Share

Pendapat aku mengenai 'i want to touch dog'

Ada 3 pengalaman aku dengan anjing. Malangnya ketiga-tiga tu tak berapa nak elok untuk dikenang. Pertama dikejar anjing ketika larian merentas desa masa sekolah rendah. Lihat walaupun dah berbelas tahun tapi masih aku ingat dengan pengalaman tu. Ngeri! Kedua juga dikejar anjing masa aku joging kawasan rumah mertua aku di sungai petani. Ketiga yang terbaru, juga dikejar anjing juga di kedah.

Anjing memang suka kejar orang eh?

Ok. Aku bukan nak cerita pengalaman aku dengan anjing (ceh padahal dah cerita punn) tapi nak cerita pendapat aku mengenai Event "I want to touch dog" yang diadakan hujung minggu lepas

Pelik jugak benda ni tak kecoh sangat, mungkin sebab tak melibatkan politik sebab tu tak kecoh kot. Cuba isteri PM kita anjur konfem kecoh satu dunia


Kenapa aku tak bersetuju

Kalau korang nak label aku sebagai konservatif tu hak korang tapi kena baca dulu explanation atas apa aku tak setuju. Aku setuju dengan tujuan diadakan cuma tak setuju tentang pelaksanaan. 

Gambar dari internet

Kat sini aku tak mahu cerita hukum hakam - boleh google (website jakimlah) sendiri hukum pegang anjing, jenis najis, perbezaan mazhab so on so on, cumanya aku nak bawa kepada satu benda yang entah korang perasan atau tidak akan gerakan sedunia - open minded

Bunyi macam stylo aje open minded. Lawan open minded? KUNO

Actually kita ni (baca orang Islam) sangat beruntung kerana kita mempunyai mukjizat teragong iaitu Al-Quran sebagai panduan. Kita tak payah nak ikut-follow 100% akan undang2 atau buku yang dicipta manusia sememangnya ia tak sempurna. Alquran dah bagi berjuta (baca banyak) panduan untuk kita

Sebagai contoh riba adalah haram. Ada sebab kalau kita kaji
Lagi contoh arak haram, juga ada sebab

Open-minded tak salah, cuma perlu ada sempadan yang kita kena patuhi. Sempadan itu adalah panduan yang ada di dalam alquran. Kita ni jenis yang bukannya kaji sangat Alquran, kenalah tanya orang bijak arif tentangnya

Sekarang ni sorry to say gen-y seusia dengan aku memang kearah open minded tanpa sempadan. Elok kita rasa, macam best je macam ok je, terus kita kata ok. Walhal beberapa perkara memang tak wajar untuk dilakukan

Gerakan open minded ni serba sedikit dah menggugat akidah tanpa kita sedari. Nauzubillah


Saya mahu sentuh anjing

Mudahnya orang kita kata - anjing ciptaan Allah, walaupun najis lepas tu samaklah balik. Mudahnya

Lepas ni lagi mudah - minumlah arak, lepas tu muntah balik

Lepas ni ada lagi - jom zina, lepas tu bertaubatlah

Kat negara barat berada serumah tanpa kahwin dah dilihat normal. Perlu tinggal serumah dulu barulah kalau serasi kahwin. Barulah usia perkahwinan tu akan panjang

Lihat logik memang ok, tapi dah agama kita cakap haram zina ada sebab kenapa macam tu. 

Hari bogel sedunia. Hurmmm tak lama lagi tak mustahil akan ada di Malaysia benda ni. Kita yang marah-tak setuju dilabel kolot kuno

Berbalik kepada "saya mahu sentuh anjing" baik ubah terus kepada "i love animal/dog" 

Sentuh tanpa sebab tu tak dituntut

Sayang tu dituntut

Pelaksanaannya pula, better daripada sentuh anjing baik merawat anjing. Buat free treatment kepada anjing yang cedera, panggil doktor untuk rawat. Kan lagi elok macam tu.


Rumusan (sejak bila ada rumusan ni?!)

Apa-apa pun, sebelum berhenti menulis (panjang jugak menulisnya) mari kita muhasabah diri kita balik, jadikan AlQuran pegangan ULTIMATE kita dan mohon Allah lindungi kita daripada fitnah dunia

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

3 ulasan:

hafizah berkata...

saya setuju dengan awak
saya pon sebenarnya suka tengok anjing jenis snow dog sebab terpengaruh filem "snow dog"
tp, xde la sampai nak cari anjing tu n pegang or belai anjing tu
sekadar suka atas kecomelannya shj
harap semua umat islam membenci program ini n berdoa semoga Allah memberi hidayah kepada mereka yang pergi ke program tu :(

Unknown berkata...

Hm betul tu...Setuju :)

Dalam utube omputeh sendiri buat statement 'don't simply touch a dog'...even kambing yang penternak jaga (if dia ada bela anjing sebagai guard dia) kita tak boleh makan walaupun kambing tu halal. Kenapa? sebab pada badan anjing tu sendiri ada kuman yang terdapat bada badan khinzir..bakteria yang sangat mudah merebak dan membiak dan jugak bahaya. If kambing tu makan rumput yang anjing tu pijak. Dah jadi satu masalah kan?

Najib Ariyan Ali Basha berkata...

aning hanya kejar orang yg lari saja... kalau ada anjing menyalak tu... jangan lari... dia akan terus menyalak tapi tak kejar... anjing lemah dengan renungan mata manusia...

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW