Share

Apa akan berlaku 5 tahun akan datang?

Terbaca satu artikel kat mashable rasa rajin nak kupas dalam blog ni. Boleh baca kat link ni (klik sini)

Malas baca? hehe. takpe aku tulis kat sini serba sikit. 5 tahun akan datang IBM predict benda ni akan berlaku

  • Bilik darjah yang akan belajar dengan kita
  • Beli barangan secara offline lagi banyak dari online (errr, pelik!)
  • DNA akan doktor digunakan untuk pastikan kita sihat
  • Ada penjaga digital untuk memastikan selamat semasa online
  • Bandar lebih mesra penduduk - sangat mesra

Aku translate ikut suka hati je. haha. ni gambar aku tampal kat sini







Cuma nak komen  satu benda je, yang no 1 tu. Pasal bilik darjah tu. Memang kalau bab pendidikan ni aku teruja nak komen lebih-lebih. hehe. Ok, katanya sekarang ni wujud batasan untuk seseorang cikgu kenal pasti muridnya tu cenderung ke arah mana. Kalau setakat 5 orang pelajar dengan seorang cikgu oklah, ni sampai 20 ke 30 memang susah. Aku dulu masa darjah 6, 44 orang satu kelas. haaa, korang pun mesti lebih-lebih jugak kan

So nanti 5 tahun akan datang (dah ada yang dah buat pun sekarang ni) bilik darjah tu sendiri akan kenal pasti anak murid tu cenderung ke arah mana. Math ke, sains ke, agama ke dan dia akan bagitau kat cikgu tu terus. entah macam mana sistem pun aku tak tahulah tapi bunyi macam cool je kan? 


Pendidikan kat Malaysia

Bagi akulah kan, kalau prediction IBM tu untuk 5 tahun akan datang, aku rasa kat Malaysia ni nak sampai sistem tu mungkin lebih lambat lagilah. Sampai sekarang aku rasa (entah korang rasa ke tak) sistem pendidikan kita ni sangat kurang bagi 'persiapan' secukupnya untuk melangkah ke alam kerja. Start dari tadika hinggalah ke university - aku rasa sistem perlu dirombak dan perbaharui dengan benda yang 'life' 

Sekarang ni negara kita dah banyak sangat kes kes sosial yang cukup gerun kalau nak cakap. Ada yang kita tak imagine langsung pun boleh berlaku. Silap sistem pendidikan la ni. 


so so so, kalau ada yang boleh bawak sistem yang IBM kata ni ke Malaysia lebih awal, mungkin kita ni akan jadi negara yang lebih ok. kannnn


pss : kurang 5 tahun lagi pilihanraya. wahahaha

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

3 comments:

Shila Adnan said...

You should read Sekolah Bukan Penjara. Universiti bukan Kilang since you sounds like you're a fan of our national education. Nice post.

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@Shila Adnan

any books?

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

bg ak, dekat malaysia ni, ramai yg terlalu taksub nk dapat degree berbanding yg betul2 berminat dan nak gunakan degree yang ade tuk pembangunan masyarakat semula..tambah pula dgn sistem kuota, kadang2 yang betul2 berminat, tak dapat, yg sekadar nak ada degree yg dapat..maka kurang la professional yg betul2 passionate dlm bidang2 tertentu..

p/s:bertuah dulu sebelum mohon upu, bapak aku suruh present stp bidang kerja yg sesuai dgn degree yg aku nk ambil, dan bersedia x dgn cabaran kerja2 tu..klau x, tak dibenarkan memohon.. :)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW