Share

Bahaya tinggal kereta dengan anak kunci

Dah jadi satu kebiasaan untuk aku, kalau nak singgah kejap ke mana-mana aku takkan matikan kereta, keluar kejap, tunaikan hajat then masuk balik - tak payah start kereta dah - konon mahu jimat minyak. Tapi sekarang ni, nak buat benda macam tu rasa ngeri pulak dengan banyak kes berlaku orang larikan kereta ketika tuan keluar daripada kereta


Hilux dilarikan orang

Aku ada kenal seorang pengusaha restoran ni, benda ni pun terjadi kat diri dia. Ketika tu suami dia bawak hilux, jumpa kawan kat tepi jalan, turun dari kereta (tak matikan kereta) tup tup orang masuk dalam kereta dan larikan kereta tu. Menangis tak berlagu la tengok kereta sendiri dibawak orang lain. Depan mata pulak tu, nak kejar lari dengan kereta macam panda kejar harimau la jawab dia takkan dapat!

PANGER namanya


Kisah semalam

Semalam pun heboh kat tv, media sosial yang kereta dilarikan orang di tempat pengasuh. Lagi sadis ada anak ohhh dalam kereta. Kereta tu at least kalau kena curi pun tak pelah boleh beli lain, ni anak oi. Memang teriak la mak dia. Nasib baik anak tu dah tak ape-ape dah sekarang ni tapi moral dia, even kat tempat biasa pun kita kena matikan kereta, bawak anak kunci tu sekali dengan kita kalau nak ke mana-mana


Jangan tinggal anak kunci dalam kereta ketika kita tiada!

Actually aku nampak banyak sangat benda ni orang kita lakukan. Terutama aku yang selalu berada di Kubang Kerian, memang ayah pergi keluarkan duit dalam bank, tinggal anak dalam kereta dengan anak kunci kereta ada dalam kereta. Bukan sekali dua, dah banyak kali. Aku rasa korang pun mesti pernah tengok benda yang sama kan?

Geram mahu curi kereta tu buat ala-ala rompakan nak tengok reaksi si bapak macam mana!

Sebab tu ada peribahasan jangan terhantuk baru terngadah (eh betul ke?) Sebab 'kedegilan' dan sikap 'ketidakpedulian' kita ni membuka peluang kepada orang yang memang ternanti-nanti 'rezeki' di depan mereka tu. Bagus jugak ada berita-berita macam ni, at least dapat mengingatkan kita supaya tak buat benda yang sama. 

Jangan dah terjadi, baru nak menyesal sudahhhh

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

5 comments:

Prince Duyong said...

jangan sesekali tinggal anak dalam kereta... biarpun sekejap

sukaxplo said...

Salam
apabila sesuatu tuh dah jadi kebiasaaan...tak nampak la kesalahan

TunSha Ayunie said...

Drop by kejap :)

Hee ~ bukan anak kunci je bro... segala ANAK yang ada dalam kereta tu memang WAJIB bawak kalau pergi memana... bahaya woooo.... lelagi anak sendiri... aishhh

ridhwan herbal said...

mantap banget nih infonya,, terima kasih atas pencerahanya gan http://obatinpeksirahim.wordpress.com/index.php/obat-inpeksi-rahim-www-obat-inpeksi-rahim-wordpress-com/

wuri hastuti said...

terima kasih banyak atas infonya Cara Mengobati Penyakit Kista Cara Mengobati Penyakit Kista

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW