Share

Tips untuk menghadiri World Blogger and Social Media Summit #MSMW2012

Atara event yang dinanti-nantikan sempena Malaysia Social Media Week 2012  #MSMW2012 adalah World Blogger and Social Media Summit. Semalam adalah kali kedua aku ikuti event best ini yang mana kali pertama pada tahun lepas. Compare yang pertama dengan kedua mana lagi best, sudah pasti yang kedua ni lagi best!

Mungkin sebab @lisasurihani datang kot :p

Ok, hari ini akan berlangsung lagi hari kedua Summit, tapi sebab terpaksa balik ke KB dah hari ni, tak sempatlah aku join untuk hari ini. Takpe, pasti ramai blogger yang update pasal ni nanti. Bagi korang yang belum sempat untuk pergi dan berkeinginan untuk pergi, jangan risau, nanti akan ada lagi. Jadi, aku akan bagi beberapa tips bagi korang yang berminat. Tak berminat takpe, baca dan share artikel ni. hehe




1) Tiket - pandai mencari peluang

2 kali menghadiri Summit ni, aku tak pernah pun bayar untuk harga tiket tu. Macam mana aku dapat? pandai cari peluang. Free Ticket memang terhad, dan memang korang kalau taknak keluarkan RM300 dari poket, kenalah pandai mencari peluang. Banyak sponsor event ini akan bagi free pass dengan menyelesaikan tugasan mereka. Macam tahun ni aku dapat free pass dari Maybank. wah, thank u maybank! Juga dapat delegate pass dari kak yanmie yang tak dapat datang dan hasil pujukan aku, dia bagi. haaaaa. pandai-pandailah cari peluang ya. Tapi kalau korang rasa ilmu yang korang akan dapat tu setakat RM 300 apalah sangat, go ahead, belilah disana


2) Bertolak awal hari pertama

Semalam baru aku tahu yang jam kat KL ni memang luar biasa pada hari isnin. Sebab setakat ni Summit diadakan pada hari Isnin dan Selasa, hari pertama memang korang kena datang awal sikit. Pengalaman lepas bawak kereta, semalam aku naik LRT je senang. sampai jugak ke destinasi pada waktu yang tepat


3) Bawak jaket

Entah kenapa, berada di dalam dewan tu memang sangat sejuk. kalau korang yang jenis kena gain weight, memang boleh terketar-ketarlah dalam dewan tu. aku yang ada lemak ni pon sejuk, tak tahulah yang kurang lemak tu macam mana. Penyelesaiannya, bawaklah jaket untuk dipakai. kalau bawak selimut, kang tertido pulak kan?


4) Adapter dan Charger

Yang ni pun kena bawak jugak, tak kiralah charger laptop atau handphone, kalau korang jenis bertweet dan berblog je kerjanya, kenalah bawak 2 benda ni bersama. Power point tak banyak, jadi bawaklah adapter bersama. 


5) Bergambar dan bergambar

Banyak prominent figures dalam Social Media di Malaysia ni akan datang, Amatlah rugi kalau korang tak bergambar. bawak kamera yang sepatutnya dan tangkaplah gambar sebanyak yang mungkin


6) Name Card - bertukarlah!

Jangan lupa jugak bawak name card banyak-banyak. Ada lucky draw untuk hari terakhir berdasarkan cabutan name card yang korang akan letak dalam balang. letak banyak peluang nak menang pon banyaklah. nasib baik, dapat smartphone free! selain tu, kat sana tugas korang selain belajar, kena tambah network. bertukarlah name card dengan orang yang hadir disana. silap haribulan, boleh jumpa dengan CEO company tu sendiri! peluang beb!

Ok, itu saja. kepada yang bersummit hari ini, belajarlah elok-elok ya, jangan duk bertweet je kerjanya 


pss : 1st time jumpa kon GengBlogger dengan fida aisyah semalam :p

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

14 comments:

arrizz said...

last day untuk event nit bile ea bro?esok ke?macam aku tak ada pass, boleh masuk ke?as pengunjung jer..

Umar said...

mmg tips yg bagus! harap dpt join summit ni one day

joegrimjow said...

@arrizz

Summit tu rini habis.

Kujie said...

kak jie dtg hari ni..Joe pula dah balik. hari pertama dtg utk register dan dapatkan pass saja sebab ada banyak urusan, maklum hari Isnin.

Yup...sini peluang untuk membina network

APi said...

fida aisyah?

gadisBunga said...

pelik sungguh. tak pernah rasa saya ni blogger jadi tak terpanggil lah utk pegi event tu.

mungkin next year kot~

blog-tips-kurus said...

wiieeeeeewwwwww!!
siap teknik & strategi bernas. thanks! :-)

joegrimjow said...

@Umar

taun depan ada lagi kot

joegrimjow said...

@Kujie

tu la
xsempat nak jumpe kak jie
huhu

joegrimjow said...

@APi

lalala
:)

joegrimjow said...

@gadisBunga

eh
kena la rasa blogger
kena bangga

joegrimjow said...

@blog-tips-kurus

sangat bernas kan?
huhu

Anonymous said...

FIDA AISHAH?

HAHAHAHAHAH. Wujud ke dia tu? Cer bg gambar sikit.

Bitt (double IS) said...

hi..

tq for sharing!!!

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW