Share

Tips : Rugi kalau tidak meniaga di Blog

Tadi aku tengok Safiyya. Haaa, entah macam mana boleh terlekat tengok cerita ni pun aku tak tahu. Mungkin pengacara dia comel kot. Haha. Nada kegatalan disitu. Daripada cerita dua beradik yang jadi jutawan hinggalah kepada paparan blogger yang jual tudung apa ntah. Nak sebut pun terbelit lidah. Tengok cerita tu bagi aku idea untuk menulis blog – buat perniagaan di blog. Alang-alang aku dah ada pengalaman, baiklah aku kongsikan sedikit sebanyak dengan korang yang baru nak berjinak-jinak ni.


Buat duit di Blog

Ada dua cara utama untuk buat duit menggunakan blog. Pertama melalui pengiklanan. Bila traffic korang dah tinggi, boleh buka kepada orang ramai untuk letak barangan mereka (dalam bentuk banner atau buat advertorial) dalam blog korang. Cara ni susah skit sebab nak jaga traffic tu susah kot. Nak maintain traffic tinggi ni kenalah pandai menulis dan mahir dengan SEO semua. Sebab tu ramai yang jana duit dengan cara ni tak banyak yang betul-betul dapat duit banyak. Tapi sebab modalnya hanya masa dan tenaga korang – duit takde pun takpe – maka ramai yang memilih guna cara ni



Cara kedua adalah korang menjual barangan korang di blog. Pendekatan yang aku gunakan adalah mula-mula menyediakan perkhidmatan – publish beberapa post pasal kesihatan dan aku pun jual barangan kesihatan. Macam aku selalu cakap Herbalife-herbalife-herbalife, bila orang nak tahu pasal Herbalife, dieorang tahu ke mana nak cari sumbernya. Macam yang jual tudung tu semua, bajulah, rata-rata ada buat tutorial masing-masing kat youtube. Bila orang rasa yakin, dapat tambat hati orang, maka dia pun juallah barangan yang dipakai tu. So simple. Cara ni perlukan modal, ye lah nak simpan stok semua dan lagipun korang kena beriklan di luar, sewa ruangan kat blog orang lain, suruh blogger lain buat advertorial ataupun buat contest di blog untuk orang ramai diluar sana baca blog korang. Berapa modal tu aku tak tahulah, tapi lagi banyak korang laburkan, lagi banyak yang korang akan dapat – jika kena caranya!!

*******

Orite, kali ni aku nak share cara kedua tu. Meniaga di Blog. Ini ada beberapa tips yang tipikal tapi tersangatlah penting!


1) Jual benda yang dekat di hati korang – pengguna

Tak kira apa yang korang nak jual, make sure barangan tu adalah barangan yang dekat dengan korang. Maksud dekat tu, korang gunalah. Ni penting sebab 'kuasa' nak promote tu akan sentiasa ada. Kalau korang jual benda yang korang sendiri pun tak pakai, orang kat luar sana akan tengok pun rasa lain. Korang pun nak promote ada masa-masa dia jugak, time mood ok, korang promote kaw kaw, time tak ok, blog pun tak berupdate



2) Eksklusif : Hanya korang saja yang ada

Benda ni killer untuk melariskan barangan korang. Aku ambik contoh nak jual jubah, macam mana korang nak lawan dengan orang yang jual jubah kat luar sana dan berpuluh-puluh lagi website yang jual jubah jugak? Persoalan ni sangat penting, jawapannya carikan keunikan yang korang sediakan yang takde pada orang lain. Banyak contoh, selain jual kat blog, korang jugak ada sediakan tutorial, jubah korang tu fesyennya lagi advance ke macam mana dari yang lain atau macam-macam lagilah. Kenalah fikir sendiri ye tak?


3) Engagement : Dapatkan product lover

Untung sekarang ni kita ada pelbagai social media. Twitter, facebook, googleplus, tak cukup dengan tu ada pelbagai lagi medium untuk berhubung dengan customer korang – email, skype, ym, msn. Gunakan platform ni untuk berhubung dengan existing customer korang. Tau tak, lagi penting korang jaga customer korang yang lama berbanding pergi cari customer yang baru. Kenapa? Kalau korang pandai jaga customer, selalu layan mereka, tanya khabar mereka, tak mustahil korang akan dapat referal. Customer korang pulak yang akan promote barangan korang tu kat kawan-kawan dia. Untung dah duit iklan kat situ!


********

Orite, itu sahaja tips dari aku. Komen aku, kalau korang ada blog, juallah sesuatu. Daripada buat blog tapi takde hala tuju, baik jadikan blog tu sebagai salah satu tempat dapat side income. Dunia sekarang ni cukup MAHAL, sate ikan pun kat kelantan ni dah 4 batang RM 1. dulu sposen satu je! Eh?? haha. tu contoh je lah, makan gaji ke, tak makan gaji ke, jadikan blog ni sebagia medium untuk tambah duit. Tapi pandai-pandailah, jangan sampai spam orang lain sudah ;)

Bagi sesiapa yang nak mulakan bisnes Herbalife secara online, boleh contact aku, aku akan ajar camne dari blog (hanya kat blog, tak campo guna cara lain) aku dapat RM 1000-RM 1500 sebulan. Call - 0169640972

pss : hari ni gaji masuk, jommm shopping!!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

13 comments:

Izzat Aziz said...

cara terbaik nak buat duit dengan blog memang berniaga.. iklan susah.. kalau cara yang betul baru boleh jana banyak.

Anastasyea Aida said...

Tips yang berguna .. ^__^

www.anastasyea.com

syakila fatah said...

dulu ade gak jual2..then malas sbb xbape dapat sambutan..wat abis duit wat modal..hehehe

anyss said...

Assalamualaikum,
Pernah jugak cuba jual-jual dan cari trafik guna nuffnang api...sedar diri jugak sebab tak ada masa sangat nak tarik trafik. Akhirnya, tunggu je la trafik datang secara semulajadi ikut entri yang ditulis. Nak sentiasa updet blog pun dah letih hu hu hu

Dah habis belajar nanti sambung semula kalau rajin hu huhu

joegrimjow said...

Yup, kena traffic tinggi baru bleh pasang iklam

joegrimjow said...

Jangan lupe amalkan :)

joegrimjow said...

Haha. Jual ape? Palg penting jgn malas! Heee

joegrimjow said...

Masa belajarlah senang nak update, da kerja nanti lagi2 la susah. Huhu

beliamuda said...

Pilih cara yang kita rasa lebih senang dan mudah untuk buat. Macam ko, memang dah ada produk, maka memang sesuai untuk berniaga barang. Bagi yang tiada produk dan masa agak terbatas juga, pilihan iklan itu lebih bertepatan.

blog-tips-kurus said...

baru semalam member promot herbalife kat opis. macam nak try je. :-)

asmayusof said...

nak nak. nanti nak bejar from brader. lepas ni nak update cane nak buat bisnes hblife by blogging. btw nanti bole tnye by skype kan. hhuhu

muhammad sidek said...

nak tanya mcm mane nak buat heading yg letak iklan lain kat tepi yang boleh linked ke tempat lain dan cantikkan letak grafik.....

o biz said...

saya baru first time visit blog nie.
alhamdullilah, dapat gak ilmu melalui bacaan kat entry ni.
kalau ade tips lagi, jangan lupa share lagi yew.
bab kata orang, sharing is caring.. hihihi~
btw thanks for the tips.. :)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW