Share

Journey to Johor (1) : Kawan blogger kawin, tahniah #zarasyafiq

Sabtu lepas aku dengan cik bini ke Johor. Macam kat entry ni aku dah bagitau, ada tuntutan kenduri untuk dipenuhi dan memandangkan ada training Herbalife yang best disana, lagi-lagilah macam kebetulan pulak kan. Dan yang super amazingnya, terbaca kat twitter aku yang kawan blog – zara pun akan kawin jugak dan memang lokasinya pun kat Johor, memang sangat untung gitu sekali harung terus dapat satel 3-4 kerja

So, perjalanan walaupun jauh – 723km pun berbaloi-baloi gitu :)




Siapa tu Zara

Dia penulis kat dunia sebelah zara, memang dah berhubung kat dunia blog agak lama, masa aku mula-mula start menulis kat blog ni dia antara dah ada dan memang akan tertunggu-tunggu entry. Wahh, zaman blog yang takde keje. Haha, baca blog je lah kejenya. Tapi ok jugakkan, at least dapat kawan :)
Memang tak pernah jumpa sebelum ni, plan nak jumpa di gathering blogger tu adalah 3-4 kali tapi semuanya tak kebetulan asyik ada hal je dan tup tup, terus jumpa kat masa perkahwinan dia. Hebat tak? Haha


Majlis yang meriah

Aku sampai lebih kurang pukul 11 lebih macam tu, memang dah bgtau dia awal-awal aku nak pergi awal, maklumlah bertolak dari Kelantan pukul 6 petang, sampai di Kuantan pukul 12 malam ingatkan nak tengok fast 6 tapi full house la pulak, then terus bergerak ke Johor malam tu jugak, tak sampai 20km mengantuk, tido dalam kereta kat gambang dan seawal jam 6.30 sambung perjalanan. Pukul 9 pagi camtu sampai ke Mersing, berhenti kejap minum buat shake n bagi cik bini breakfast, then terus sampai ke rumah pengantin lebih kurang pukul 11 lebih.

Sampai-sampai je – mak oi dah ramai orang! Haha. Ingatkan aku je yang awal :)

Dah sampai tu memang nak jumpa ambik gambar bagai dulu, tapi disekat oleh seorang pak cik – dipercayai ayah zara untuk pergi makan dulu. Haha, apa lagi, makan je lah. Plan nak makan sikit, tapi terbanyak pulak sebab makanan sedap. Siap amek ice cream n cendol lagi buat dessert. Hehe. Lepas tu jumpa pulak dengan kawan blogger yang lama tak jumpa – eazy, borak2 kejap terus masuk rumah untuk bergambar. Haruslah ada gambar kan?

So nilah gambarnya :)



Kepada @lordzara dan @lomo_tech semoga usia perkahwinan kekal ke syurga. Semoga dapat anak yang comel cute dan ajarlah dieorang buat blog jugak. Haha

alright, tu saja cerita wedding kawan blog versi fast n furios aku. Lepas tu terus gerak ke Pontian, majlis lain pulak (nanti aku cerita entry lain pulak) dan esoknya ikuti training dari Chairman Club Blake Morgan (bleh baca sini)

itu sajaaaa, enjoiceeee

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

0 comments:

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW