Share

tutorial : menukar TAHU kepada MAHU

situasi 1 : bergambar dengan perempuan HOT HOT

awek italy


tadaaa
camne?
comey ak gadis ni?


msg diterima


joe, akak rasa tak payah la letak gambar joe dengan perempuan perempuan tu kat blog. takde faedah pun. lagipun bergambar berdua duaan ni takde eloknya. joe sebagai pemimpin setempat, kenalah 'careful' benda macam ni. latih diri supaya nanti orang tak follow apa yang joe buat. apa apa, akak doakan terbaik untuk joe. berubah menjadi lebih baik



erkk, ditegur oleh akak seniorita. ada betulnya teguran tu. tapi masalahnya, sudah menjadi kebiasaan bagi aku untk bergambar dengan perempuan perempuan. memang bukanlah pegang pegang dengan dieorang, tapi masih bergambar, sebab itu aku ditegur.


ok

banyak sangat koleksi gambar dengan perempuan ni. aiyoyoyo


awek korea



awek jepun


ok ok
sekarang ni
TAHU yang bergambar dengan awek awek ni tak berapa betul
tapi macam mana nak jadikan tahu ini menjadi MAHU untuk tidak bergambar lagi?



cara yang paling mudah adalah
perlahan lahan perbaiki
dan
masa


sememangnya kalau dari sehari ke sehari kita cuba untuk berubah, berdoa untuk diberikan kekuatan untuk menjadi lebih baik, DIA akan mendengar dan permintaan kita akan terkabul. contohnya sekarang, walaupun ramai pompuan2 hot, nafsu nak bergambar dengan dieorang, dah jadi kurang



2 situasi yang mungkin sesuai


situasi 2 : perempuan (menutup aurat)


memang benda ini susah kan nak buat? kalau tidak, pasti sudah ramai yang memakai tudung dengan elok. ok, ku tak sebut di awal memakai tudung, sebabnya, tak semesti bertudung itu menutup aurat, ada je bertudung tapi tak menutup aurat. tapi kita boleh tahu yang yang tidak bertudung itu adalah tidak menutup aurat. kan?


tahu tapi tak mahu


memang ku rasa rata rata perempuan luar sana tahu yang menutup aurat ini suatu kewajipan. yang mana kalau tidak, atau sengaja buka, pasti akan menerima balasannya. mungkin ini isu sensitif, tapi aku nak cakap jugak. menutup aurat ni tahu wajib, tapi memang tak mahu untuk menutupnya lagi


analogikan dengan bergambar dengan perempuan


sememangnya aku tahu yang bergambar dengan perempuan itu salah. tambahan pula kalau dipamerkan, pasti lebih berdosa lagi. cuma dahulunya, tak mahu lebih besar. mungkin ini sama keadaannya dengan menutup aurat ini. sebab itu ku mahu share, tutorial bagaimana ku atasi masalah suka bergambar dengan perempua ni


perlahan lahan berubah


memang agak kejam kalau semua baju di almari pakaian adalah yang sexy sexy tiba tiba nak berubah jadi yang menutup aurat semua. mungkin cara drastik ini tidak sesuai. apa yang aku cadangkan, buatlah perubahan slow slow. jika selalu tak pakai tudung dan berbaju sexy, cubalah tukar baju yang tidak sexy pula. lepas tu slow slow lah cover rambut pula. yang penting, keazaman untuk berubah kena ada, barulah perubahan itu akan berjaya



situasi 3 : lelaki (merokok)


TAHU yang merokok itu tidak elok, tapi masih TAK MAHU uintuk berhenti. TAHU yang rokok itu boleh bawa pelbagai kemudaratan, tapi masih TAK MAHU untuk berhenti. biasalah, aku pun pernah mengalaminya, tapi bukan merokok, tapi dalam kes bergambar diatas


mungkin ini berlainan kes skit dengan kes dua atas tadi. sebab ini melibatkan GIAN dan TABIAT. tapi, jika mahu berhenti, ada caranya. cara sama boleh digunakan, iaitu, perlahan lahan berhenti. aku tidak pro dalam soal ini, sebab tiada pengalaman, tapi kalau kita benar benar MAHU berubah, cara ini adalah terbaik


sikit sikit


biasanya 10 batang sehari, esok cuba kurangkan 9 batang. lepas tu 8, 7 sehinggalah sebatang sehari. lepas sebatang sehari, 2 hari cuma sebatang dan sampailah berjaya untuk berhenti sepenuhnya. senangnya aku cakap kan? memang senang nak cakap, nak buat tu je susah. tapi kadang kadang kita cukup mudah untuk kata susah walhal tidak pernah mencuba pun. apa lagi, cuba lah esok ya ;-)



kesimpulan


apa apa pun, bagi kita umat islam, cuma satu yang boleh dijadikan pendorong kepada kita untuk terus berusaha berubah menjadi terbaik. kalau perasan, ketiga tiga kes ini adalah larangan oleh agama kita. memang kalau fikir balik, ada sebabnya menjadi larangan. gambar untuk elak fitnah, aurat untuk menjaga kemaluan, rokok menjaga kesihatan. kan hebat agama kita ni


hati


berbalik semula, perubahan perlukan hati yang kuat. siramilah hati itu dengan kalimah kalimah NYA. yakin dan percaya yang setiap perbuatan kita di dunia, tidak akan terelak untuk dikira di padang mahsyar kelak. jom, sama sama tukar benda yang kita TAHU ini kepada MAHU ;-)



nota kaki : teragak agak untuk aku publish entry ini. harap tiada yang terasa, kan menjadi tanggungjawab kita untuk mengejar syurgaNya di sana. kalau salah, jutaan kemaafan ku pohon

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

64 ulasan:

paan berkata...

wah , standard ko semua awek antarabangsa ek..hahaha

Faizal Sulaiman berkata...

nice..nice entry.tanggungjawab sesama muslim kan saling ingat mengingatkan.betol tak joe?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

bagus entry kamu Joe~

aku suka~

=]

et berkata...

ouh..thumbs up untuk mr joe..^^

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Yg gambar ngan awek jepon tu pose mcm pelik sket.. Hehehehe.. ;p

Ku harap insan tersayangku stop smoking.. Ku mahu dia sehat2 selalu.. ;)

joegrimjow berkata...

paan, standard antarabangsa? hehe

faizal, btol3

zara, thx u

et, untuk kamo juge

farhana, erkk, harap2 berhenti, bakal dr kene la berhenti

mknace unlimited berkata...

:) :) :)
jangan terlebih sudah cukuplah

Tanpa Nama berkata...

mantap ah joe..(aku maksudkan entry ni, bkn taste ko yg standard antarabangsa je..)

aah gmbr dgn awek jepun tu lain mcm je.ingt dah ubah orientasi td. baru nak bg tazkirah..

joegrimjow berkata...

mknace, terlebih camne? heee

anon, erkk, apa kene dengan gambo awek jepon?

Sharinginfoz berkata...

nest time ambil gambar ngan lelaki aja ya..... he he he

Bardboo berkata...

puk kena hidung aku sendiri yang pasal aurat pompn tu..tp macam ko ckp, sikit2 ubah...

Tanpa Nama berkata...

kadang2 kita x brani tegur sbb takut ada yg terasa.Tapi mmg patut p0n yg bersalah terasa..

Berkata benarlah walaupun is pahit..tapi kene bijak juga strategi berkata benar itu..

sbb kita juga pernah berada di zaman jahiliyah kita

Syariful Bahri berkata...

bab² macam ni kena faham di hati,
bukan faham di otak..

joegrimjow berkata...

infoz, laki sama laki bahaya plak, hehe

bard, slow ;)

eica, yup2, btol tu

bahri, nak masuk dalam hati tu susah tu

Tanpa Nama berkata...

hahhaa lelaki dgn lelaki sangat bahaya...

entry yg menarik..mula2 pasal diri sendiri..then untuk pembaca...

Qisha berkata...

amboi2 aweks suma luar negara..nice entry..i like:)

luvly mya berkata...

hurm,.beagusla entry,memberi kesedaran..
hehe..kebenran selalunya menyakitkan=)

lumut berkata...

wohohoho....
cun awek 1st..
hmm mmg susah nak ubah kan.so kene lah slow2...hukhukhuk

joegrimjow berkata...

marcello, last2 pun untuk diri sendiri jugak ;)

qisha, semua nak obesea je kan? hee

mya, yup, keen telan n berubah

lumut, slow2, pastu ley la laju2

rhapsody LiN berkata...

haha..insaf la abg joe pasni...
>.<

Mindbreaking berkata...

waa cemburu tgk pic ko dgn awekssss...

Lala berkata...

hurm...kalo perhatikan betul2 awek korea dan jepun mmg ade bezanya...
tapi kalo sekali pandang xnmpk sgt...cube teliti betul2...

Adziim berkata...

Aku pun rasa pose dengan awek jepun tu agak pelik.

Anyway, perubahan secara drastik memang sukar dibuat berikutan fitrah hati manusia yang mudah menurut nafsu.

So cubalah dengan perlahan-lahan.
Better late than never.

Tanpa Nama berkata...

awk yg comel2..

Aduka berkata...

gambar last tu klaka..
gaya ko cam..
awwwwww..!!!
hahaha..
=P

Hami Asraff berkata...

bagus bro! gua pun ditegur dulu. kalo ko perasan la kat entri aku. almasalahnya gambar aku sorang2 pun kena tegur. ish2 tak pahe kawe.

cm berkata...

baguslah joe..memang terkena btg idung akak yang membaca ni...
tahu! tapi sukarnya untuk menjadi mahu......

hans berkata...

kimsalam dkt awek korea

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR berkata...

joe...jgn kau amik gambar ngan awek majalah playboy dah la...
awek itali tu kau ada no hp beliau tak??aku nak kenal la..

lieya orange M.I. berkata...

tipu lah kalu tak terasa,,,mmg patutu terasa pun...huhuuu
aper2 pun, harap la diri ni dapat berubah suatu hari nnt...=D

joegrimjow berkata...

awek italy tu,,, xtau la ada ke x no die

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

gambo ngan l0lly takpe kot.

NGEEEEE

Nabiel berkata...

adehhh~
lmbt ak bc blog ko~
klu idak..leh tmbh2 idea ag~hehehe
nice2!!

Unknown berkata...

oh..tahu..ingatkan tauhu bakar td...hehe

x-po berkata...

waduh bro, alangkah beruntungnya kalau aku dpt jd cm ko..hehe leh bergambr dgn rmai awek2 cun

Jard The Great berkata...

huuuuu~.. ku kena blaja memasak..

perlahan-lahan...... =p

joegrimjow berkata...

lolly, kene kawen dulu, hehe

nabiel, xpe, itu jadi lumrah ;)

edy, haha, tauhu bakar gambar blog ko

x-po, xsampai kemana pon, huhu

jard, haaa, muncul punnn

Unknown berkata...

lawa awek korea tu.
kim salam kat die yer.

Nadia berkata...

wah..bagus..saling ingat-mengingati..Moga-moga tiada gambar dengan awek lagi..huhuXD tunggu gambar dengan bini lak..huhuXD

Nurul Nadiah berkata...

This is da best entry =D

Si budak Aboi berkata...

aku tak pernah amik pic dgn pompuan sampai skrg kecuali my bonds !

joegrimjow berkata...

amad, da xjumpe da

keroppi, comming soon, hehe

yuna, entry lain da baca? hee, thx u

aboi, bagus macam tu!

Tanpa Nama berkata...

aku terasa
nak terjun bangunan ler
haha

Farah berkata...

sangat seronok entry ni :)

un berkata...

aku ingatkan tutorial apa tadi...ha3

zool berkata...

Huhuhuh.. gambo ngan awek je ek..
AKu rasa 2-3 kali je aku bergambar berdua ngan awek.. tu pun diorang yg ambil...
Huhuhuhuhuhuhuh..

p/s :- Moto hijau tu kalau aku bawak kat opis memang carik nahas le... silap haribulan mau moto tu kena cat balik.. :)

ztsuhaily abdmalib berkata...

aurat? hurm. susah nak ckp. laen org laen persepsi. bukan x nak ingt mengingati. tp susah nak ckp. =(

dayah berkata...

oh bole komen ada pantun yg mnarik.
entry yg best, betulla mesti mahu.
teruskn belog. i like yur blog :)

echah_syed berkata...

tak luak pung..! :p

AJ berkata...

fuhh..memang hott....mana satu gf anda?

Surau Al-Ghafur berkata...

salam..erm..apa yg ditegur tu mungkin betul jugak..try muhasabah diri semula..xpun akak yg tegur tu jeles kot..hihihihi..

sorry..gurau je :)

*Cik Sara @ D'Sahanara* berkata...

sumenya awek oversea..dasat tul..apa akak tu tegur ada betulnya..kita pikir sama2 ek..

Unknown berkata...

wahhh semua awek overseaaaa la... boleh kawin banyak banyak ni :D

RABUN berkata...

hebat hebatttt....

mie berkata...

awek korea!!!
gue pun ada... hehe

alangkah indahnya bila awek korea ini bertudung...
pasti lbh ayu....

nadz ruslan berkata...

lol joe ngan awek jepang tu anda nampah 'sopan' lol haha

Unknown berkata...

dah TAHU kena MAHU..
penting ni..maw kejar pres team..
haha

loti mukhtar berkata...

dengan awek malaysia tak der ke

BuDakHutaN berkata...

awek jepun ?

Tanpa Nama berkata...

posing dgn awek jepun sungguh sopan

Tanpa Nama berkata...

well done..becoz u know and u try to do it..
gnekan blog anda utk prkara yg sepatutnye yg mnjadi tggjawab anda sbg muslim..
smpikn dkwah anda;remember
setiap masa kalian di blog ini adalah hutang bagiku
ku harap hutang ini dapat ku jelaskan di akhirat nanti
dengan kalian membaca karanganku secara berilmiah

SyaNa_SaN berkata...

tengah dlm usaha pown.. doakan saya yer.

ahmad berkata...

xsame langsung tutup aurat n rokok ngan tangkap gambar ngan pompuan.
haha.
kalu nk, on the spot leh benti la joe.
bkn ketagih pn.
haha

pesanan dr,
flatmate ko. haha

rehtomelgnis berkata...

selesai baca awak punya entry tu..kita pun berfikir juga.."oh..iakah..boleh jadi mcm tu..?"..kita pun kdg2 ..ada juga buat mcm awak buat tu..hehe..Ya..apa2 pun belajar utk berubah..insya Allah.".i will..not i would"

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW