Share

Kenapa mesti aku??

Kenapa mesti aku - jadi orang susah

Tengok orang lain pakai merc, pakai mini cooper, kenapa mesti aku masih lagi menunggang motosikal untuk ke pejabat. motosikal yang dah tunggu masa nak tercabut tayar. nak tukar tayar yang dah botak tu pun tak mampu, inikan pula nak beli sebijik kereta? arrrghhh, kenapa mesti aku jadi orang susah!


Kenapa mesti aku - lahir di negara politiknya kotor

bosan-bosan-bosan. Masa pilihanraya nak dekat, macam-macam berita aku disajikan dan kadang-kadang tak logik dek akal pun pernah. Masa nilah wakil rakyat yang bertanding sebelum ni batang hidung pun tak nampak tapi sekarang siap berada di dalam rumah untuk berkempen. arghh, politik kotor! Kenapa mesti aku lahir kat Malaysia, taknak!!!!


Kenapa mesti aku - berbadan besar

Diet pun dah, bersenam pun dah, tetapi kenapa badan ni bertambah-tambah besar saiznya. Lemak kat badan aku degil nak hilang, geram nak curah asid je bagi lusuh. Tapi bahaya pulak. Tengok pompuan pakai baju lawa-lawa, aku pun nak merasa jugak. Kenapa mesti aku berbadan besar? takde orang lain ke?



Kenapa mesti aku - selalu fail dalam bisnes

Buat benda ni tak gagal. buat benda tu gagal. meniaga dobi pernah tapi lingkup sebab hujan. meniaga burger pernah tapi lingkup sebab ada orang tuduh gerai aku kotor. Meniaga tudung pernah tapi lingkup kena tipu dengan pemborong. Meniga lembu pernah tapi lingkup lembu sakit. benci-benci-benci. Kenapa mesti aku selalu fail dalam bisnes ni??


Kenapa mesti aku - lahir dalam keluarga bermasalah

Mak ayah baru bercerai. Abang tak habis masalah dia dengan dadah. best sangat ke dadah tu sampai ketagih huh?? kakak tak habis2 masalah dia dengan boyfriend keliling pinggang. sampai sekarang ni sibuk menyorok takut bekas bf dia pukul sebab tipu. Adik aku? baru masuk sekolah juvana sebab pukul junior sampai masuk icu! arghhh. kenapa mesti aku lahir dalam keluarga yang bermasalah ini!!!


Jom tengok video ni



pss : ketika ditimpa musibah, ingatlah masih ada orang yang lagi malang dari kita. live life fullest. 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

13 comments:

DanieL AdiE said...

Keluhan demi keluhan...

Moga kita menjadi insan yg sentiasa bersyukur...InshaAllah...

Fina Fento said...

tak pernah sedar

Kumiko said...

bersyukur dgn apa yg diberi, tp jgn lupa tuk berusaha.

terbaru : http://ainizdar.blogspot.com/2011/04/duet-jejaka-lidi-gadis-lidi-episod-2.html

~~~RAZAT ADDICTED~~~ said...

assalamualaikum..

setiap orang ada mslh dia..jika kita tak de masalah, life is so simple..so memg tak mencabar langsungkan..

lebih baik kita berjaya dengan melalui beberapa kegagalan dan masalah, sebab bila kita dilanda masalah d kemudian hari..sudah pasti kita tidak melatah kerana kita punya pengalaman berharga sebelum ni..

jika kita berjaya tanpa melalui apa2 kegagalan, kelak bila kita ditimpa musibah/masalah, ketika itu kita terasa sangat terbeban dan tidak dpt menanggungnya..

adalah lebih baik kita menjadi dewasa dengan melakukan kesalahan, meperbetulkannya, dan kemudian menjadikannya pengajaran berharga dlm hidup kita..

Allah berikan dugaan itu pada org yg mampu sahaja..dan sedara insan terpilih melalui dugaan tersebut..be proud of what u have.. and think +ve, release ur tension..and keep moving^^ keep on moving with a smile on ur face, tell the world that u will be okay and nothing gonna stop u!


wassalam

joegrimjow said...

@DanieL AdiE

orang boleh bersabar tapi xramai yg boleh bersyukur

joegrimjow said...

@Fina Fento

kena mula sedar

joegrimjow said...

@Kumiko

usaha + tawakkal + syukur

joegrimjow said...

@~~~RAZAT ADDICTED~~~

well said
=)

ika honey bunny said...

tak semua orang dilahirkan dalam keadaan lucky, wealthy, sempurna semuanya. yang tak sempurna, tak cukup dan kurang tulah namanya UJIAN. and ujian tu bentuknya macam-macam

joegrimjow said...

@ika honey bunny

sbb tu kena bersyukur jadi macam skrg

slay said...

video tu dimainkan bersama lagu kegemaran joegrimjow - mad world by adam lambert! xD

joegrimjow said...

@slay

lol
kebetulan je tu

suffer8zine said...

baru perasan ade onepage kat bawah entri tu :P

Terkini : Jom Kenali Cendawan Beracun

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW