Morning korang!
Semalam sambil tengok berita kat buletin utama, terkejut sebab dengar berita yang pelajar usm (rasanya) yang mengugut nak bom helikopter PM yang akan datang ke universiti dieorang. Aku terkejut sebab pelajar tu kena berkas dengan polis dan aku lagi lagi lagi terkejut sebab polis percayainya!
Ugutan dengan lawak
Aku ada update kat page joegrimjow semalam pasal garis halus antara "ugutan" dengan "lawak bodoh" yang rata-rata komen macam menyebelahi budak tu. aku bukan nak sebelah siapa n siapa tapi, logik lah fikir, kalau nak bom sekali pun takkan la bgtau dalam facebook!!
Sensitif atau berjaga-jaga
Bagi aku, berita macam tu tak payah nak masuk dalam tv lah. MEMALUKAN! Malu sebab ada yang percaya dengan "ugutan" macam tu. tapi aku rasa, ada niat lain yang nak diketengahkan oleh berita tu, tak nak bagi orang kat luar permainkan PM kita ni
Cuba korang update status nak pergi bom rumah anuar ibrahim tengok masuk berita ke tak status korang tu :p
Berita yang entah pape
Hari tu masuk berita yang afdlin dengan siapa ntah masuk UMNO. Mak aku cakap "berita macam ni masuk tv? Kenapa sebelum ni dieorang PAS ke?" ok, tergelak aku dengar
Lawak sarkastik
Aku tak cakap budak yang kononnya nak bom tu tak salah, tapi kamonlah, takkan lah nak percaya dengan status macam tu. Lepas ni agak2nya akan ramai yang update status bengong macam tu, polis nak datang tangkap tak?
- Posted using BlogPress from my iPhone
PRODUK HERBALIFE MALAYSIA
3 bulan yang lalu
20 ulasan:
Sokong kenyataan yg xnk org mempermainkn pm kita
Sokong kenyataan yg xnk org mempermainkn pm kita
melatah kuat sgt,nak bgtau la kasih syg pada pm sgt tinggi...teringat video panglima top-top perang tu hehehe
Yg aku tk setuju, knp berita skrg byk cerita crap instead of bg maklunat yg lg berguna. Tk bekembang otak org malaysia kita nnt
saya setuju dengan pendapat joe...hehehe
"Kenapa, sebelum nih dorang Pas ke?"
Hahah. Okay, mungkin Dap.. :p
hehe..diorg tkot peningkatan pelajar skrg yg sgt berani..hohoo..yg aflin masuk umno tu memg stuju dgn apa yg mak ckp tu..hahha..lawak gak..sblm ni bebas kot atau xundi..
kty sama ngn mak joe
cakap ngn along ..lor pasal boiboi masuk umno pun nak masuk paper..benda remeh temeh..
takut sangat..ingt senang ke nak dpt bom.hehe..buat bom sendiri leh la agaknya..tak pon baling mercun..
Nampak sgt membesar2 kan. Aku benci dgn benda2 cm ni. Tapi politics, tak semua betul, tak semua salah. Hak dan kuasa ada pada kita.
sokong mak joe.,hehehee.,
tak cukup otak nak pikir kot...mcm tu pun bleh percaya..
ish2..macam2 perkara pelik plak zaman skrg
wartawan m'sia xpndai cari berita..cm2 la jdik nye..
imej diri dan tutur bicara harus ditelitikan apabila ia dikaitkan dengan orang besar/atasan. walaupun ia hanya omongan/gurauan kosong, namun ia tetap tidak dipandang remeh. emm, it's all going for a while perhaps :') hehe.
entah hape-hape la diorang tu =)
bukan nak kata apa la kan.. tp sepatutnya kena la jaga protocol bila nak cakap sumthing pasal VIP or org atasan. setuju dgn komen dari farra arisha. mcm insiden yang pernah berlaku kat Indonesia bila ada student Malaysia yang diugut bunuh semata2 kerana Malaysia menang dalam perlawanan bola sepak.. Nampak simple, sekadar bergurau mcm budak2 kat sekolah, tapi takkan tgu kejadian tu betul2 jadi baru nak amik tindakan kan?Polis terima laporan & buat siasatan ikut prosedur. Bukan sb ianya omongan bodoh & lawak semata2.. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah.. Klu DSAI kena ugutan mcm ni bila dah jadi "somebody" nanti pun mungkin org yg terlibat tu kne tangkap jugak kan? renung2kan..
Sekadar memberi pandangan~
depa kan pilih berita yg ade 'nilai berita', yg boleh tarik audiences.. kot!!
setuju dgn komen ain zali dan farra arisha...
bukan isu lawak bodoh atau bangang yg student usm tu buat..tp sbb tiadanya etika atau batas yg mengehadkan seseorang tu utk bercakap apa saja....kalau nk ckp lawak bodoh mcm pelajar tu buat, cuba dia pegi tulisa mcm tu kat raja siam?tgoklah apa yg jd...silap2 masuk penjara lagi...so berhati-hatilah kalau nk bergurau dgn lawak bodoh tu..
setuju dgn komen ain zali dan farra arisha...
bukan isu lawak bodoh atau bangang yg student usm tu buat..tp sbb tiadanya etika atau batas yg mengehadkan seseorang tu utk bercakap apa saja....kalau nk ckp lawak bodoh mcm pelajar tu buat, cuba dia pegi tulisa mcm tu kat raja siam?tgoklah apa yg jd...silap2 masuk penjara lagi...so berhati-hatilah kalau nk bergurau dgn lawak bodoh tu..
Catat Ulasan