Khamis, 30 September 2010

Cikgu Shida popular di youtube (YT)

Salam,

Kat rumah aku duduk sekarang ni (Holberry Close) selalu hangat dengan video cikgu shida ni. hari2 pasti ada link video dari dia yang kawan aku suruh tunjuk. Malam ni jadi semangat pulak aku cari video-video dan kisah pasal cikgu ni. haha, kata blogger, maklumat kena cepat dari orang lain. Pandangan pertama aku tentang video, menghiburkan tapi bila tahu dia sebenarnya cikgu di sebuah sekolah rendah, hehe, menghiburkan tu jadi lain sikit, bertukar jadi biar betul minah ni cikgu?


ini gambar (cikgu caye tak saya sempat download video ni?)


Memang satu kesilapan besar dia adalah mendedahkan identiti sebagai cikgu. atau... orang lain yang dedahkan? heh, aku rasa video dia pasal sambutan hari guru kat atas ni lah yang silapnya, sebab dedahkan identiti seorang guru. orang kita ni bila dah ada isu sensitif-sensitif dan 'rare' kes macam ni, mesti jadi hangat punyalah (aku pun sama). Selain isu dia seorang guru, ada juga yang benci dengan dia sebab dia ni perempuan bertudung, memalukan orang bertudung saja, ada juga yang cakap memalukan agama islam saja. hahaha, pandai pulak ye komen bab bab agama ni. tapi kalau korang tengok dalam televisyen, dalam wayang tu perempuan bertudung kejap tidak bertudung kejap, takde pulak komen yang lebih-lebih kan? ekeke


cara hidup islam dah jauh dengan dunia 'malaysia' kita dude, thats the fact!


Ok, kembali pada soal dia ni cikgu, aku memang kagum dengan kepandaian dia mengedit video-video tu semua. Miming pun terbaik dah, kalah miming aku buat kat lisa surihani hari tu, tapi sebab dia dah reveal dia tu cikgu, tu kesilapan terbesar dia. Jadi cikgu shida, sekarang ni kena bertanggungjawab dengan title cikgu yang ada tu dengan buat yang jangan terlalu tidak senonoh. contoh tak senonoh tu macam latest video waka waka tu. aiyoyo, keterlaluan skit.


Tujuan tidak halalkan cara


Mungkin niat cikgu ni untuk berhibur, ataupun memang pun dia ni suka suka nak lepaskan tension, aku rasa cara membodohkan (auuuwww, kasarnya) diri sendiri ni tak kena. ada cara. mungkin kalau cikgu lelaki tak jadi soal sangat, tapi sebab 'perempuan melayu' yang kononnya kenalah bersopan santun (waka waka eh eh) kenalah jaga sikit. Tapi cikgu, sebab saya ni antara orang yang selalu terhibur dengan video cikgu ni, ada beberapa cadangan yang boleh cikgu ambil untuk jadi popular di youtube =)


Vlog





Rasanya dengan dah ramai orang kenal muka cikgu ni, tak susah untuk cikgu buat vlog. pasti ramai orang view lah, konfem. buat vlog ni bukan semata2 miming saja, boleh sampaikan masej kepada orang ramai lagi dan bayangkan kalau cikgu buat vlog dan masej yang cikgu sampaikan tu dapat kat anak murid, mesti dapat cikgu contoh lah. silap haribulan dapat anugerah lagi!


Mitos mengenai Vlog

  • Hanya yang comel + cantik + sedap mata memandang yang boleh buat
  • Sangat susah nak buat!
  • Hanya artis boleh buat
  • Buat vlog di Malaysia takkan kemana, takde orang tengok


Vlog di Malaysia ni tak maju lagi. Mungkin terlalu fokus pada blog cara biasa, sebab tu ramai yang tak pandang dengan vlog ni. Satu faktor tersembunyi, ada je buat vlog, masing2 nak kutuk kalau buat salah, bukannya nak tegur ke apa. Lagipun untuk hasilkan vlog yang bermutu, dua benda yang paling penting kena ada, satu teknologi (tangkap video, editing semua) dan satu lagi idea mantap. haa, ramai yang sangkut kat idea mantap sebab tak banyak idea yang mantap boleh ditonjolkan


TAPI!!!


Aku yakin cikgu shida ni lain dari yang lain! Memang idea mencurah gitu. Tengok skill cikgu buat miming tu, memang bestlah, cuma ubah jadi gaya kepada penyampaian. Ala, sumbat ilmu dalam bentuk lucu-lucu, cikgu pasti kaya dengan idea kan? barulah takde orang yang marah-marah dan sindir-sindir cikgu. Yang paling penting, keluarga terdekat tidak malu dengan kita (erk???)


Ok cikgu, selamat menunaikan tanggungjawab sebagai cikgu ya, lepas tu boleh buat part time job sebagai penghibur di YT. i support u =)

44 ulasan:

  1. haha.aku ada vlog tp blur.tak tau nak cakap apa dpn camera.cikgu shida ni bagus sebab thp confident dia tinggi n dia tak kisah apa org nk kata.tp kdg2 susah jugakla.

    vlogger mmg kena tere bab2 edit baru vid jd superb gila.

    BalasPadam
  2. aku setuju!

    mungkin kalau dia tak reveal dia seorang cikgu keadaan jadi lebih baik.

    errr, tapi video dia mmg kreatif dan dia mmg BERANI. haha

    BalasPadam
  3. sbb tu ku jarang dedahkan identiti sbg guru kt public. sbb im not that baik to bring the teacher image. masyarakat kalau kata cikgu, kene baik.. realitinya, kitorg pon manusia biasa gak..

    BalasPadam
  4. sure ke cikgu shida tu perempuan?

    sebagai perempuan, saya nampak dia macam lelaki.
    hmm tak baik la die buat macam tu.

    BalasPadam
  5. ala joe takkan senyum je?
    explain la :)

    BalasPadam
  6. tul tu klu da x dedahkan identiti sebenar diri dia lg bagus sebenarnya... tp tang miming cikgu tu mmg mantap...

    BalasPadam
  7. tergelak baca komen anon tu sebab kawan ku pun tanya soalan yang sama jugak.

    HAHA

    dasyat gak la cikgu ni nyanyi siap ada gaya lagi tuh. tak tahannnn

    BalasPadam
  8. sy pun rasa mcm 'slack' jer didedahkn identiti cikgu tuu...sbb aksi miming nye agak over jugak laa kan...den malu weh nk buat mimik2 muka mcm tu dpn org ! heheheh ...

    baru ni dgr tntg vlog..thanx 4 info ;)

    BalasPadam
  9. cikgu sekarang kena kreatif sikit ikut perkembangan semasa ... baru la anak murid suka =)

    BalasPadam
  10. 0h..betul.aku s0k0ng entri ni. Memang terhibur tgk vide0 ni.

    Tapi sayangnya..since kite duk kat malaysia dimana mentaliti maj0riti dr kita yg agak sensitif..s0 macam sgt tak kena since dia perempuan,melayu brtudung cikgu lak tu..sambil buat gaya muka yg 0ver n gaya lentuk badan camtu lak tu dan upl0ad kat web yg b0leh dit0nt0n 0leh 1 dunia eh kan..

    0h..Da tak ayu da..
    Hee..

    BalasPadam
  11. pd sy x menghiburkan pun..terasa cam meluat plak.. kalau setakat nk jdkan koleksi peribadi..sukahati la..x yah la nak sebar2 kan plak..

    BalasPadam
  12. bagi aku la kan...


    aku tak rasa video yg dia buat tu lawak atau "menghiburkan"..

    sori la cikgu saya bukan peminat anda...

    BalasPadam
  13. Dia dah start jadi fenomena.. Xla menghiburkan sangat rasa cam nak kutuk jer dgn tergedik2 dia tuh, cuma tabik spring sama keyakinan dia yang sgt tinggi!

    Love,
    PojiePooh Abdullah

    BalasPadam
  14. tu la kan, once dah post dalam tenet, memang dah xleh tarik dah..kalo aku, malu weh..mungkin dia wt saja2 ja, tp dah tersebar..kalo aku, lari terjun perigi dah..maluuuu..

    BalasPadam
  15. x brani nak komen lebih2..... jadi cikgu mmg patut kreatif tp tgk laa keadaan... nampak cam x manis bila sorang guru wat gitu... kesian dia nnt...

    BalasPadam
  16. haaha...cikgu shida ni memang kelakar..
    tp tu la..kadang2 aksi die sgt over..
    x sesuai..huhu

    BalasPadam
  17. bab teachershida ni.... aku susah nak kate le.... nak puji pun tak.. nak kutuk pun tak... cume kompius2 skit

    BalasPadam
  18. to be honest...
    malu la tgk vidoe2 die sume tu...
    mayb sebab die pompuan n pkai tdung kot...
    kalau die buat ntuk kepuasan diri sndiri no halla kot..tp bile dah over xposed mcm ni...rase mcm...ntahla ekh...no komen...

    BalasPadam
  19. apa cikgu tu buat?? nak tengok youtube, INTEC dah block. arghhhh~

    BalasPadam
  20. wallet, raket, selotape itam, wah mcam2 ade dlam video die hehe

    BalasPadam
  21. gilerr....kahkahkah...xpe...boleh cuba lagi....ngeeee...hmmm.....

    BalasPadam
  22. cikgu yg jenis mcm cikgu syida ni biasanya cikgu terbaik la..dan murid suka sbb murid tak boring..org cemni memang kretif dan tak malu nak ngaja..

    nak komen lelebih tak berani..tu hak dia sbb dia dah kata 'peduli apa org nak kata'..

    peace..=)

    BalasPadam
  23. pd sy yg seorg guru gak....terhibur gak tgk cara dia, "sambil berfikirlah" hehehe...

    jgn xcaya! ade video dia sy da donlod! hahaha!

    dia mang kreatif...tgk cara dia edit video tuh kan?

    tu salah satu cara dia ilangkan stress...


    malu tuh mang la malu..huhu....

    BalasPadam
  24. ko sokong dia tp dia ta suke ko punye blog. ko g kat fans dia.. ermmm..


    ermmm... ak ta berkenan la.

    BalasPadam
  25. tapi kagum ape.. ni menunjukkan dier punye confidence level tinggi.. alaa, mentaliti la, cikgu je kene baik, dier miming joget over over je pun.. let give her a chance la.. maybe care dier lepaskan stress ke..

    tapi pelik kan, apsal kalau org barat yang buat, kite rase dier cool?

    BalasPadam
  26. mule2 tgk mgkn ok laa kot..tp bile lame2 cam..aishhh dye neh..haha
    individual right kn..maybe she don't care about others opinion..=))

    BalasPadam
  27. Memangla seronok tengok tapi janganla lebih2 sangat..nampak sangat cikgu ni takde perasaan malu langsung..satu dunia tengok ni..

    BalasPadam
  28. almk, ingtkn tu video cikgu tu tetekan2 plak rrupanya gambar, cikgu cikgu......

    BalasPadam
  29. cmner tu..percaya atau tidak skrg cikgu ni dah kumpul lebih 10,000 fan dah beb..tk cay ameh ah tgk blog gua

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.