Share

Tips kempiskan perut dari @denaihati

Agak-agak menjadi tak tips dari @denaihati ni untuk kempiskan perut?


Hehe, actually memang untuk menurunkan berat badan, 'elemen' yang paling penting adalah DIRI SENDIRI. Tak kiralah korang ada produk penurunan berat badan paling hebat di dunia pun, korang ada alat senaman tercanggih kat dunia pun, korang ada personal coach terkenal untuk turunkan berat badan korang pun - kalau korang tak 'ready' untuk turunkan berat badan, memang takkan menjadi.


Nak naik berat badan perlu lebih disiplin?

Perasan tak yang korang kalau nak naik berat badan sebenarnya perlu disiplin yang lagi tinggi. Kenapa? Korang kena ada disiplin yang tinggi untuk SELALU MAKAN. Pagi2 pukul 7 makan. pukul 10 minum teh tarik + kuih. pukul 12 makan tengahari. pukul 4 makan lagi kawan ajak pergi kedai mamak. pukul 7 balik rumah isteri masak kena makan. pukul 11 lepas main futsal ke kedai lagi pekena roti canai. haaa, disiplin sangat tinggi tu! Kalau korang tak makan, tak berdisiplin untuk makan banyak, mana boleh turun berat badan. kan? Yang berbadan besar tu, korang tak perasan pun yang korang sebenarnya 'jalani disiplin yang ketat' sebab korang buat perkara yang korang suka!


So, untuk jadikan program penurunan berat badan korang 'menjadi' korang just kena 'jatuh cinta' dengan apa yang korang buat. barulah disiplin tu datang dengan sendiri :)

Alright, tu saja sembang pagi ni. terima kasih kepada bro denaihati sebab tips yang 'makan dalam' tu. haha


pss : Nak dapatkan tips kurus secara percuma di twitter boleh follow aku di twitter (@joegrimjow) dengan hashtag #tipskurus. 


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

0 comments:

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW