Isnin, 27 September 2010

DiGi IPhone 4 Play

Salah satu kenapa iPhone dapat bertahan lama di pasaran malahan semakin hari semakin popular adalah kerana apps. Sekarang sudah ada 250 ribu apps yang boleh di download di apps store sama ada percuma atau berbayar. Cara download dari apps store yang mudah ini menambah lagi kenapa orang sukakan iPhone!




DiGi Iphone 4 Play


Mungkin sebab apps yang beribu inilah yang membuatkan ramai orang terlekat dengan iPhone. Ada juga kawan suggest untuk bertukar kepada androids phone, tapi hati ni lagi melekat dengan iPhone, sebabkan apps yang semakin hari semakin banyak yang baru keluar! Sebut pasal apps ni, masing-masing ada apps yang digemari



aku???


Sudah pastilah ada! Sebab entry ini adalah untuk iPhone 4, aku akan senaraikan 4 apps yang aku minati dalam entry pendek ini. jom tengok apakah appsnya


1 - Chess Free


Sememangnya sejak guna nokia 6610 i lagi aku mesti cari apps untuk main chess. dah nama pun hobi kan? jadi, bila berpindah ke iPhone ni, chess free merupakan apps terawal yang membolehkan kita download dari apps store secara percuma. ya, ia percuma! Apa yang buat lagi best mengenai apps ini adalah rupa bentuk yang mudah dan tak bercelaru, boleh lawan dengan komputer mengikut level dan banyak lagi. jom download percuma! Walaupun sekarang ni dah semakin banyak apps chess utuk di download, aku masih setia dengan chess free =)




2 - Evernote


Sebut pasal iphone tanpa utilities yang berguna ni macam nasi tanpa kuah. heh, sangat betul! iPhone 4 dengan kebolehan multitasking sekarang ni menjadikan banyak apps yang sangat berguna dalam kehidupan. contoh termudah adalah evernote. evernote tidak seperti note-note lain, dengan evernote, kita boleh
  • Tulis Note
  • Kumpulkan snapshot (cool!!!)
  • Voice recording (kualiti yang terbaik!)
  • User friendly

Selama ini aku hanya guna note yang sedia ada di iPhone sahaja, tetapi setelah download dan guna apps ni, aku rasa apps ini adalah terbaik dan menjadikan ia lebih terbaik, FREE!




3 - Facebook


iPhone tanpa facebook ibarat nasi ayam tanpa ayam! haha, aku rasa dengan boleh mendapatkan apps ini free sahaja, sudah pasti setiap iPhone ada apps ni. Yang paling aku suka adalah 'developer' facebook ni begitu cepat bangunkan applikasi ni, kalau dulu memang agak sengal dan ramai yang memilih untuk online di PC atau MAC, tetapi sekarang dah senang update dan 'main' facebook di iPhone! terbaru iphone facebook membolehkan update dimana anda berada. sangat hebat!



4 - Angry birds


Ahaa, game angry birds ni adalah LEGEND, jarang ada apps yang menduduki carta 'TOP CHART' di apps store dengan waktu yang sungguh lama. Angry Birds adalah contoh yang berada di tangga pertama di dalam TOP CHART untuk games di apps store. dengan hanya 0.59 pound (apps paling murah) aku rasa semua yang beli apps ini rasakan ia berbaloi. tak payah orang, aku sendiri je rasa berbaloi!

Dengan menggunakan burung sebagai bom dan burung ni pula banyak jenis (setiap jenis berlainan ability) memang membuatkan ramai orang mahu habiskan game ini secepat mungkin dan berlagak di depan kawan. haha. pernah terjadi. pengalaman aku sendiri.... tak pernah nak habiskan game ini. mungkin lepas update entry ni aku akan habiskan!!



Korang punya macam mana?
kongsi-kongsi lah ye

17 ulasan:

  1. Lols...u too? i feel like u guys are brain washing me into an apple zombie o.O"

    BalasPadam
  2. pegi habiskan game tue cepat.. hahha..

    BalasPadam
  3. angry bird tu kan joe...
    kalo ko search utube..
    ade tutorial nk abiskan utk dapat 3 bintang..
    bru boleh bangga ngan kawan...hahaha

    BalasPadam
  4. ade...try search kt youtube..
    mine byk da sume 3 star...hahaha

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.