Share

Musim blogger dapat anak

Anak adalah antara anugerah yang paling tidak ternilai bagi setiap orang yang mendirikan rumah tangga - ok, sungguh skima pembuka entry ni. Tapi betul kan, dapat anak adalah antara detik yang paling best dalam hidup ni. Nak pelihara, nak beli pampers, nak beli susu, nak berjaga malam tu lain kiralah - ramai orang kata tak berapa nak seronok - tapi saat dapat anak ni memang sungguh best. ooh, aku tak sabar nak tunggu detik ini


Musim blogger dapat anak

Nak ucapkan tahniah kepada 2 orang kawan blog aku yang baru saja dapat anak baru-baru ni. Memang tahupun melalui facebook + blog dieorang dapat anak ni, sebab masa agak sempit, tak berkesempatan untuk pergi menjenguk, maka entry blog je lah sebagai penghargaan. jiwa blogger katakan :)

Ben Ashaari - anak pertama!


Dah la dapat anak, dapat anak pertama lagi tu, memang bestlah! tahniah ben yang kini selamat bergelar bapa. Siapa dah nama anak, qhalif? aha, semoga jadi gagah perkasa macam ayah dia jugak. bleh baca entry dia dengan anak dia kat sini. Ben dulu pernah tolong aku tolak kereta kancil kat Putrajaya, bleh baca entry ni. Nanti anak dia besar kelak, jadi baik macam ayah dia jugak. insyaAllah, tahniah ben!


Eyriqazz - anak kedua



kejap, apsal muka bapak dia yang lebih ni? haha. nak tengok gambar putera 1st bro eyriqazz, bleh klik sini. mata sepet lepas ni boleh kalahkan pelakon jepun besar kelak. waha! si anak ini merupakan anak kedua dia, pernah jumpa anak pertama dia, siap menang contest lagi sempena besday anak pertama dia ( happy birthday untuk alisya ) dan anak kedua ni tak berkesempatan lagi. Nanti bila ada masa nak kena jumpa ni. Tahniah bro eyriqazz sebab sekarang ni dah ada sepasang - sorang lelaki sorang perempuan. semoga anak jadi penyeri dalam hidup. insyaAllah


Kawan blog

Actually kawan blog dengan mana-mana kawan ni sama je. yang uniknya cara jumpa tu di laman maya dulu, barulah jumpa realiti. Aku perasan kebelakangan ni, jarang berjumpa dengan blogger-blogger, mungkin sebab aku sendiri sibuk atau memang sekarang ni kurang ada aktiviti blogger yang dibuat. haaa, 2 2 kot :) Lepas ni harapnya boleh jumpa dengan dieorang lagi, boleh mengumpat-ngumpat versi blogger lagi, boleh usik-usik buat skandal blogger lagi - oohh, rindunya zaman itu!


pss : esok nak pergi timbang-timbang budak2 USM. waha!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

7 comments:

Cik Diana said...

tahniah la dapat penyeri baru.

p/s :; bile nk buat gathering kt qlate. :)

Anak Ulu Cheka said...

tahniah bertambah waris blogger :)

joegrimjow said...

@Cik Diana

erk
yg tu kena fikir2kan
hehe

joegrimjow said...

@Anak Ulu Cheka

alhamdulillah

BEN ASHAARI said...

Thanks bro .. tunggu mu punya lak.. leh tolak stroller lak pasni.. ehehe..

Miss Casiol Rmy : 3 said...

tgk thumbnail ingatkan nk buat DYAC versi malaysia :p

Denaihati said...

tahniah utk orang baru bro ben and eyriqazz.

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW