Share

aku sebagai YDP (part1)

terbuka mata aku baca komen di entry lepas, rupa-rupanya ramai yang 'cakna' akan hal ini. baguslah. semoga malaysia terus maju. bagi yang salah faham, aku sebenarnya terpaksa 'suka' dengan politik. sebab yang utama adalah kuasa. di malaysia sekarang, yang paling berkuasa selain raja, adalah ahli politik. sebab itu, kotor atau macam tahi politik itu sekali pun, kita kena ada untuk menjernihkannya. sia sia cakap 'ahhh, politik bodoh malaysia, 2 2 nak menang, sampai bila nak bergaduh' tapi kita tak buat apa apa untuk baikkinya. bukan ku mahu ubah persepsi anda untuk 'mencintai' dunia politik, tapi jadilah agen perubahan


~~~~~


selepas SPM aku masuk matrik, matrikulasi melaka. entah kenapa DIA campakkan aku kesini setelah doa aku sejak dari form 4 untuk belajar ke luar negara tidak termakbul. mungkin ada hikmah disebaliknya, tunggu dan lihat saja aku boleh buat sebagai insan daif


JPP matrik


bunyi JPP (jawatankuasa perwakilan pelajar) macam MPP cukup gah. aku kalau bab gah gah ni memang suka, sebab akan jadi tumpuan orang. mengambil keputusan untuk bertanding. ye lah, cukup susah dan payah untuk jadi JPP ni, terpaksa bertanding bagai. bertanding je lah joe


sifat malu


dulu dan sekarang pun, sudah pasti ada pertandingan poster. memang aku kalau bab bab tampal gambar sendiri di dinding ni cukup malu, mestikah aku tampal? minggu untuk meraih undi (tampal tampal poster) adalah seminggu, dan pada hari rabu orang tanya aku, 'mana poster kau? tak nampak pun, kau bertanding ke tak ni?' kata kata ini membuat aku gagahkan juga untuk menampal poster diri sendiri


pengalaman best


bertanding di matrikulasi berbeza dengan di universiti. disini kami bertanding atas tiket individu. bukan pro-M atau pro-A. jadi bahangnya tak best sangat. sebab tiada orang bawah (malu nak suruh orang tampal gambar diri sendiri) aku bergerak pukul 2 pagi ke dewan dewan kuliah untuk menampal poster. ooh, pengalaman itu sungguh indah untuk dikenang. pagi esoknya, orang bertanya 'haa, poster dah naik' aku hanya tersipu malu sambil menutup muka (ok, ni dah 'over')


malam manifesto


aku bertanding atas tiket fizikal. sebab aku ambil sains fizikal. tak ingat berapa orang yang bertanding, tapi bagi yang bertanding mewakili fizikal, hanya beberapa orang sahaja yang akan disingkirkan. untuk malam itu, aku suka, sebab memang dah menjadi hobiku untuk cakap cakap ni. kalau dapat pegang mic, memang susah nak lepas


aku menjadi ahli yang ke 4 untuk bercakap. yang pertama hinggalah yang kedua, melontarkan manifesto dengan hebat sekali. wahhh, rupa rupanya memang semua berbakat besar dalam bercakap ni. sampai giliran aku untuk melontarkan manifesto, aku mula dengan idea 'nakal'


aku bangun
berdiri
pegang mic
lantas aku laung


'ovari!!!'


semua senyap
penonton-penonton perempuan yang berada di barisan depan terkejut
ada seorang yang ku ingat comel gila pun terbeliak matanya


'testisss!!!'


ketika ni dah timbul suara suara aneh
uuhhhh
aaaaaahh
mungkin 'lucah' perkataan yang mereka mahu sebut


'maka lahirlah saya didepan anda'


ramai ramai mengeluh
oohhhhh


haha


entah dari mana skill itu aku dapat pun tak tahu. tiba tiba jadi nakal. satu sebab adalah malam manifesto ni merupakan malam wajib untuk dihadiri. jadi yang datang pun ada yang kena paksa. penonton macam ni kita kena ambil kisah juga, barulah boleh meraih undi dengan bijaksana sekali. jadi manifesto mestilah ada kisah kisah yang lucu tapi mereka akan tahu yang kita serius


penyerahan kuasa


ingat lagi waktu untuk mengumumkan JPP yang baru, dieorang umumkan seorang demi seorang. macam menang anugerah pula. satu satu nama dipanggil. sampailah top 3 yang tinggal. aku dah mula gelabah sebab nama aku tak disebut sebut lagi. adakah aku akan kalah? oohhh, memang hati cukup berdebar!


no3 diumumkan
bukan aku


untuk no 1, pengacara memberitahu


'exco JPP seterusnya yang mana dapat vote paling tinggi sepanjang tempoh berkempen, dengan mendapat sebanyak undian 96 peratus, saudara mohd faridzul asyraf'


semua orang bersorak. macam menang bola, ada juga yang berteriak 'testis testi, ovari ovari' mahu sindir aku lah tu. siapa suruh ko sebut benda tu joe? kan dah kena. terima jelah. lepas dapat watikah, bermulalah pengalaman menjadi YDP yang aku ceritakan di part 2







96 peratus

semua pelajar matrik diberi pilihan untuk memilih 20 dari berapa entah untuk dijadikan JPP mereka. mendapat 96%, maknanya hanya 4% yang menolak aku jadi JPP. 96% yang merupakan paling tinggi dalam sejarah KMM, memang satu nilai yang besar. sebab itu aku dipilih untuk jadi YDP dan terlalu banyak pengalaman kepimpinan aku dapat dari menjadi YDP ni.


buat keputusan salah,
kerja last minute,
masalah hubungan dengan JPP lain,
masalah cinta aku di matrx (ahakss),
dan banyak lagilah


akan ku tulis di part 2
;-)



nota kaki : dah habis exam masa berblog sangat lama sehingga rasa begitu lama masa nak berlalu

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

34 ulasan:

Mohd Nasri berkata...

ak igt lg ucapan ko..
testis ngn ovari..
smpai org pggl ko testis..muahahaha

Tanpa Nama berkata...

hahaha...

aku nk tdo dgn lawaknye malam ni..

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Whoa!!!! Betul kate jard.. Hang berbakat jadi PM.. Kembali ke Malaysia sila bertanding ek.. Ngeee.. Dh laa lawak, ade aura lagi tu.. Huhu.. :)

Pojiepooh Abdullah berkata...

96%???
Wow hebat giler tuh!!!
Kerana OVARI dan TESTI yer..
Bijak²..
Kira lain² 4% berkongsi la yer..
Alahai, lu mmg hebat bro!

lieya orange M.I. berkata...

...owhhh, ingat lg time orentasi, kamu asyik pegang mike...rupenyer ydp..ingat pengacara terpilih...lawak jerr....berbakat mcm2 benda ni...


tau tak kat matrik, ydp sekarang perempuan..pelik kan...

fatihah sulaiman berkata...

wah.. ydp kat mtrk upanyer..

nora berkata...

woowww...
mesti gamak giler dewan masa tuu..

gila mic jugak ang ni ae...
gila mic bersama tindakan dan bukan sekadar menanam tebu di bibir..
itu yang penting.
terbaekkk

Ibu Ammar berkata...

fuiyo! bakat kepimpinan terserlah nih..haha!

Azuan berkata...

matrik melaka...gua matrik pahang hahaa

Aduka berkata...

spatutnya ko jerit..

SPERMA!!!

OVUM!!!

mungkin gempak..
hahaha..

Ieqa Swetluv berkata...

haha.. memang manifesto yang menarik sebab bermula dengan induksi yang agak kontroversi di situ huhu..

joegrimjow berkata...

kononnya mahu buat yang lain
hehe

eqbalzack berkata...

testis...testis...123....cubaan suara!

enyheartsdiamond berkata...

ovari!!!testis!!!hahaha..ada jugak org cm ko :)

tahniah lah :D

triple x malaya berkata...

boleh tahan jugak..

ISZA berkata...

itulah pemimpin,
ide penug d fikiran...

pudding pie berkata...

hahaha, kreatif btol punye manifesto

jiran sebelah, matrik johor..huahua

AJ berkata...

mantap..good luck bro

chah~ berkata...

haha.. cam ne laa ko boleh terpikir "ovari, testis" tu hahahaha..

'AQILAH berkata...

kalau aku, aku pun sokong kau..haha

Lea Isnawi berkata...

gile berani ko nyer starting manefesto tue
hehe

dulu matrik mane?

joegrimjow berkata...

berusaha untuk menjadi lain

Hazzy Ishak berkata...

ramai peminat ni...agagaga
testis testis...ops!

Tanpa Nama berkata...

hehehe..


apa yg membuatkan ko cakap ovari dan testis tu?

|.a.r.i.e.z.a.| berkata...

wahhhhh pemimpin juga rupanye.. hahah u pegi UK after matrix ke?

ke u quit matrix halfway thru coz dpt offer in the middle?

i'msosupernotcool berkata...

haha..
betol ke camtu?
mmg gempak gile la cara introduction ko..
no wonder menang..

so think out of the box..
haha

.millalara. berkata...

test..test.. testis..

guna mandrem testis ek petuanya? hehe ;p

ariff berkata...

wah. memang hebat 96%

attyfir berkata...

hebat ko joe..kalo kty ade time tu ..dah tentu kty tersenyum simpul..ekekeeke

joegrimjow berkata...

lepas matrx btol baru p uk
offer

|.a.r.i.e.z.a.| berkata...

ooo lps p matrix, takyah buat A level dah ek?

joegrimjow berkata...

ni program baru
twinning
lepas mtrx
terus masuk 1st year kat bmi
then sambung sini 2nd year

qishie berkata...

tapi kamu hebat joe.
ada MT yang aku pernah jumpa,
dalam kepimpinan er..aku tak tau la aku yang tak nampak or aku yang hidup dengan dunia sendiri.
n dalam pelajaran, mostly pelajaran macam ke laut sket.

Kembang Perawan 3288 berkata...

Adoi tak tahan gelak aku malam nie. TESTIS OVARi. gOod idea. biar dorg celik sikit. HAHA. lagi2 yg kne paksa dtg tu

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW