Share

Empire Avenue Tips : Cara naikkan Share Price

Share Price adalah antara elemen terpenting dalam menguasai Empire Avenue. Tinggi share price korang, lagi 'pengaruh' korang dalam dunia social network. Ada beberapa tips yang aku akan kongsi disini untuk naikkan Share Price dalam waktu yang singkat. 


Sekarang ni dah 66.30

Nilai 53.37 tu dipanggil Share Price. Bahagian warna hijau daily gain/lose (+1.833) tu, Current Dividend Yield (1.09%), Net Wealth nanti aku akan terangkan camne nak naik. Kali ni hanya Share Price sahaja camne nak naikkan. Khas bagi yang tak berapa nak glamer macam aku. Belum register? cepat register kat sini


1) Dapatkan lebih ramai shareholder

Shareholder adalah orang yang membeli saham korang. Tak kira banyak atau sikit, ada je pembelian, orang tu dikira shareholder untuk saham korang. Setiap pembelian, korang akan dapat 50% darinya dan jumlah ni akan berkurangan apabila semakin ramai shareholder. Jadi, promote-promotelah orang lain supaya beli saham korang


2) Naikkan interaksi social media lebih banyak

Empire Avenue berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan di social media lain seperti Facebook, Twitter, Linkedin, Youtube dan Flicker. Kalau korang tak connect lagi dengan kesemua ni, baik connect sekarang. Selepas korang connect, pastikan ada aktiviti yang dibuat sebabnya semakin banyak aktiviti korang buat (likes di facebook, RT di twiter, Thumb up di youtube dan banyak lagi) share price korang akan turut meningkat


3) Dapatkan pengaruh di Empire Avenue

Setelah invite kawan-kawan korang join EA ni, adalah penting untuk mereka kekal dalam tu. Maksud kekal tu, bila dah join, ada benda yang boleh dibuat. Takdelah join, sunyi sepi dan terus menghilang lepas tu. Cara nak kekalkan dalam EA ni adalah bina relationship dengan post shout out dan join community yang banyak. Aku suka lepak kat Kuala Lumpur ni, sangat aktif dieorang disana. Join jangan tak join


4) Endorse blog 

Tak seperti social media lain, blog perlu di endorse secara manual oleh orang lain. Jadi, bila dah connect blog korang, pastikan ajak kawan-kawan untuk endorse blog korang tu. Selain share price akan naik, duit pun dapat, semakin kayalah! Oh satu lagi,  isi dalam blog tu biarlah berkualiti, setiap view, komen dan orang lain share blog korang tu, Share price korang akan naik!


Okeh, itu sahaja. Semua ni ada kat bahagian tips di EA. Rajin-rajinlah mencuba ya. Bagi yang belum register lagi EA, aku suggest register. Nak register, klik sini

pss : Esok hari Belia, jom jom ke Putrajaya!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

11 comments:

MFI said...

dengar kata hari belia herbalife jadi sponsor..

joegrimjow said...

@MFI
salah satu

MuhD NoR AzyM said...

Joe, camne nak endorse kan blog tu?

joegrimjow said...

@MuhD NoR AzyM

cari kat bahagian blog
klik endorse

Sis-Lin said...

Lin dh join..tp shrae price lin tu bru 37.86..
klu shareholder xde pongg/..huhuhu

ala bru je jinak2 je ni..

joegrimjow said...

@Sis-Lin

tego2 la
nanti akan dibeli

Dawa said...

saham ekspresi ruang meningkat mendadak lepas dilisted oleh buyer dalam komuniti Brazil. boleh dikatakan banyak members dari Brazil yang beli saham ER sampai 500 unit maksimum sbb dividen masyuk diorang ckp. huhu

joegrimjow said...

@Dawa

nak dapat listed tu bukan senang

♥ Cebis Memori said...

nak komen kat sini ^___^
sape blum register cpt2 la register ya.

a n a s t a s y e a said...

nak try juga EA nie :D

anastasyea's latest post .. HTC Desire S | Hak Milik Kekal

Katherine said...

dengar kata hari belia herbalife jadi sponsor..

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW