Share

Isu kitab injil dalam bahasa melayu di Malaysia

PEMBELA tak bersetuju cara Idris Jala mengenai 10 langkah untuk menangani masalah pengedaran kitab injil dalam Bahasa Melayu ke Malaysia. Tak tahu sebab apa, adakah sebab Idris Jala itu orang kristian ataupun 10 langkah tu tak cukup hebat ataupun langkah itu bakal mengganggu-gugat Keislaman orang kita aku pun tak tahu. Mungkin faktor ke3 tu yang membuatkan mereka tak bersetuju. Mungkin


Sangat tidak betul!!



Kenapa? kalau orang baca kitab injil boleh terpesong akidah ke? boleh jadi murtad ke apa? Bagi aku, takde buruknya kalau kitab injil ni dibukukan dalam bahasa melayu. Masalah akan berlakunya murtad berleluasa akibat kitab injil dalam bahasa melayu ni sangat tidak relevan. Entah dari mana teori ini wujud pun aku tak tahu. Kalau tengok kebanyakan anak muda kita yang dah tersesat tu dek terlalu banyak hiburan kat negara boleh memesongkan akidah - takde pulak yang nak naikkan isu ni ye tak?
klik untuk teruskan bacaan


Dalam beragama, kita tidak boleh terlalu menyekat hak agama lain untuk amalkan agama mereka. Islam bukannya macam tu. Kalau itu kita nak sekat, ini kita nak sekat, mana agama islam sebagai agama harmoninya? orang akan nampak agama kita agama yang menekan. walhal penganut yang tak berapa nak paham pasal Islam tu yang cemarkannya


Idris Jala dan 10 langkahnya



Silap kerajaan adalah meletakkan Idris Jala sebagai kuasa sebagai suara kerajaan dalam kes ini. Bagi kita yang beragama Islam, sudah pasti rasa kekok kalau orang kristian yang berada di dalam kerajaan 'approve' kitab injil ini diedar dalam bahasa melayu. Double standard lah tu. kalau letak orang islam - bertimbun-timbun kot orang islam kat jabatan perdana menteri tu, mungkin tak timbul sangat isu ni

Lepas tu mulalah timbul, agama islam kian tergugat dengan kristian, habislah orang islam kena jajah dengan orang kristian dan macam-macam lagi. Forward email pun semakin banyak la akan dapat. Masalah akidah remaja kita kalau aku cakap hiburan terlampau berleluasa adalah puncanya siapa setuju? Hiburan ni merupakan masalah kita, bukannya masalah kitab injil dalam bahasa melayu. aiyoyo


pss : Fahamilah agama lain juga disamping belajar agama sendiri, barulah kecintaan itu akan terbit lebih indah

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

22 comments:

d_tieah said...

Setuju sangat.. Tak semestinya bila kitab injil berbahasa melayu, orang Islam akan beli kan? Tak salah pun.. Kebebasan beragama~ Anak anak muda memang ramai kan dah terpesong dan rasanya takde lah disebabkan faktor kitab injil.. Semuanya bergantung kepada ibu bapa.. Cara mendidik anak dah tak betul nak buta camne..

Entry Terbaru 1 : Berkat Emak Undi ; Shaheizy Sam Bintang Paling Popular 2010
Entry Terbaru 2 : Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Puan Capa said...

hmmmm...diaorang takut bila baca, boleh disalah tafsirkan dan pesong akidah bertambah2..

Najwa Najihah said...

Topik ini menarik. Ini kali pertama saya komen di blog bro joe. ^_^

Sejujurnya, iman seseorang itu tidak akan tergugat bila BACA bible. Sejujurnya. Malahan iman akan semakin kuat dan yakin dengan Islam yang jadi tunjang akidah, InsyaAllah.

Mungkin ada beberapa bab dalam bible yang jika dialih bahasa, menjadikan seseorang yang membaca tanpa ilmu, akan terfikir2(dalam bible ada part ala2 sastera,bahasa tinggi tu).

Saya setuju dengan bro joe. Sebenarnya hiburan tu masalah utama. Kehancuran yang dirancang adalah hiburan masa kini. Menghancurkan masa depan anak-anak muda sebab terlampau memaparkan unsur hedonisme.

Banyak pula cakapnya. huhu... Moga bermanfaat.

Wallahu a'lam.

Izat Tarmizi said...

[sarcasm]Al-Quran yang diterjemah dalam bahasa Melayu pun orang Melayu baca macam x baca,ini kan pula injil terjemahan bahasa..[/sarcasm]

joegrimjow said...

@d_tieah

halang hiburan terlampau banyak tu

joegrimjow said...

@Puan Capa

dieorang tu org christian ke islam?

joegrimjow said...

@Najwa Najihah

time kasih

joegrimjow said...

@Izat Tarmizi

hehe, tu la pasal

Azam Shah said...

Sangat stuju, macam mana orang yang percaya Injil dalam bahasa melayu tu boleh memesong akhlak. lagipun, mungkin ramai yang xtahu ni, ade je Injil dalam bahasa melayu sebelum ni, kat sarawak jumpe je..hahaha..macam tafsir Qur'an dalam english tak pun orang sana-sana tu marah kan? mentaliti mentaliti :)

Kumiko said...

saya pernah baca sepintas lalu kitab injil ni, takdela smpi nk terpesong akidah. sbb dri situ, kta leh wat perbandingan antara kebenaran al-quran dgn injil yg mmg kte sedia tau mcm mne.

KiD said...

hmmmm... masalah bahasa aje.. tapi kena pantau laaa untuk kes2 lain jika wujud..
jangan lupa join Contest Lumayan Teka Bunga Blogger Shakiddo

joegrimjow said...

@Azam Shah

mentaliti tu yg susah nak ubah tu

joegrimjow said...

@Kumiko

kat hotel banyak kan

joegrimjow said...

@KiD

kes2 lain tu kes apa ek?

Ma Yusof said...

Betul adik joe weh.... sbb 'setan' dio tak wat kempen 'Mari Murtad', 'Jgn Solat', "Mari Berzina" tp dio buat kempen JomHeboh, AF, Mentor, ABPBIB Berita Harian, Konsert Tahun Baru, Konsert Merdeka dll supaya umat melayu hok ngaku Islam hok lalai bertambah lalai, pahtu lali....

KAMIHIDUP said...

setuju, ni benda pun nk jadi di provokasikan.

APi said...

saya setuju..
hiburan memang senjata halus untuk merosakkan akhlak..

madrasatuna said...

skrg ni yg diminta, bukan setakat kitab bible dalam bahasa Melayu, tetapi tiada limitasi dalam pencetakannya juga..sedangkan Al-Quran juga ada limitasi utk pencetakannya..

bukan isunya pada bible dalam melayu boleh memurtadkan atau tidak, mungkin percentage skit yg boleh murtad,

tp isunya pada 'suara orang bukan Islam di negara Malaysia ini semakin lantang dalam memperjuangkan hak2 mereka'.. dan kita semakin lama, semakin mengikuti pujukan mereka..

mungkin ini langkah pertama, dan aku lihat membolehkan kitab bible dalam bm adalah perintis utk langkah2 mereka yg seterusnya (kita tunggu dan lihat)

Dalam Islam, utk sesuatu negara, yg org Islam sbg pemerintahnya. Org Islam ada hak utk dakwah org bukan Islam tp org bukan Islam takde hak utk dakwah org Islam, depa boleh amalkan agama mereka shj..ini hukumnya..

mungkin bible dalam bm tak nampak sgt ada usaha dakwah mereka di situ..tp bukankah ianya memudahkan mereka utk berdakwah kpd org Islam khususnya org Melayu.. tak salahkan nak amik precaution

sori joe, lain pendapat skit :)

bab hiburan tu, aku setuju 300%. tp kita takleh lupakan serangan dari org yg bukan Islam juga..

suffer8zine said...

idris jala ni pilihan yg tepat ke?

Terkini : Senarai Keputusan Dan Calon ABPBH 2010-2011 | Penyelesaian Masalah Error Button Older Post

Miss Marquis said...

semuanya terletak kat hati kan

SHIMI said...

bro,
kat malaysia ni apa segala macam boleh dijadikan isu. Janji ada orang yang sanggup memulakan aje

Encik Psychopath said...

mengapa berlaku pengalihan bahasa ? ada orang melayu request utk membacanya?

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW