Share

Better Muslim

Pejam celik pejam celik, hari ni dah 2 Mei. Beberapa jam lagi, bakal masuk 3 Mei. Sangat cepat masa berlalu kan. Tuhan dah bersumpah demi masa, sesungguhnya kita semua berada di dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan beramal solih. Berpesan kepada kebaikan dan kepada kesabaran

Jadi, kesempatan ini, aku nak ambil sedikit masa untuk sama-sama kita berpesan supaya menjadi ‘better muslim’


Solat



Bulan ni nak iltizam untuk solat sentiasa di awal waktu dan cuba sehabis baik untuk sentiasa berada di surau atau masjid. Maksudnya berjemaah. Nabi kalau boleh baginda nak bakar rumah yang penghuni lelakinya tidak pergi berjemaah. Tanda betapa pentingnya untuk solat berjemaah ni. Jadi bulan ni, iltizam untuk sentiasa berada di masjid atau surau bagi solat secara berjemaah. Bukan untuk siapa, untuk diri sendiri ye tak?




Puasa


1hb 8 iaitu permulaan untuk start Ramadhan dah makin hampir. Serius cepat gila kan? Baru rasanya beraya, dah nak puasa balik dah. Bulan ni jugak akan melengkapkan diri dengan puasa sunat. Isnin dan Khamis tu benda paling ringan untuk dibuat. Lagipun puasa ni mampu menyihatkan badan, kira buat ni 2 in 1 lah, pahala pun dapat, kesihatan pun dapat



Al-quran



100 ayat sehari merupakan sangat ringan untuk dibuat. Tapi bila dah banyak sangat komitmen ni, rasa sangat berat nak buat. Bulan ni kena start balik sekurang-kurangnya 100 ayat sehari. Setakat 5 waktu untuk mengingatkan diri kepada sang pengcipta, memang sangat kuranglah masanya tu kan? Apa salahnya kalau baca lebih. Waktu terbaik adalah selepas Subuh. Dari menyelimut diri ke dalam selimut, baiklah baca al-quran. Lepas tu amek 4-5 ayat baca terjemahan, cuba nak memahami maksud al-quran. The best book in the world, sangat rugi kita tak manfaatkannya



Sedekah



Bulan ni jugak nak kena kerja lebih untuk buat sedekah yang lebih. Lagi banyak sedekah, lagi banyak duit yang masuk. Ni hukum yang memang takde kat mana-mana formula tapi rezeki yang melimpah ruah apabila bersedekah banyak ni dah terbukti kat sesiapa yang dah cuba. Selain pada hari Jumaat, hari lain pun kena bersedekah jugak. Masjid adalah tempay utamanya



***********


Check dengan software : Qamar Deen



Aku suka guna apps Qamar Deen ni, selain korang bleh key in 'ibadah' yang korang dah buat, korang bleh monitor dan tengok sendiri prestasi yang korang dah buat pada hari2 tertentu. Kiranya buku 'amalan' dalam bentuk apps. Yang ada iphone, bleh download kat sini. Tak pasti available untuk androids atau symbian. Bleh usha2 sendiri. FREE JE


******


Benda kat atas ni nampak senang je kan nak buat? Tapi berapa kerat je orang kita yang buat. Pernah tak terfikir pada malam hari, berhajat untuk jadi ‘Better Muslim’ pada keesokkan harinya? Kalau tak pernah, dah kena start untuk malam ni. Kalau terlupa, dah kena start ingat balik.


pss : rasa nak dekat sangat dengan mati..... Ini 'schedule-post'

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

8 comments:

da[Y]un said...

software QamarDeen tu macam borang mutaba'ah ibadat kita la kan kan? jom semua kita jadi better muslim. biar sikit2 sikit asal istiqamah..erm

Nailah Azman said...

tenkiu for info pasal Qamar Deen tu. Baru tahu. =_=

joegrimjow said...

@da[Y]un

haah
lebih kurg
cuma apps ni lebih menarik

joegrimjow said...

@Nailah Azman

kena cepat2 download

SHIMI said...

hidup perlu ingat-mengingati, berpesan-pesan.

joegrimjow said...

@SHIMI
sangat perlu

SofieyAzwa said...

Dulu pernah wat jadual ibadah camtu gak.. Solat Subuh slalu miss.. Teruk rasanya..

Nur Syahirah Hainan said...

istiqamah itu penting....
moge Allah bukekn pintu hati kiter..mjadi..Better Muslim...
PEACE!!

nk tgok Domo besar X??klik cnie...
http://syisyimisi.blogspot.com/2011/05/beli-belahbli-aper-jer-syi.html

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW