbaik dan kenapa aku akan pilih DiGi. Dah awal-awal bagitau tiada shock bil. Macam gambar kat atas tu, terkejut beruk aku tengok bil walaupun tak guna tapi cecah rm 300 lebih. fuuhhh, hampagas punya MAXIS. memang penuh dengan charge-charge tersembunyi. Jom berpindah ke DiGi



iPhone 4 Plan : DiGi vs MAXIS


Sebelum korang baca entry ni, kena tahu yang aku tak dibayar se sen pun oleh digi untuk buat entry ni. entry ni sebagai tunjuk jalan kepada mereka yang nak beli iPhone 4 ni, mana yang lebih MURAH. perbandingan ni pun masih valid sehingga tarikh 28/9/2010. Lepas ni kalau maxis turunkan harganya, tak tahulah kan. hehe. Jom kita tengok berapa harga sebenarnya yang kita bayar dalam tempoh 24 bulan


Perbandingan untuk plan iDiGi 88 dengan iValue 1, iPhone 4 32gig



MAXIS



Harga phone = RM 1790
24 bulan x RM 100 = RM 2400

Jumlah keseluruhan = RM 4190




DiGi



Harga phone = RM 2490
24 bulan x RM 58 = RM 1392

Jumlah keseluruhan = RM 3882


JIMAT RM 308!!!



Tengok, berapa dapat jimat kalau guna DiGi. Tapi MAXIS tak bodoh sangat sebab untuk iValue 1 tu, dieorang bagi 333 free minute dan DiGi hanya 200, sebab tu kalau nak banding tak boleh sebenarnya. TAPI sebab aku tak mahu ditipu dah oleh MAXIS -charge tersembunyi di mana-mana sahaja dan tak nak ambil risiko, aku mahu pilih DiGi sahaja. Lagipun denga iDiGi 88, sms dan minute percuma tu untuk mana-mana rangkaian, iValue untuk line maxis je. wekk!!


gyahahaha
padan muka MAXIS!!!


Jom bertukar kepada DiGi =)

Selasa, 28 September 2010

Belajar Masak for Dummies

'abang joe, saya akan ke UK dan selain ke kelas english untuk mantapkan english, boleh ke saya nak masuk ke kelas masakan untuk belajar masak, saya tak pernah masak selain maggie dan air dalam seumur hidup ni!'


Lolsss


Antara soalan (diubah sesedap rasa) yang ditanya oleh junior yang akan sambung belajar ke Sheffield. ekeke. ok, sekarang ni memang semua pelajar baru dah sampai. rasanya 60 lebih kot semua. WOW!! tak campur self sponsored lagi, memang sangat meriah Sheffield nanti dengan pelbagai gelagat. hehe. Rumah yang aku duduk sekarang ni orang kata rumah penumpang, 10 Holberry Close, semua yang datang ke sini akan tidur sini dulu sebelum gerak ke rumah atau hostel mereka. memang sangat meriah rumah ni. sekarang ni keadaan dah lengang balik, sebabnya semua dah ke rumah dan hostel masing-masing. kelas pun dah start semalam, sebab tu kena ada rumah sendiri tu!


Ok, berkenaan dengan soalan lazim kat atas tu, jawapan dia mudah je, TAK PAYAH! hehe, aku dulu pun memang tak pandai masak langsung, bawang pun boleh bertukar, apatah nak masak guna kuali kan. memang dummies betul. tapi bila dah ada kat UK ni, tak pandai masak memang akan jadi fakir miskin (asyik beli kat kedai je) terpaksa belajar masak jugak. ahaaa, sekarang ni boleh la sikit-sikit, nak lawan dengan cik mat gebu tu boleh la kot. ekeke


Jadi entry ringkas ni aku akan ceritakan beberapa perkara untuk masak. versi ni memang untuk yang tak tahu langsung camna nak masak semua ni, yang dah otai tu, boleh la promote ek kat facebook masing2. hehe, boleh?


Jom kita tengok!!



1 - Kenali google dengan lebih mendalam


Untuk resepi-resepi tak payah susah-susah nak beli buku bawak dari Malaysia, tengok je Google, semua ada. erkk, besday google semalam kan? Happy bestday google.





2 - Kegunaan bawang putih dengan bawang besar


Walaupun nama dua-dua ni sama, tapi fungsinya berlainan. lain-lain. Cara paling senang nak tahu beza guna bawang putih dengan bawang besar ni, bawang putih orang tak letak banyak, bawang merah ni orang letak banyak dalam masakan. hihik. nak tahu lebih, kena tanya akak senior la, ku pun baru lagi dalam masakan ni, kang salah bagi fakta pulak kang =)




3 - Jangan guna api yang besar


Ahaa, masa nak panaskan kuali, tengok la saiz kuali tu macam mana. Jangan semua nak panaskan minyak, gunakan api yang besar-besar, oooh, akan naik bau semacam je ok. Guna api perlahan je, kata beginner, lambat masak tak pe, yang penting ada rupa dan rasa




4 - Daun Serai dan Daun Bawang


Ni lagi satu susah nak beza, daun bawang dengan daun serai. ahaaa, nanti google nak masak sup google cakap daun bawang, pergi letak serai, jadi lain rasanya ok. kalau tak yakin, tanya je orang kedai tu, 'hi mate, do u have daun baweng?' ekeke, ternganga orang kedai tu nak jawab




5 - Masaklah dengan kasih sayang dan hantar-hantarlah kepada senior


ahaa, ni ramai orang terlupa. jangan lupa masak dengan kasih sayang. hehe. bila dah kasih sayang tu ada, nak masak pun dengan rela hati je, masakan pun akan jadi sedap. tak caye, kenalah cuba. hehe. dan bila dah cuba, jangan lupa hantar kepada 10 holberry close dan tulis note

'khas untuk joegrimjow'

lalala =)


pss : dont take so serios ok, the best teacher is experience, do it and learn from that. dah masak, makan banyak, jadi gemuk, jangan lupa joegrimjow ada untuk kuruskan anda. hihik

Isnin, 27 September 2010

DiGi IPhone 4 Play

Salah satu kenapa iPhone dapat bertahan lama di pasaran malahan semakin hari semakin popular adalah kerana apps. Sekarang sudah ada 250 ribu apps yang boleh di download di apps store sama ada percuma atau berbayar. Cara download dari apps store yang mudah ini menambah lagi kenapa orang sukakan iPhone!




DiGi Iphone 4 Play


Mungkin sebab apps yang beribu inilah yang membuatkan ramai orang terlekat dengan iPhone. Ada juga kawan suggest untuk bertukar kepada androids phone, tapi hati ni lagi melekat dengan iPhone, sebabkan apps yang semakin hari semakin banyak yang baru keluar! Sebut pasal apps ni, masing-masing ada apps yang digemari



aku???


Sudah pastilah ada! Sebab entry ini adalah untuk iPhone 4, aku akan senaraikan 4 apps yang aku minati dalam entry pendek ini. jom tengok apakah appsnya


1 - Chess Free


Sememangnya sejak guna nokia 6610 i lagi aku mesti cari apps untuk main chess. dah nama pun hobi kan? jadi, bila berpindah ke iPhone ni, chess free merupakan apps terawal yang membolehkan kita download dari apps store secara percuma. ya, ia percuma! Apa yang buat lagi best mengenai apps ini adalah rupa bentuk yang mudah dan tak bercelaru, boleh lawan dengan komputer mengikut level dan banyak lagi. jom download percuma! Walaupun sekarang ni dah semakin banyak apps chess utuk di download, aku masih setia dengan chess free =)




2 - Evernote


Sebut pasal iphone tanpa utilities yang berguna ni macam nasi tanpa kuah. heh, sangat betul! iPhone 4 dengan kebolehan multitasking sekarang ni menjadikan banyak apps yang sangat berguna dalam kehidupan. contoh termudah adalah evernote. evernote tidak seperti note-note lain, dengan evernote, kita boleh
  • Tulis Note
  • Kumpulkan snapshot (cool!!!)
  • Voice recording (kualiti yang terbaik!)
  • User friendly

Selama ini aku hanya guna note yang sedia ada di iPhone sahaja, tetapi setelah download dan guna apps ni, aku rasa apps ini adalah terbaik dan menjadikan ia lebih terbaik, FREE!




3 - Facebook


iPhone tanpa facebook ibarat nasi ayam tanpa ayam! haha, aku rasa dengan boleh mendapatkan apps ini free sahaja, sudah pasti setiap iPhone ada apps ni. Yang paling aku suka adalah 'developer' facebook ni begitu cepat bangunkan applikasi ni, kalau dulu memang agak sengal dan ramai yang memilih untuk online di PC atau MAC, tetapi sekarang dah senang update dan 'main' facebook di iPhone! terbaru iphone facebook membolehkan update dimana anda berada. sangat hebat!



4 - Angry birds


Ahaa, game angry birds ni adalah LEGEND, jarang ada apps yang menduduki carta 'TOP CHART' di apps store dengan waktu yang sungguh lama. Angry Birds adalah contoh yang berada di tangga pertama di dalam TOP CHART untuk games di apps store. dengan hanya 0.59 pound (apps paling murah) aku rasa semua yang beli apps ini rasakan ia berbaloi. tak payah orang, aku sendiri je rasa berbaloi!

Dengan menggunakan burung sebagai bom dan burung ni pula banyak jenis (setiap jenis berlainan ability) memang membuatkan ramai orang mahu habiskan game ini secepat mungkin dan berlagak di depan kawan. haha. pernah terjadi. pengalaman aku sendiri.... tak pernah nak habiskan game ini. mungkin lepas update entry ni aku akan habiskan!!



Korang punya macam mana?
kongsi-kongsi lah ye

Islamophobia : Kuali mahu ajar belanga jadi putih



Islamophobia atau perasaan takut atau benci terhadap agama Islam merupakan isu hangat disini (UK). 2 tahun lepas tiada persatuan islamophobia ni tetapi tahun ni, ada pula persatuan ni ditubuhkan. Yang menariknya, orang yang menjaga booth itu adalah mat saleh. Tak tahu apa agama mereka


Ketakutan terhadap islam memang sesuatu yang biasa di negara bukan majoritinya islam. Ini kerana orang tidak dapat menerima pengetahuan mengenai islam secara terus dari sumber pendidikan. CELAH BEDAH mana pulak sekolah sini ajar pengajian islam kan? Entry pendek ini adalah untuk melihat situasi di Malaysia yang dirasakan lebih relevan untuk dibincangkan


Kuali mahu ajar belanga jadi putih!



Sinis or 'what so ever' kenyataan terbaru dari PM kita untuk membantu Amerika dalam memahamkan penduduk sana tentang islam amat.... aigoooo. Segan nak sebut! Bagi aku, kalau mahu menolong US dalam memerangi Islamophobia ni, cara terbaik adalah memberi sumber kewangan dari KEUNTUNGAN PETRONAS yang rakyat kelantan terpaksa masuk ke mahkamah untuk minta atau pun keuntungan LEBUH RAYA yang saban tahun meningkat (perjanjian memanglah kena sentiasa meningkat!) dan disalurkan kepada badan-badan islam disana. kalau bab idea? huuuu, buat malu je dong


Macam kuali mahu ajar belanga jadi putih je!


Kenapa?


Islam dengan Malaysia sangat jauh. ooh, aku bukan cakap pasal kebolehan negara kita membina masjid berjuta ringgit ataupun kesanggupan pihak kerajaan memberi duit untuk sambutan maulidurrasul, tetapi Malaysia yang aku maksudkan adalah rakyat dinegara kita yang agak jauh dengan nilai islamnya. Macam ni nak ajar orang luar supaya tak benci Islam? nampak tak point aku sekarang?


Kalau di negara kita sendiri, aku yakin ramai non-muslim yang kurang pengetahuan pasal islam. apa yang mereka lebih tahu adalah melayu melayu dan melayu. melayu dapat banyak kemudahan, melayu tuan punya tanah di malaysia, melayu dapat bantuan segala dan bagai-bagai lagi. pasal islam? hooohoo, melayu itu adalah islam kata mereka. kenapa jadi macam ni aku pun tak tahu. ada yang nak sedapkan ayat, semua melayu adalah islam tetapi tak semua islam itu melayu. apakah???


Ok, untuk menunjukkan perbincangan kita lebih realistik, aku akan senaraikan beberapa cara untuk kita buat sebagai orang melayu (sorry kalau ada pembaca bukan melayu baca) Kalau na suruh kerajaan buat itu buat ini, bukannya PM baca pun blog aku ni, jadi isinya takkan sampai kemana! takkan nak suruh kerajaan hapuskan PERKASA, takkan nak suruh kerajaan amalkan sistem pemerintahan islam, takkan nak suruh kerajaan suruh semua menteri atau bini masing-masing at least tutup aurat supaya jadi contoh tauladan semua, takkan dapat nya!


Ini antara cara untuk bagi pengetahuan islam kepada non-musim di Malaysia seterusnya islamophobia ni takkan wujud pun di Malaysia


1 - Lepas makan letak sisa makanan dalam tong sampah



Kak jie ada buat entry (klik sini) pasal orang yang meletakkan sisa makanan dalam tong sampah. contoh korang makan di Mc D (isu yahudi ke tak kita bincang bab lain) lepas makan, sesedap hati tinggalkan sisa makanan di atas meja. Dah jadi adat dan memang ok je sebenarnya. Tapi sebab kita ni orang islam, yang utamakan kebersihan, apa salahnya pergi buang semua sisa tu dalam tong sampah. mudah sangat kot! kalau ada cina ke india ke yang tanya, kenapa buang sisa tu, tinggal je lah atas meja, baru dengan bangga boleh cakap, islam ajar umatnya untuk menjaga kebersihan dan bla bla bla. haaa, tak ke comel macam tu?



2 - Menjaga waktu solat


Sedang tengah meeting apa ke dengan non-muslim, dari pukul 3 sampai 7 petang kita mintak la break sekejap untuk solat pukul 5 tu. solat asar. ni meeting habis pukul 7, pukul 7 lah baru nak sembahyang. yang paling teruk, ada kawan non-muslim kita tu siap tanya, tak pergi solat ke? ahaaa, malu abang oiii. Sekurang-kurangnya bila kita mintak nak solat dan kalau ada non-muslim yang tanya kena habiskan meeting dulu baru solat, cakaplah balik kat dieorang, 5 minit je nak komunikasi dengan tuhan, barulah meeting lagi berkat sambil sengeh-sengeh kat dieorang tu. Bila dieorang tanya kenapa kena solat, tak beban ke kena solat, haaa, masa nilah nak gunakan pengetahuan yang belajar semasa tingkatan 3 rahsia dalam solat kepada mereka. apa lagi, cerita je lah!



3 - Beratur-beratur-beratur


Ni lagi satu masalah orang kita ni, susah sangat nak beratur. Panjang sangat, terus nak potong-potong. Kalau kat traffic light tu, orang kitalah yang suka potong-potong. haiyaaa, macam mana nak tunjuk contoh tauladan yang baik macam ni? memang takkan dapat la. cuba beratur elok-elok, kalau panjang pun, semua pun panjang. nak cepat pun, semua nak cepat. bukan kita je nak cepat!




4 - Ada masa, ceritalah


Benda ni jarang orang kita buat. erk, aku pun sama. takpe, lepas ni kita boleh buat. nak cerita apa? cerita pasal islam lah. apa lagi. duduk sembang-sembang pasal liverpool teruk sangat permainan season ni, manchester pun boleh kalah malam ni (erkk??) apa salahnya masuk skit pasal islam. takyah berat-berat sangat, ni terus cakap pasal soal kalimah syahadah, terus bagitau rukun iman rukun islam, memang menganga la kawan kita tu, cakap benda basic, contoh pasal 'potong' ni. jangan terkejut sebab ada kawan cina aku tanya dah potong macam mana mahu kahwin? LOLss, bunyi lucu tapi memang ada orang macam tu. taknak cakap pasal potong, boleh bincang pasal babi dan arak, kenapa dalam islam haram semua tu, masukkanlan ilmu sains yang tinggi menggunung tu sekali. barulah dieorang nampak kehebatan agama kita



Dunia akhir zaman, susah nak cakap pasal agama.... sighhhh

Ahad, 26 September 2010

DiGi IPhone 4 Me

Walaupun ada kat sini, tapi kemeriahan pelancaran IPhone 4 tetap dirasai. Wow, DiGi kembali lagi dengan pelbagai plan yang amat menarik untuk dimiliki. bukan saja menarik, yang penting sangat berbaloi dan 'affordable' Sempena satu contest yang DiGi buat dengan kerjasama Nunffnang ni, entry ini adalah khas menyenaraikan 4 sebab kenapa aku perlukan IPhone 4 ni. Jom kita tengok apakah sebabnya!



1 - Percuma


Ahaa, sudah pasti sebab utama adalah percuma. Cuma buat entry je boleh menang iPhone. hehe, tadi ada pergi tengok harga kat sini (Sheffield) dan harga untuk 16 gig pun 480 pound (lebih kurang RM1900) jadi menang contest ni, dapat iphone percuma, siapa tak mahu?? Lagi satu kenapa nak iphone ni sebanya..... kat sini dah habis stok!!!



2- Superb Plan


Memang agak terkejut sebabnya dengan serendah RM58 dah boleh pakai iPhone 4 ni. Memang superb la DiGi. Untuk melihat lagi dengan lebih detail, sila klik link ini. Dengan plan seumpama ini, aku rasa memang ramai yang akan memilih DiGi. Aku yakin nanti balik ke Malaysia, semua iPhone 4 ni pasti habis dah, fuhh, harap dapatlah menang kan?




3 - Ia adalah DiGi


Salah satu sebab lagi adalah ia adalah DiGi. Kenapa bagus sangat ke DiGi ni? Pendapat peribadi yang sudah menggunakan maxis dan celcom, aku rasa DiGi adalah terbaik. terbaik dari segi tiada charge sampingan. heh, pernah buat entry kutuk maxis dan nasib dengan celcom tak kekal lama sebab no hilang, kini melekat dengan DiGi dah 5 bulan dan tak pernah lagi no ini meragam. Ini antara sebab aku masuk contest ini, kalau dapat iPhone 4 ni, plannya adalah DiGi. yeahh!




4- IPhone 3g yang sudah MEREKAH


Erk, sekarang ni aku pengguna iPhone 3g. Bukan 3gs ok, 3g je, jadi ini adalah masa yang sangat sesuai untuk tukar phone. ahaa, lagi satu, iphone aku ni dah uzur sangat dah, habis dah kena rekah-rekah. Terjatuh beberapa kali dah, nasib baik merekah je, bukan rosak terus. fuuh, nak iphone 4!!!!




CUMA!!

Nak warning awal-awal yang...



=)


Nak iPhone 4 satu DiGi!!!!


pss : i will follow u.. LIKE!!!

Sabtu, 25 September 2010

Kahwin Lambat (versi kesimpulan)

Salam,

(versi lelaki sini)


Ada orang kata aku selalu buat tajuk kawen ni sebab aku sendiri nak kawen? haha, tak lagi tak lagi. kalau ada, akan diberitahu ok. sekarang ni kita kumpul duit banyak-banyak dulu, kerja supaya duit cukup supaya boleh tanggung anak orang, baru boleh umum siap-siap. alaa, cik tanah kan ada. kan kan awak kan? =)


Ini adalah versi kesimpulan. 4 isi untuk perempuan dan 4 isi untuk lelaki, versi kesimpulan ini hanya ada 3 isi sahaja. nak hurai lebih sikitlah, baru maksud akan sampai.



1) Mas Kahwin @ Hantaran


Memang tak dinafikan yang antara masalah orang lambat kahwin adalah sebab mas kahwin yang terlebih-lebih. Sekarang ni mas kahwin dinilai bukan dari segi agama dah, tapi dari segi pangkat dan darjat. boleh rujuk kembali entry yang lepas. Dalam islam sendiri, banyak sebenarnya mas kahwin (mahar) ini dan tidak semestinya duit berpuluh ribu semata-mata. contoh paling mudah boleh jadikan alquran sebagai maharnya. tapi kita ni, taknak bagi orang mengata, bagi jugaklah yang lebih-lebih sampaikan nak kahwin pun terpaksa ditangguh dan ditangguh hinggalah putus hubungan yang asalnya nak bina rumah tadi. aiyyoyo




2) Duit


Memang duit adalah penyebab kenapa ramai yang tangguh kawen! Sampaikan buat pinjaman dengan ahlong?? hoho

Nak ubah sikit persepsi kita yang duit ni hanya kerja si lelaki. Kalau si perempuan nak hidup mewah, janganlah mengharap si suami sahaja duitnya, kenalah sumbang sedikit. sama jugak seperti nak kahwin, masa kahwin tu, kalau nak buat grand punya dan si lelaki pulak gaji 2 ribu je sbulan, mana boleh cik adik oi. sama-samalah ye. nak buat biasa-biasa, no problemooo.


Tapi aku bukan nak backup lelaki, cuma nak ubah ramai tanggapan yang kerja duit ni hanya lelaki semata-mata. sama-sama barulah ok. maksud sama-sama ni, kalau si isteri tak kerja dan suami kerja biasa-biasa je, si isteri kenalah hidup bersederhana tolong ringankan beban. jangan setiap bulan nak tukar make up je. aiyyoyo, mati kutu la laki tu. Pada lelaki pulak, jangan lupa yang jadi ketua keluarga ni sememangnya duit adalah perkara yang penting. so, pandai-pandailah nak kawen ye




3) Masyarakat


Haaa, ni lagi satu penyumbang yang besar kawin lambat ni. sebab masyarakat. ahaa, kenapa dengan masyarakat? biasalah kita ni terbawa-bawa dengan pengaruh luar yang bukan dari agama kita. Nak komen pasal masyarakat ni, rasanya korang lagi memahami kan macam mana orang kita.

dan kalau korang perasan, masyarakat kita ni lebih memandang kepada majlis perkahwinan daripada kehidupan pasangan tu sendiri. bak kata seorang blogger, majlis perkahwinan tu ibarat pintu rumah sahaja, tak perlu nak berhias lebih-lebih sedangkan dalam rumah sendiri takde apa-apa, kosong. wohooo, tak best la!



Ok, done


Rasanya ni entry terakhir pasal kahwin lambat ni. Ada orang nak salahkan jodoh kalau kahwin lambat, aku sangat tidak bersetuju dengan soal ni sebab jodoh semua tu bukan yang kita tentukan, Dia yang tentukan, jadi kalau kita salahkan jodoh, seolah kita salahkan Dia. aiyoo, kena check balik tu.

Apa yang penting??

kerja..... untuk kawen!


pss : masak nasi ayam untuk junior2. ahakkksss

Jumaat, 24 September 2010

Kahwin Lambat (versi perempuan)

Salam,

Jet leg ni memang kuat kesannya. Masa saya menulis entry sambungan ni pukul 3 pagi. lebih kurang pukul 10 pagi waktu Malaysia. Tadi pukul 9 malam dah tidur (malaysia 4 pagi). Haha, memang sangat awal kan? Takpe, malam ni akan cuba tidur iut waktu sini =)


Ini entry dari semalam. terima kasih pada yang memberi komen semalam dan ku ambil beberapa idea dari komen entry semalam untuk dimasukkan di dalam entry ni pulak. jom kita tengok apakah faktor perempuan kahwin lambat!




1 - Lelaki berkualiti semakin kurang


Kalau nak diikutkan, memang sekarang ni lelaki sangat kurang di universiti. apatah lagi di bidang professional, sangat kurang lelaki yang ada disana. di mana ramai? ahaaa, pusat serenti. Ini lah menyebabkan ramai perempuan yang tak kawen-kawen, sangat kurang lelaki yang mampu berkahwin ada!




2 - Perebutan lelaki oleh anak dara vs mak janda

*typo, mak janda


Erk, ni kes terpencil tapi memang ada kes yang anak dara tak kawen-kawen lagi sebab mak janda yang sapu semua. ekeke, anak dara kena pandai-pandai lah, baru tak kalah dengan janda hot-hot di luar sana





3 - Mengejar kerjaya terlalu lama hingga akhir hayat


Ini memang hakikat. ramai perempuan sekarang yang mengejar kerjaya terlalu lama. ada sampai ke akhir hayat? perempuan moden katakan, tak mahu hidup bergantung pada lelaki semata-mata. jadi mereka sibuk kumpul harta dan bekerjaya tinggi-tinggi sampaikan lupa nak kawen. alahai, kawen pun boleh lupa ke? hoho, kawen la dulu, lepas tu barulah kerja duit sama-sama dengan suami. baru best. kan?




4 - Menunggu pasangan menjadi kaya


Ada juga yang tak kawen kawen sebab tunggu pasangan yang mahu dikahwini cukup duit. ada yang bertunang sampai 10 tahun sebab duit si tunang tak cukup-cukup lagi nak bayar duit hantaran pun. aduss, kesian orang macam ni. sebabkan duit, tak dapat nak kawen sampailah dah jadi tua kerepot


ok, done

ada nak tambah lagi? nak tambah dalam versi kesimpulan pula

Khamis, 23 September 2010

Kahwin Lambat (versi Lelaki)

Salam,

Baru sampai ke UK ni, atau lebih tepat ke Sheffield. Wah wah, rumah yang saya duduk sekarang ni ada ladang epal. ok, terlalu over, ada POKOK EPAL! Ya, sepanjang 2 tahun lebih dah kat UK ni, tak pernah lagi ada pokok epal belakang rumah. sangat excited campur jakun terlebih ok, jom fruit picking. ekeke.


Sebelum cerita pasal pokok epal berlebihan, kali ini akan kongsi dengan pembaca mengenai kenapa ramai masyarat kita kahwin lambat dan untuk kali ini adalah versi lelaki. Ini sekadar pandangan saya melalui pembacaan dan juga penelitian sepanjang 22 tahun hidup di bumi ini. versi perempuan nanti akan post dan saya sangat alu-alukan di ruangan komen ini untuk dimatangkan isinya




1 - 'Harga' perempuan yang mahal


Sekarang ni harga perempuan ditentukan pada taraf pengajian. Kalau orang kampung kelulusan spm je, boleh la nak murah-murah. tapi bila dah ada degree, harga semakin meningkat. belum phd lagi tu. kerja pula, kalau dah professional tu seperti doktor ke, fuhhh, penat si lelaki nak kumpul duit bagi hantaran




2 - Kenduri kahwin yang sangat banyak perlukan belanjawan


Kenduri kahwin ni dah jadi adat dalam masyarakat kita untuk disambut secara besar-besaran. bukannya salah, tapi kalau dah terlalu mewah sampaikan perkahwinan terpaksa ditangguhkan disebabkan nak bagi catering uruskan soal makanan pada walimah, itu sudah membebankan namanya. bagi biskut cicah air tea, ok?




3 - Susah nak dapat pekerjaan tetap


Lelaki memang sangat glamer di pusat-pusat serenti. salah satu punca juga kenapa lelaki lambat berkahwin adalah jenis pekerjaan yang belum tetap. susah nak pelihara anak dara orang kalau kerja pun terkongtang kanting lagi. erkk, susah-susah, buat bisnes herbalife je la =)




4 - Perempuan suka memilih



Tak boleh nak salahkan si perempuan kalau mahukan lelaki yang macho, hensem, kaya atau berharta ni sebab si lelaki nilah yang akan memeliharanya sampailah ke akhir hayat. Apa yang menjadi masalah sekarang adalah ramai sangat si perempuan yang suka memilih tak sedar ke diri. erk? maksudnya diri tu tak seberapa tapi mahukan lelaki yang duit ada 5 juta baru boleh masuk meminang. ada ke orang macam tu?


baca sini pun stylo jugak

Rabu, 22 September 2010

E-Book percuma : Rahsia jutawan di usia 25 tahun

E-book atau entry percuma ini dibuat khas untuk sesiapa yang menjumpainya. Untung sangat sebab ia adalah percuma. Harga asal e-book ini adalah 25 usd tetapi kali ini adalah percuma! Sebelum membongkar rahsianya, terimalah entry ringan ini dulu



*****


Tahun 2050

Jagarjek bersama atuknya joegrimjow telah berjalan-jalan di sekitar area shah alam. Kawasan itu jelas banyak berubah. Hari ini dia jagarjek mahu belajar sesuatu dari atuknya iaitu cara mahu jadi cepat kaya. ya, cara yang sangat cepat sampaikan sesiapa yang mencubanya akan menjadi sekaya sampaikan duit tak tahu nak simpan di mana!


Jagarjek : atuk, nak tahu rahsia kaya macam mana. cepatlah bagitau.
Joegrimjow : alaa, tak cukup lagi ke duit raya dirham yang atuk bagi hari tu?

Jagarjek : tak cukup. dah beli ice cream. dah habis semua dah
Joegrimjow : mak oi, kuat betul makan ice cream. makan ke melantak ni?


Jagarjek : alaaa, atuk janganlah ubah tajuk. cepat bgtau macam mana nak jadi kaya!
Joegrimjow : hurmmm. dah buat entry dah dulu. cari balik kat entry e-book percuma “ rahsia jutawan di usia 25 tahun


Jagarjek : ye ke? ok, nanti cari
Joegrimjow : alang-alang melawat atuk ni, meh atuk nak story pasal tahap2 kekayaan orang ni

Jagarjek : kekayaan pun ada tahap ke tu?
Joegrimjow : mestilah ada. sebelum tu, kita naik dulu kereboter (kereta + motobot +helikopter) atuk nak tunjuk tempat2 yang menarik


Mereka pun menaiki kereboter itu. set tempat telah ditentukan dan tak sampai 12 minit, mereka berdua sudah sampai di satu kawasan perumahan yang sangat mewah. ya, sangat mewah! ada satu rumah disitu yang sangat besar!




Jagarjek : perghhh, besar2nya kawasan rumah ni
Joegrimjow : haa, memang sangat besar. ni lah rumah orang kaya tahap ketiga


Jagarjek : tahap ketiga maksudnya?
Joegrimjow : tahap yang paling biasa bagi title orang kaya


Jagarjek : maknanya ada lagi yang lagi kaya?
Joegrimjow : mestilah ada. nak tengok lagi?

Jagarjek : mestilah nak
Joegrimjow : ok, jom kita pergi


Mereka berdua naik sekai lagi ke tempat yang seterusnya. kali ini ke tempat yang sangat sunyi. ada rumah papan yang hampir-hampir runtuh dek anai-anai. jagarjek berasa pelik




Jagarjek : erkk, betul ke ni tuk tempatnya?
Joegrimjow : betullah, ni tahap kedua orang kaya ni

Jagarjek : mana ada ni tuk. rumah tadi lagi besar dan mewah dari sini. sini... rumah papan pun kaya?
Joegrimjow : mereka sangat kaya cu, mereka kaya di akhirat!


Jagarjek : erk?
Joegrimjow : penghuni rumah ni ada 5 orang anak. kelima-lima merupakan kuat agama. ayah dan ibu mereka pak imam dan ustazah di sekolah pondok. kalau cu tengok amalan mereka anak beranak, fuuh, memang sangat terbaik! boleh bayang betapa banyaknya harta mereka di akhirat?


Jagarjek : wow. takleh bayang. tapi memang betul ke mereka kaya?
Joegrimjow : betul. ni tahap kedua. nak tengok tahap pertama?

Jagarjek : ada lagi tahap pertama?
Joegrimjow : mestilah ada.

Jagarjek : mungkin anak mereka ada 10 dan semuanya kuat agama?
Joegrimjow : u will see babeh


Akhirnya mereka ke satu tempat yang terakhir. sampai disana, jagarjek dapat melihat sendiri di depannya satu masjid yang cukup gah dibina, ramai imarahkannya dan terdapat sebuah rumah ditepinya yang juga agak mewah


Jagarjek : erk, mana satu rumah orang kaya tu?
Joegrimjow : tu la, yang bentuk rumah, takkan mereka duduk kat masjid pulak

Jagarjek : ooh, yg besar tu? mewah mewah. jadi, kenapa mereka dapat no 1 ni tuk?
Joegrimjow : hehe, cuba tengok masjid kat tepi tu. besar?

Jagarjek : bukan setakat besar, tapi happening! ramai orang yang datang
Joegrimjow : ahaa, kalau nak tahu, pemilik rumah tu juga yang membina masjid tu

Jagarjek : ekk?
Joegrimjow : iye. dia merupakan billionaire orang islam yang ke 43. anak2nya semua bekerjaya. ada peguam, ada doktor dan ada engineer. kesemuanya bukan sahaja bekerja di bidang professional tapi juga hafiz alquran. Masjid tu dibina oleh pemilik rumah tu untuk kemudahan orang setempat.

Jagarjek : maknanyanya?
Joegrimjow : orang yang paling kaya ni, bukan sahaja kaya di dunia, tapi di akhirat pun kaya.


Jagarjek : camne atuk tahu dieorg kaya di akhirat? pernah jumpa?
Joegrimjow : ekeke. bukan. tapi agama kita kan dah cakap, 3 benda yang takkan putus walaupun kita telah mati adalah, harta yang diwakafkan, ilmu yang bermanfaat dan juga anak yang soleh selalu mendoakan ibubapanya. pemilik rumah ni ada pakej lengkap. walaupun berjaya di dunia, dia tidak lupa untuk jadi kaya di akhirat!

Jagarjek : ok, atuk nak bgtau sini yang.... kaya di akhirat lagi kaya dari orang kaya di dunia
Joegrimjow : yuppp

Jagarjek : dan orang yang kaya di dunia dan di akhirat lagi kaya dari orang yang hanya kaya di akhirat
Joegrimjow : yupppa. bijak cucu atuk


Jagarjek : ohooo, got it. thank u atuk!!
Joegrimjow : sama2


******


Nak tahu apakah rahsianya? jeng jeng jeng.


Rahsia untuk kaya adalah formula D.U.I.T

D untuk doa
selalulah berdoa agar jadi kaya dan harta yang diperoleh itu mendekatkan diri lagi dengan sang pencipta, bukan membuat jauh dari sang pencipta

U untuk usaha
Berusalah sedaya upaya tanpa mengira penat lelah. Jangan cepat berputus asa dengan sentiasa berusaha untuk mendapat apa yang kita mahukan

I untuk ikhtiar
jangan cepat berputus asa dan jika tidak berjaya, ikhtiar dengan cara yang lain. susah senang itu adalah adat untuk orang berjaya!


T untuk tawakkal
setelah berusaha, berikhtiar dan berdoa, serahlah sepenuh hati kepada Allah. Jika tak kaya-kaya juga, anggaplah itu adalah terbaik untuk diri sendiri. mungkin jadi anda sekarang lagi baik dari mempunyai banyak duit. who knows?

except Him that knows the best for us!

pss : no short cut bro no short cut!