Share

Perkara yang aku benci atas jalanraya

Sebut pasal jalan raya ni, memang sungguh mengerikan. Tempat paling banyak kematian kat dunia ni atas jalan raya Malaysia adalah heronya. Walaupun dah pelbagai ops dijalankan - Ops Sikap sampai berpuluh-puluh version tapi jumlah kematian tetap jugak meningkat. Risiko untuk mengalami kemalangan jalan raya kat Malaysia ni memang sungguh tinggi berdasarkan beberapa faktor yang kadang-kadang lawak je kita dengar.

Ok, kali ni aku nak share dan korang boleh kongsi kat ruangan komen bawah ni tentang perkara yang dibenci semasa jalan raya. Ok senaraikan sikit dulu!


1) Pak cik ke masjid guna kopiah sebagai lampu



Waktu malam kalau drive, memang kena berhati-hati. Tambah lagi kalau drive kat kawasan kampung. Bahaya sangat sebab kebanyakan motor tidak berlampu. Apa mahal sangat lampu yang tukar dalam RM 10 ke RM 20 tu pun aku tak tahu. Yang sedih lagi, ada golongan tua yang ke masjid (sebab pakai baju melayu + kain pelikat) takde lampu dan assume orang boleh nampak dia yang bawak motor tu

Kepada korang yang mempunyai ayah + pak cik yang selalu ke masjid, balik raya haji ni kena tukar lampu tu. okeh?


2) U-Turn di traffic light yang lambat macam siput



Kalau di kawasan traffic light, memang ada sesetengah simpang dibolehlah untuk U-Turn. Tapi tak semua, ada jugak yang tak boleh U-Turn pun still U-Turn jugak. Dah la haram untuk buat U-Turn, dia pulak boleh lambat-lambat untuk pusing kereta dia tu. Arghhh, sangat benci dan bertambah benci lagi kalau lampu merah bertukar betul-betul sebelum kita sempat lintas. Memang habis pahala puasa hari tu duk sumpah seranah!



3) Lane paling kanan highway tapi dialah yang paling slow



Kat highway memang ada 2-3 lane depends pada besar atau tak lah. Tahu kenapa dibuat lane yang banyak tu? sebab ada yang laju, ada yang tak laju. Memang aku tak pahamlah, bawak kereta slow tapi duk kat lane paling kanan. Yang tak tahan lagi, bagi lampu pun masih buat slumber dia je maintain duk lane tu. Takde perasaan bersalah langsung nak ketepi. ahhhh, sangat benci!




4) Slumber buang sampah ke luar dari kereta



Yang ni pun tak tahan, tengah drive elok-elok, tiba-tiba ada sampah yang dibuang dari luar kereta. Pergh, slumber badak dia je. Bukannya tak boleh nak simpan sampah tu dulu then dah sampai rumah buanglah kan, ni tak, memang dicampak je sampah tu. adoyai, dimanakah ketamadunan kita? Kalau jumpa dengan kereta macam ni, aku memang bagi lampu terus. bagi besar-besar biar dia tahu ada yang prihatin dengan tindakan dia yang tak prihatin tu

Yang tak tahan, aku pernah nampak - ada buang pampers anak ke luar!!! 


pss : korang nye?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

19 comments:

izaFiza said...

benci jugak bila ada kereta bg signal nak masuk. kita punyalah berhemah slowkan kereta bg dia ruang nak masuk.sampai ke sudah dia tak masuk-masuk.grrraammmm tol.

eita said...

memang sakit hati...
terutama nya bila tengah laju..
tiba2 boleh brek kecemasan tanpa ada apa2 yang halang kat depan...
memang rasa nak lempang...

EG said...

paling bengang kalau orang duduk lane paling kanan tapi bawak slow. serius tak faham kenapa. hahaha

joegrimjow said...

@izaFiza

ada yg bagi signal 0.5 saat sblom nak masuk pun ada

joegrimjow said...

@eita

klu bleh bukak pintu dan lempang terus kan bagus
hehe

joegrimjow said...

@EG

bagi lampu xbagi kesan

cik pulau said...

samo la..
walaupun tok drive sdiri..tp kade2 hangin jugop tgk ore2 gni..grrrr..

joegrimjow said...

@cik pulau

hangin tu takut bawak ke excident tu

aNdi.Hanin::حنين نظوره said...

paling ngokngek penah kena, dah bagi signal nak masuk kanan, lepastu bila dah nak masuk, orang blakang bantai hon kuat2 xnak bagi jalan..terus potong sebab dia nak terus, bukan nak masuk kanan, yg duduk line kanan tu pehal. =.= dasar samseng

paling sakit ati, tengah sesak2 jem, kat highway, ada yang selamber je potong ikut emergency line. lepas tu dok sebok nak masuk line kanan..menambahkan jem. ergh!

hikari said...

geram bila keta nak belok tapi lmbat lah sgt..nk belok pun take byk time ke?
lagi 1 geram jugak bila keta depan bwk slow giler..under 80km/j.kalau bwk kancil xgeram la tapi merce kot! agk2 la kalau nk slow pun kn..

musi said...

mereka yang bacoi tu tiada kesedaran dan tiada memiliki tanggungjawab di jln raya, tiada sayang nyawa sendiri kita plak yang kena jaga nyawa depa, kita yang menghormati orang kena juga bersabar dan patuhi undang2 spy kita selamat selamanya kita x mau mati di jln. hoho.

joegrimjow said...

@aNdi.Hanin::حنين نظوره

yg curi2 tu pernah buat gak. tu yg xcite tu. hehe

joegrimjow said...

@hikari

lain kali bawak joana kena bawak lajulah ni

joegrimjow said...

@musi

kesimpulan dia bawak bersabarlah

misz beauty said...

saya pun xsuke org buang sampah cenggitu....

sape nak tiket moto gp jom join contest!http://miszbeauty.blogspot.com/2011/10/tiket-moto-gp.html

Rin said...

kdg2 sy kat lane paling kanan tp terpaksa slow.sbb depan sikit nk u-turn. bagila lampu cane pon i terpaksa buat kering hati.terpaksa tau terpaksa.

owh, pernah sekali lalu jalan Beruas (yg bengkang-bengkok tu). kereta depan slow yg amat pd tahap tak munasabah. nk potong mmg takde celah. yg paling hangin, dia bole buang kulit rambutan di spjg perjalanan.

diANa hARiS said...

saya tak suka kalau ada kereta main 'cucuk-cucuk' RAPAT gilerrr kat belakang, nak memotong sgt, pastu biler dh dpt potong, last2 jumpa balik kt traffic light depan... hahaha, blagak sgt nk laju tadi

Faizal@PeJAY said...

paling benci dan geram bila pemandu baling putung rokok dari kereta...

Denaihati said...

askm. yg meludah luar kereta, belakang ade motor x de visor...cepet kat muka. memang kurang ajar.

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW