convent path
boleh dikatakan ini adalah jalan rutin untuk ke kelas. lorong 'melayu' ini sememangnya digunakan oleh pelajar-pelajar melayu yang tinggal di area brommhall untuk ke kelas. jalan pintas, siapa yang tak mahu guna?
balik dari kelas
lebih kurang pukul 1, kelas dah habis. kena bergegas balik kerumah untuk sembahyang asar. sekarang asar masuk pukul 2.07 minit. winter katakan, jadi berjalan agak laju. sampai di convent path, aku ternampak perempuan berbaju hijau, bervast hitam dan berseluar singkat. tak sejuk ke? getus hatiku
dia menuju ke arah ku
'hi love'
selaku pelajar 3rd year dah, aku memahami apa yang dia ingin sampaikan. disini memang love adalah panggilan biasa. jadi jangan duk angau kalau orang panggil kita love. ooh, itu aku sudah paham
'hi. yeah?'
'got time?'
slang macam ni sememangnya sukar nak faham. apatah lagi dengan cuaca sejuk, aku menggunakan kepakaran aku untuk mentafsir. got time = ada masa?? maknanya dia tanya aku ada masa tak? mungkin dia nak ajak aku pergi makan ke apa? no no, got time maksud dia bertanyakan sekarang pukul berapa
'half 1'
'cheers, see ya'
'never mind'
half 1 bermaksud 1 setengah. benda ni belajar dengan senior. dulu skima punya jawapan, one thirty pm. lepas tu up sikit jadi half past one. sekarang ni sebab title 3rd year, half 1 aje sudah difahami sambil kena buang accent dieorang skit
itulah bahasa ;-)
dulu pernah ke liverpool, masa kiteorang berjalan-jalan, ada sorang minah saleh ni tego. u got lit? apa ke jadahnya dia punya soalan. masa tu 1st year kat sini, so boleh dimaafkan la. u got lit tandanya dia nak mintak lighter. so, yang isap rokok akan bagi la lighter. itu rupanya...
bahasa ni macam-macam, terpulang pada kita bagaimana untuk mentafsirkannya. cettt, panjang gila mukaddimah. haha, macam tak biasa la pulak kan dengan aku yang mmg panjang2 mukaddimah ni. ok, layan cite ni ;-)
~~~~~
lelaki a berjalan-jalan di sebuah bandar. dia tersepak satu botol dan setelah menggongcangkannya, dia melihat ada satu tulisan. bahasa yang digunakan cukup mudah, ada harta karun di tempat tengah loji pembersihan, kalau nak ini koordinatnya dan berusahalah sampai dapat! lelaki a itu tak percaya dan cakap dalam hati, bocoh ke apa harta karun ada kat tempat tu, lantas, dia pun membuangkannya...
lelaki b pula terjumpa akan botol itu. dia ambil dan baca, faham elok elok dan percaya akan harta karun itu. dia pun nak pergi ke loji sampah itu, tiba-tiba terfikir balik. taknaklah masuk dalam loji ni sampah ni, biar orang lain je la yang ambil. tak sanggup i! dia pun buang botol itu
lelaki c terjumpa. dia ambil dan paham isi kandungan. dengan keyakinan, dia pun ke tempat loji sampah. sampai disana dia melihat sampah yang begitu banyak. koordinat yang diberi memang ada di tengah-tengah sampah itu. dia pon terus terjun ke dalam loji itu dan menggali sampai dalam untuk menemui harta karun itu. setelah 1 jam, dia mula penat dan rasa tak yakin mula ada. setelah penat lelah selama sejam, dia pun mengalah dan naik semula ke tempat asal. dia buangkan botol itu jauh jauh
lelaki d pulak jumpa. wahh, dia, baca dan paham akan bahasa yang digunakan dalam kandungan surat itu dia nekad untuk ambil. dia terjun dan terus menggali. gali punya gali selama 5 jam, tak jumpa jugak. tapi dia yakin dan terus menggali. akhirnya dia dapat. harta karun yang ada tu dia rasa sangat berpuas hati dan selepas itu dia menjadi kaya raya
~~~~~~
4 4 baca benda yang sama,sebuah botol yang ada koordinat harta karun, tapi hasilnya, hanya lelaki d yang dapat. bahasa yang digunakan sama, tapi bergantung kepada individu yang memahaminya
kalau lain pemahaman,
lain lah hasilnya
sama dengan alquran. kenapa ada yang masuk neraka, ada yang masuk syurga? sedangkan alquran satu version saje.
mungkin
ada yang paham
tapi tak buat
mungkin
ada yang tak paham
sebab tak baca pun
harap kita jadi yang...
baca
dan paham
dan buat
;-)
nota kaki : aku di lamun angauu ;-)
51 ulasan:
ermmm 1st tyme bace entry nih aku rs cm bosan then.. sambg ..lagi..sambg lagi.. ermm cr penulisannko nih mcm org tulis novell.. but then sgt menraik perhatian.. bgos erk.. dulu ms wat karangan mesti superb...:)
hoh..
terkesan d ati :)
best.. blaja bahasa org
u always came out with nice stories.. seronok membaca. tunggu entry seterusnya pulak. :)
hehe..
best2...
mendalam mksud entry neh
hoho
motivasi diri sendiri
tak panjang kan?
kan kan?
yuo btol3..satu bahasa jer..tp kdg2 len pmahamannya..
menusuk ke kalbu ku
atau, baca. baca sekadar baca tp langsung tak nak paham.
nice entri. sgt menusuk. heheh~
negeri kita pun banyak slang2..
apa lagi di negara orang kan?? ;p
kena belajar bahasa lain ni
mendalam²..
pesal ko ngah angau??
da jatoh ke??
haha..
entry ni best dibaca...kisahnya membawa seribu erti...
:)
kdg2.. baca..phm... tp buat2 xphm... x kurg gk yg lupa..ada lk lg..yg buat2 lupa.... hmm....
hehehehe.. bagus la adek... penuh makna, penuh keinsafan bagi yg mahu...
perumpaan alquran tu memang best.. bahasa yg simple n mudah dan senang faham...
lecture aku selalu cakap bende ni kat aku, sebb aku biasanye akan tersalah tafsir.
yang penting usaha bah kan jgak;-p
waduh, angaukan apakah?
angau x pe.. jangan di hurung langau!
huhu..di mana bumi dipijak, disitu langgit dijunjung...
kalo aku la nak cakap2 ni sah jadi bahasa telegu.
adeh!
apepon mmg jeles ngan ko!
arghh! ahaha (meroyan)
kau memang joe.. hehe
sbb otak lain2..
mmg pemahaman tak akn sama..
moment, tp benda wajib jgn la [pakai otak, kena ikut yg da sedia ada
joe... u want some? 3some?? hahaha lucah jap....
privacy, meroyan ape nII?
syima, nak nak ;-)
ooooooo....
haha...seb bek aku x dok overc kalo x mampos la nk bwak kamus spanjang msa..
cube bygkn kalo mat saleh dtg msia.. die plak dgr org kite ckp..
dak gmi: dey cha! dota lai~ ade bran?
mat saleh: huh? wtf???
haha
hehe
bulu ooh
umah korg xbg lagi duit spiderwalk!!
lorh ye ke? walaupn x join eh.meh r dtg.mintak duit kt treasurer umah ni - isho.haha
best jd ko sbb terer speaking!
;p
uhh insap!
menarik laa..
slang ape lagi..
citer2..
wink2~
boleh tahan gak ko punya angau eh? hahah!
wah!
lain tempat
lain gaya nya.
huhuuh
tak ingat plak sembang dgn mat saleh kat US camana dlu, lama dah.. adehh..
terkejut jugak
tetiba hi love
boleh senyum sorg2 klu xpaham ni
aii?
senyumm sorang ?
Salam dik...
First time dtg sini dan membaca latest entry. Akak suka coretan pelajar di luar negara.
Rasanya akak akan dtg lg sini. Sudilah kita berlink ye dik...
ada2 je idea yg tak jemu nak baca. cerita la angau kat sape.
pss...tabik dengan motif sebenar karangan panjang ni..
Ya, isi nya tetap sama malah ALLAH tlh peliharakannya...tapi kenapa kita fahaminya dengan cara yang berbeza... malah al-Quran tidak menunjukkan jalan yang menyusahkan seperti mencari harta karun di tgh loji pun!!! :P itu pun takde org nk ikut
convent path.. ingatkan jln utk dak2 convent.. T__T
itulah bahasa.
bagus, kalaupun aku tak dapat pergi negara omputeh, entry ni at least dapat aku belajar something.
anak akak punya version BI
"THE NIGHT IS YOUNG"
thumbs up 4 dis entry~
=))
nanti balik bawak hasil untuk saye yerk...
After all,
.... what to say eh?...
(^^,)wink*
huhu betul2. kalau tulis blog ni pun, kite maksudkan lain, tp readers phm lain. erhh T_T
harap2 kita tergolong dlm golongan yg terakhir tu
Catat Ulasan