Share

New iPad : Perihal iPad terbaru dari Apple yang perlu korang tahu

Semalam tak sempat nak ikuti live pelancaran produk terbaru dari Apple - New iPad. Sebab tak ikutinya adalah aku ni bukan peminat sangat tablet ni, kalau iPhone memang aku akan ikuti secara live. Tak ikut secara live pun, tak bermakna informasi aku terlepas. Kata dunia teknologi, internet ada dimana-mana tempat dan bila-bila masa!

Jadi, ini adalah beberapa update terbaru mengenai iPad terbaru dari Apple




Rekaan sama, nama berlainan

Ramai yang kata iPad baru ni namanya iPad3. Tapi ternyata meleset sebab ia hanya diumumkan dengan 'the new iPad' pelik jugak kenapa tak pakai yang biasa kan. Mungkin nak bagi yang buat rumors mengenai iPad terbaru ni butthurt, mungkin tu jugaklah. haha. Rekaan (design) yang diharapkan berlainan dari iPad2 juga meleset sebab reka bentuk sama je dengan iPad2. sama dengan iPhone4S punya ceritalah ni.


4G connection - tapi untuk apa?

New iPad ni dilengkapkan bersama dengan LTE, kebolehan internet selaju 4G. Walaupun 4G ni lebih laju berganda-ganda dengan 3G, tapi untuk apa kalau masuk kat Malaysia ni. haha, kita mana ada weh. Celcom, Maxis, DiGi mana sediakan benda ni. so bagi aku, takde menarik pun benda ni. Kat US pun dieorang provide syarikat yang takde nama mana, memang orang tak puas hati benda ni. haha. takpe, nanti dah banyak starikat telco provide benda ni, barulah orang akan kata Apple melebihi zamannya ye tak? :p


Camera baru, paparan lebih jelas dari HDTV - Retina display!

Camera new iPad ni 5 megapixel dan ciri-cirinya dipertingkatkan lagi sama dengan iPhone4S. Maka senanglah kawan-kawan aku kat Herbalife nak tangkap gambar kast skrin nanti, lagi jelas. dah tak payah amek nota dah lepas ni. haha. Paparan iPad ni juga dipertingkatkan. Yang ni jadi killer untuk new iPad ni, jom tengok video kat bawah ni. meleleh jugak kan? hehe



Komen keseluruhan

Banyak lagi update korang bleh baca kat sini atau versi melayu bleh tengok amanz.my. Bagi aku, new iPad ni takde WOW Factor, biasa je tapi sudah pasti teknologi tablet Apple ni dah jauh tinggalkan jenama lain. new iPad ni pun kata seorang penganalisis, jauh lebih elok dari mana-mana tablet kat luar sana tu. Cuma WOW Factor tu takde. hehe, mungkin dieorang kena kerja keras lagi untuk pastikan produk ni jadi kegemaran orang ramai. Harga masih sama dengan iPad2, dan iPad2 akan dijual dengan lebih murah nanti. Kat Malaysia tak tahu masuk bile, tunggulah update nanti dan New iPad ni akan mula dijual pada 16 March di US dan beberapa tempat lain. Yang nak mencari gadis SiRi kat New iPad ni, korang takkan jumpe. dia hanya eksklusif kat iPhone4S je. heeee

Korang nak beli? kalau dah plan nak beli tu, belilah sebab harga masih sama. Tapi kalau nak bajet-bajet, belilah iPad2 yang harganya akan jadi lebih rendah nanti. Aku nak beli ke tak? Tunggu je lah nanti :p


pss : esok dan lusa akan berada di USM Kubang Kerian. Unifest. waha!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

13 comments:

Aizat Shafiq said...

perubahan iPad kali ni tak ketara sangat kalau nak di comparekan dengan perubahan iPad 2 dulu kan...

Izzat Aziz said...

aku rasa apple bukan tak leh nak bagi lebih lagi, tapi diorang nak hold, sebab lagi banyak income kalau dapat buat camtu.

capitalism at its best.

Azah said...

whoaaa... joe, promote la skali unifest kat blog. nak poster ak leh bg, video promo pun ada.. :D

EG said...

Ingatkan gempak sangat yang baru.

joegrimjow said...

@Aizat Shafiq

haah
org xtengok dalaman, org tengok luaran

joegrimjow said...

@Izzat Aziz

yea right!

joegrimjow said...

@Azah

berbayar la
haha

joegrimjow said...

@EG

xgempak mana pon
huhu

Akulah Pak Lan said...

kurang impak berbanding time steve job ada dulu

jus kulit manggis said...

duh kapanya saya kebeli

xamthone plus said...

emang harganya berapa rupiah ya?
saya dari indonesia.
Ditunggu Kunjungan Balik nya ya sobat

aris said...

If you are Sabahan and Sarawakian, please check this.

Sabah Sarawak Keluar Malaysia
http://www.facebook.com/groups/betterState/

Perjanjian 20 Perkara yang dimungkiri
http://www.youtube.com/watch?v=flm1Mi8SegI&feature=related

Sabah Sarawak Want Their Rights Back
http://www.gopetition.com/petitions/sabah-sarawak-rights.html

Thank you, GBU.

[sutera kasih] said...

stkt ni x memerlukan sgt so xperlu beli kot hehe

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW