Share

jiwa kacau untuk berblog

terlalu sepi blog ku kini tanpa sebarang update. bukan tak mahu, mana boleh jiwa blog macam ku ni tak mahu update blog, nak merana rasanya jiwa! ini disebabkan gara-gara kekurangan dan juga halangan untuk beronline


10hb ku try untuk online di presint 8 putrajaya
cc sana dah tutup terus, mmg takde cc kat sana dah!


11hb ku mmg sebuk. dengan bukak boothnye. tapi ku cuba untuk online malam tu
tapi malangnya dah pukul 11. rata2 cc dah tutup, yang 24 jam jauh tersangat


dapatkah anda merasai penderitaan ku ini???
jiwaku merintih untuk update blog!!



ok, mungkin ayat diatas cukup poyo. itulah aku...
jiwa ku...
se laki yang gilakan blog


satu lagi malapetaka berlaku, online disini internet lembap cipan. dah try untuk bukak blog orang lain. tapi mmg lembap gila-gila! tunggu malam esok, ku akan melawat blog2 kalian!


~~~~~


10hb

seharian di booth, timbang2 orang. haha, memang pengalaman yang best! tak pernah lagi ku buka booth, tapi itulah, kene cuba macam2 cara untuk berjaya. persoalan bukan nya duit. bukan nak cakap ku kaya ke apa, memang tak kaya pun, tapi sekadar mencari pengalaman yang lebih.


petangnya ku jumpa dengan seorang bloggers, eazy izzudin. ahaaa, dia top commentor ku sekarang. try la bukak page dia untuk update pasal perjumpaan tu, ku memang tak sempat nak upload pixs pun. mungkin bloggers yang menang contestku akan terliur dengan gambarnya. hehe.



11hb

sepagi ku di rumah solehah. rumah budak2 hiv. (nanti ku update lebih gambar n cerita) memang sayu melihat anak2 kecil yang ditinggalkan dan disisihkan masyarakat sebabnya bukan kehendak mereka, tapi memang takdir yang menetapkan begitu. sebab itu kita yang bernasib baik, seharusnya tahu akan tanggungjawab sosial untuk tidak menyisihkan mereka.


runsing akan jangkitan?


ada seorang budak lelaki, ku duduk je, dia terus terkamku. nak tak nak, takkan nak tempis kan? kurang ajar la pulak. ku sambut dan dukung apa yang patut. hiv xkan berjangkit dengan sentuhan kulit ke kulit, lain kalau ada luka, bahaya! tapi hati sayu dengan budak2 ini, rata2 umur 4-6 tahun dah tiada ibu bapa untuk diberi kasih sayang.


petang itu ku ke klcc lagi, jumpa dengan bloggers lagi. ahaaa, kali ni dengan cik wanie dan kak atty. kire da 4 orang la bloggers ku dah jumpe secara live. eazy, cik wanie dan kak atty. sorang lagi? tau tau je la kan specel tuuu. lalala~



12hb

hari ni lah. pagi2 bngun dengan melayan anak sdaraku. pergi taman, sebuk nak main2 disana. ishhh. layan je la kan? anak sdara. tapi yang best, balik rumah makan nasi dagang. wahahahaa. nak bgtau, sedap oooh nasi dagang tuuu. dah lama tak makan!


tngahhari ke pavillion tadi dengan kawan. mmg buhsan di sana. selain tak ramai abg bang.. dah macam buhsan dah kat sana. hanya sesuai untuk shopping2. yang lain macam dah takde dah.


ptg ku pening2. smkin lama smakin kuat.... entah la. lepas smyg asar tadi, tido sampai pkul 8!! bangun2, terus ok. jadi, untuk hilangkan pening, tido saja. (nasib baik sempat maghrib)


yang best!!!???

ku dah tahu result. dah nama best, cukup la buat ku tersenyum. kita akan dapat apa yang kita usahakan kan? kan kan?? hehe. syarat 2 ribu pound dah lepas, harap2 duit masuk awal, boley la blanje kan. hoho


~~~~~

aku=aku
dia=pak cik mana ntah


aku : pak cik nak timbang?
dia : timbang apa ni?


aku : boley tahu macam2. kandungan lemak, fat, muscle dalam badan. yang paling best, boley tahu umur sebenar badan
dia : ishhh, tak boley caya ni


aku : cuba la, bukannya kene bayo pun. free
dia : ishh. i dulu jadi sihat sebab kuat exercise. da banyak i lalui dalam idup ni


aku : (ape kaitan plak ni?)
dia : i dah bnyak pengalaman hidup. baru je lepas bedah ni


aku : errr (banyak plak cakap)
dia : i askar tau. u tak payah nak bohong i pasal ni


aku : laa, buat apa nak bohong. klu pak cik tak nak tak pe. kawan ayah sye dlu pun captain, kesihatan pun teruk jugak. kene jaga pakcik..
dia : i dulu jeneral! pangkat lagi tinggi!


aku : ~senyum~
dia : bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla


aku : senyum (bila la nak blah ni)
dia : bla bla bla bla bla bla bla bla bla. ok, balik dulu


aku : ok, assalamualaikum
dia : wsalam...


orang ni macam2 ragam. jumpa yang banyak cakap ni, senyum je la. bukannya kene bayar kalau senyum pun kannnn?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

29 ulasan:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

akhirnya ko update Joe!!

wewitt!!

naqiubex berkata...

Oh.. so that's why..

GRuNGe berkata...

Joe, kalau ko yang dah biasa memblog pun ada masalah macam ni, aku ni lagi laaaa. Ishhh, kekadang tekanan plak aku berblog ni. Ingatkan blog boleh kasi ilang tekanan. Wakakaka.

Anis Mohd berkata...

senyum cara terbaik kalo apa2 jd .
even buruk cm ne pon kita snyum ,
leh watkan org happy.
:)

lizz berkata...

hehehe. memang sakit jiwe kalo xleh nak online lame2 woo.

Dearie Pearls berkata...

dah update dah..
ok ar tue..

kami faham..

Dearie Pearls berkata...

testing comment...

Dearie Pearls berkata...

Uwaaaaa...
comment ok ke tak nie..?

prob ar..

Azuan berkata...

huk3...
akhirnya entri joe kembali..

Kapten Luffy berkata...

hahaha

jeneral lah sangat

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) berkata...

mcm addicted to blog kan?
huhu..
kalo sy yg baru ni pun rasa mcm tak best tak updat blog, tambah lak anda yg ramai followers ni..

ish.. org mcm pakcik tu pun ada..
tu kalo pakcik tu jawab soklan exam sah tak dpt markah penuh. coz tak jawab soalan yg ditanya..

sharamli berkata...

oo..jumpa eazy..

piNky LuCiA berkata...

waaa.. penyakit ko dah makin serius ni jo.. baik ko jumpa bomoh..hehe

unknown berkata...

ok la mcm tu
pasni blh bt come back dlm blog

hehe

unknown berkata...

ok la mcm tu
dah bt come back dn new entri

hehe

Krasz bAtu berkata...

i ponn jenuh cari idea nak update

Cikgu Nort berkata...

suka event yg 11hb tu bro... ari ni pon paper Metro ada siarkan pasal bebudak yg kna AIDS... sadis tol la... pepun,welcome back... aku suka blog hang

Tirana berkata...

Padanla lama tak nampak Joe...rupanya susah nak online..Selalu tu dalam sehari banyah entri ditulis...memang aktif..hehehe.. Betul la orang kata di Putrajaya susah nak surf internet.

momentinlife berkata...

Joe..
bukak blog ko..
tetiba terigt kt Cream Puff ko.. huhu

ezzati berkata...

activenyeee

Unknown berkata...

kalau nak blah dari orang yang banyak cakap macam mana?ada cara?yang sopan la.ada?ngaa.

Sufy berkata...

joe psl produk tu nak jugak lar utk my fren..hurm, cmn huh?

cikNiarun berkata...

bila plak ko mau jumpa aku?

Ivy Metaga berkata...

update..update..

Scha Abdllh berkata...

lama x singgah cni..huhu :)

geeds berkata...

yup.
internet mmg agak menghampakan lately.
haih~ T___T

Tanpa Nama berkata...

mood berblogging sy pun kurang ..

Tanpa Nama berkata...

slmt kembali

Blog Eazy Izzuddin berkata...

hik3
berjmpe d klcc
la..
jumpe kak atty kew
xD

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW