Share

keadaan dan perubahan

masa post entry ni ku berada di times square.


zaidi seorang lelaki kampung yang berkahwin dengan zahirah. kedua-dua mereka berkahwin atas dasar pilihan keluarga. tidak dapat banyak memilih, disebabkan kecacatab yang diaalami mereka berdua


zaidi kudung kaki, susah untuk bergerak
zahirah bisu, tak dapat berkata-kata


hasil perkahwinan mereka, maka lahirlah zaid. anak yang ditatang dengan kasih sayang yang hebat. miskin bukan sebab zaidi dan zahirah untuk tidak membesarkan anaknya dengan kasih sayang, bahkan kasih sayang itu lebih hebat!


9 tahun kemudian


zaid meningkat menjadi kanak-kanak nakal. sebab keluarga yang miskin, tambah pula dengan dia seorang yang nakal, dia disisihkan oleh kawan-kawannya. pernah budak itu bersoal dengan diri sendiri, mengapa dilahirkan dengan keluarga seperti itu


kenapa tidak ayahku jutawan, sedangkan sekarang ayahku seorang yang kudung kakinya


kenapa tidak makku rupawan, sedangkan sekarang makku seorang yang bisu tanpa bicara


satu hari yang indah


zaid balik dari tempat bermain dengan kawan2nya lain, badannya penuh dengan kesan kotoran. ibunya hanya boleh berkata "huuu,huuu,haaa,hmmm" dia tidak memahami! ayahnya bertanya


zaidi : kenapa za?
ziad : dieorang buli za!


zaidi : za main la elok2 dengan dieorang. dieorang takkan buli za
ziad : takk. dieorang buli za sebab za miskin, takde duit


zaidi : ha??
ziad : dieorg ckap za bodoh, ayah tempang, mak bisu


zaidi : lepas tu?
ziad : za menyesal, kenapa dilahirkan dalam keadaan begini??


zaidi tercengan. dia tidak dapat berkata. zahirah yang memahai perbualan suami dan anaknya turut mengalirkan air mata. dia lantas mencarikan sebuah buku yang ditinggalkan oleh gurunya ketika dahulu


ziad : apa ni?? ibu bagi apa?
zahirah: hmmm, haa, huuuu


zaidi : bacalah buku tu, ibu kamu bagi
ziad : NAPOLEON, pahlawan hebat!, buku apa ni?


zaidi : bacalah.. ada la sesuatu mak kamu nak bgtau
ziad : orang bengang, bagi buku pulak!


ziad memulakan pembacaan buku itu....


napoleon berasal dari sebuah pulau yang dipandang hina oleh rakyat perancis, pulau corsica. pulau itu sememangnya terkenal dengan pemuda-pemuda yang dayus lagi miskin. hajatnya mahu sertai ketenteraan perancis untuk mengubah kehidupannya. keluar dari kepompong pulau corsica!


tingginya hanya 5 kaki 1 inci (153cm)


dengan ketinggian itu, sememangnya dia selalu diejek oleh tentera lain. orang pendek mahu sertai tentera? haha, mana boleh! itu antara kata ejekan daripada orang lain terhadapnya. tapi itu dia tidak pedulikan, dia teruskan usahanya untuk menjadi seoarang tentera


hari-hari dia berlatih akan ilmu ketenteraan. ketinggian tidak membataskan usahanya. dia tahu dia mahu berjaya, tidak hiraukan kekurangan yang dia miliki. terus berusaha hingga berusaha. akhirnya dia berjaya.


lelaki pendek itu akhirnya menjadi maharaja perancis yang menakluki 3 suku benua eropah? kenapa boleh berjaya? dia tidak pernah menyalahkan kekurangan, bahkan menganggap kekurangan itu sebagai motivasi untuk dia terus berjaya


zaidi : dah habes baca?
ziad : ..........

zaidi : nak, minta maaf sebab abah dan mak kamu tak dapat bagi kemewahan kepada kamu. kami tidak cemerlang kerana terlalu memikirkan kecacatan kami. sebab itu kami tida berjaya
ziad : ....

zaidi : abah tak mahu kamu ikut jejak kami. jadi seperti napoleon, jadi seorang maharaja yang hebat. pendek, tapi masih boleh! gunakan kekurangan sebagai dinding yang harus kamu tempuhi
ziad : abah... minta maaf


zaidi : takpe, kamu kecik lagi.. pergi salam dengan mak kamu. minta maaf dengan dia
ziad : mak... minta maaf


zahirah: hmmm. haa. huuu



nota kaki : jangan salahkan keadaan, buat perubahan! (diolah dari buku sama macam tempoh hari)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

26 ulasan:

NM. Amalina berkata...

'the harder the better'

shah mohamad berkata...

suke..suke n3 nie..
ziad...tibe2 teringat kat thariq bin ziad..
rijal islam yang pandai dan terel..
tapi kisah hidup die xpasti sangat..

xde istilah "mangse keadaan" la kan??

Precious berkata...

Insaf. Sebenarnya di mana2 di dlm dunia ni ada peluang utk kita ... Kita hanya perlu mencarinya ... dan mengambil peluang itu.

Tirana berkata...

Good story...kadang2 kekurangan itu boleh jadi kekuatan pada kita so tak perlu disesalkan dengan kekurangan tersebut.

Daffodil D berkata...

salam.

zaman sekarang ni, yang banyak berjaya ramai dri golongan susah. dan yang teruk2 pulak ramai je yg dari golongan kaya. kaya atau miskin 2 2 x menjamin ape2 sebenarnye. :D

Tanpa Nama berkata...

good story :]
btw ziad ke zaid?

IxoR@ berkata...

Jika bukan kita yg merubah keadaan, siapa lagi yg bisa merubahnya utk kita...

P/S: Joe..start Vote ixora skrg!!!
PPC79 at http://akudanpotret-post.blogspot.com/2009/08/top-30-photo-paling-cun.html

ada van de kamp berkata...

thanks.insaf baca ni. manusia mmg tak pernah puas hati.

Tanpa Nama berkata...

Erm..semua manusia ada kekurangan diri masing2...cuma kena pndai ubah kan dia jadi sebuah kejayaan

Unknown berkata...

terkadang tersilap.maaf.

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

betul2. kadang2, kalau terlalu fikirkan klemahan, akan memakan diri.

hurm. sila undi lolly oke? sila ke page lolly.

Tanpa Nama berkata...

Napoleon mmg pendek badan tapi panjang akal dan usaha.

P/S:
Penat betul.
Tapi puas hati tengok Abang Joe. Lagi smart dari tengok pic. :)
Realiti lagi bagus.

Thanks untuk semua penerangan. Harap dapat tunjuk ajar lagi one day. :)

secretname berkata...

wah hebat la joe mengarang..byk input dpt ni

[z@ck] berkata...

betul..
jgn slahkan kekurangan yg ad pd diri..sebaliknya gunakan kekurangan itu sebagai kekuatan diri anda..

p.s: joe..sorry..lum smpat nak g bank untuk bank in duit wak tu..nnt sy pos ea..huhuhu

geeds berkata...

kesusahan mengajar erti kehidupan...

joegrimjow berkata...

hope can get sumthg

HEMY berkata...

everything is possible kalau kena gayanya

atok berkata...

napoleon bonaparte.
bosan daku bace psal die mase spm dlu.
kakaka.

xuen adyla berkata...

best la joe

cik manis berkata...

tsk tsk
agak sdih part yg zaidi minx maaf kat anak dia sbb x bleh bgi ksnangan :(

joegrimjow berkata...

jangan jadi macam tu ya!

haz-ONE berkata...

berjaya neh...antara nak dengan x nak jer..

Ben Sedqi berkata...

kita perlu rangsang perubahan.....(Dr. Fadhilah)

Tanpa Nama berkata...

bginila hidup..

Ivy Metaga berkata...

susah tak bererti susah selama2nya

senang tak bererti senang selama2nya

attyfir berkata...

ENTRY YG BAGUS..KITA KENA CARI PELUANG..BKN PELUANG CARI KITA..

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW