Share

3 sebab utama berat semakin naik walaupun dah 10 hari berpuasa

Pejam celik pejam celik dah 10 hari kita berpuasa! Cepat sungguh!

Banyak-banyak tahun berpuasa, aku rasa tahun ni yang paling cepat antara kebanyakan tahun. Entahlah mungkin sibuk dengan pelbagai urusan ataupun sememangnya bumi berputar semakin cepat (erk) aku pun tak tahu. 10 hari dah Ramadan pergi, tinggal 20 hari lagi. Cepat kan?

Okeh, entry ni aku nak kupas satu masalah yang sentiasa orang kita hadapi - berat badan. Ramai yang beranggapan bila bulan puasa je, berat akan turun. Heh, ingat dulu 10 hari sebelum nak puasa, orang ada tegur kita - banyak sangat ko makan ni, dah dah la tu - dan dengan slumber kita balas - nanti bulan puasa turun lah tu (sambil mulut mengunyah-ngunyah) haaa, ingat?

Jadi, jom kita tengok, kenapakah berat badan tak turun-turun walaupun dah berpuasa sebelum 10 hari malahan BERTAMBAH pulak tu. wah!!


1) Berbuka bagai tak makan 20 jam



Cer imbas balik apa makanan yang kita makan ketika berbuka? Adakah penuh meja ataupun nasi tambah sampai 3 kali? Makan terlalu banyak ketika berbuka ni aku boleh katakan faktor utama kenapa berat semakin naik walaunpun berpuasa. Korang kena ingat, BMR korang masa puasa jadi rendah berbanding korang tak puasa, jadi ketika berbuka memang kan sangat-sangat control jangan terlalu sangat. 

Ada jugak yang memilih untuk berbuka dengan buffet yang mahal-mahal dan end up makan lagi walaupun perut dah 'can not go' Ye lah, nak bagi duit tu tak membazir sampaikan perut menjadi mangsa! Yang tak tahannya, lepas berbuka tu tarawih tak pergi tapi morih tetap ada. alalalaaaa ruginya


2) Tidak bersenam sebab letih



Ada banyak diantara kita (mungkin korang salah seorangnya yang tengah baca ni) yang tidak bersahur atau dah memang jadi amalan bersahur sebelum tidur. End up korang akan tak bertenaga dan tak sampai petang lagi korang dah penat. Tengahari tidur sampai petang dan bila dah petang bertenaga balik untuk ke bazar Ramadan! KEJAP, mana masa korang peruntukkan untuk bersenam?

Puasa atau tidak, bersenam adalah satu kemestian untuk jaga tubuh badan yang ok. Cuma ketika berpuasa ni, tak dicadangkan untuk bersenam berat-berat sebab takut berlaku kekurangan air secara mengejut. Tapi tu tak bermakna korang kena tinggalkan senaman. Senaman adalah perlu! Cuba ambil masa sejam sebelum berbuka keluar rumah dan bersenam selama 20-30 minit. Buat ringan-ringan je, tak perlu berat-berat


3) Terlupa untuk minum air kosong



Masa berbuka, mesti ramai yang makan kurma + air manis terlebih dahulu. Sebut je air apa, tebu, soya, cincau, milo ais atau apa-apa je lah, mesti manis. Dah habis tarawih, minum air teh tarik pulak dan masa bersahur sempat sentuh segelas je air masak. Ramai je kan macam ni?

Puasa ke tak puasa, air kosong ni adalah sangat penting. 2-3 liter dalam sehari adalah mesti. Apa kaitan air dengan berat badan? BANYAK kaitannya. Badan korang takleh nak berfungsi dengan optimum kalau air dalam badan tak cukup. Lagi menderita body korang kalau korang terlalu banyak minum air manis. Air manis tu ada gula, gula yang menjadikan korang semakin besar tanpa korang sedari. haa, semakin beratlah jawapannya!

******

Okeh, tu saja. Puasa ni jom ubah niat nak sihatkan badan sebab Allah. Dia lagi sukakan hambanya yang kuat. Badan yang kuat datang dari pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Jom berubah! Nak dapatkan coach untuk turun berat masa puasa contact2 la ye :)


pss : tak pernah lagi ke bazar ramadan setakat ni. waha!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

10 comments:

farhana said...

Ok, dah dapat tau dah kenapa berat tak turun lagi.
Point kedua dan ketiga tak buat.
Tq! :)

epol said...

tepat sekali..bila puasa berat makin bertambah bukan berkurang..sebab ramai yang jadi hamba ramadhan bukan menghayati ramadhan..selamat berpuasa

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@farhana

kena buat okeh
woho

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@epol

mereka dapat PUAS je, tertinggal A kat bazar ramadan. huhu

zool said...

betul2.. balik kang bersenam la jap.

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@zool

jom2 bersenam jom

gadisBunga™ said...

tak penah gi bazaar lagi? hebat!!!

dah kurang 4 kilo puasa ni. hoyehhh!

BellaRose said...

part kedua tu tak buat lagi. no wonder la berat tak naik. tak turun.

Nur Syahirah Hainan said...

Assalamualaikum.....tumpang masuk umah jap..hekhekhek..
Sgt2 setuju...bulan pose bukan la bulan yg sye tunggu untuk turunkn berat bdn..tp bualn yg saye tunggu untuk tmbhkn amal ibdat sbgi seorang muslimah......pepepon......try to control..~~

Abey Mirul said...

Laaa..patutlah... BErat Abey naik mendadak..... Haha..

Tang bersenam tu malas sikit.. Hehe.

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW