Sangat penat!!!
Baru balik dari menjadi driver mak aku dan adik beradiknya yang lain ke Kuala Lipis untuk selesaikan hal tanah. Ni yang 'tak best' kerja sendiri ni, akan disuruh menjadi driver, bagi alasan sibuk - 'cutilah, kan kerja sendiri, boleh adjust cuti sendiri' haa, terkena kat atas batang hidung. Tapi takpelah, sekali sekala berkhidmat untuk mak - murah rezeki tu =)
Kota Bharu - Kuala Lipis
Siti adalah orang Kuala Lipis |
Sebelum pergi sana, memang aku tak tahu menahu tujuan apa nak kesana ni. Yang aku tahu cuma nak selesaikan hal tanah. Dah sampai disana, barulah nampak begitu rumitnya nak selesaikan hal tanah. Tambahan lagi kalau bab pusaka ni. Haiisshh, proses yang sungguh rumit. Ada pengalaman kendalikan hal tanah? sangat leceh kan? Pak Najib kena buat sesuatu ni!
Ok, entry ni bukan aku nak membebel pasal hal tanah ataupun kepenatan aku yang menjadi driver ni, tapi nak share satu perkara yang sweet yang berlaku sepanjang perjalanan untuk satelkan hal tanah ni. Kan blog ni - Its All About Journey sesuai la ni dengan entry macam ni ditulis dalam blog ni.
Cikgu Ripin dan Mila
Mila ni nama tempat yang terletak lebih kurang 28 km dari bandar Kuala Lipis. Jalan berliku-liku tu terpaksa diterjah jugak sebab nak pergi kesana. Kata mak aku, ayah aku sempat mengajar di sana selama 6 tahun dan kebetulan mak saudara aku pun pernah belajar sana semasa skolah rendah, kiranya pergi ke Mila ni untuk jejak kasih dengan penduduk sana.
30 tahun lebih
Dah lebih 30 tahun sebenarnya mak dan mak saudara aku tu tak jejak kaki ke sana. Kirenya paling last semasa dia tingkatan 3 dan sekarang ni usia pun dah 50 tahun. Sangat lama tu! Sampai sana, lebih kurang waktu subuh, ada seorang mak cik ni yang aku kenali sebagai mak cik maimun bawak kiteorang ke kedai kopi untuk jumpa-jumpa dengan penduduk kampung setempat.
Memanglah aku tak kenal sorang pun dan kebanyakan orang kampung sana dah tua-tua, nak usha anak dara pun takde - semua ke bandar. Apa lagi, main godek-godek Nokia E7 lah kerjanya. Tapi sebab macam best pulak tengok dieorang berpeluk-peluk - jejak kasih katakan, aku pun duk sibuk mendengar perbualan mereka tu. Dialek orang pahang lawan dialek orang kelantan, layan je aku dengar!
'kenal sape ni? ni lah khairiah' kata makcik maimun kepada seorang orang kampung sana (skima gile ayat)
'khairiah mane?' kata orang kampung yang masih blur
'khairiah, dulu pernah skolah sama masa tingkatan 1 tuuu' mak cik maimun menjuih bibir
'YA ALLAH, Khairiah!!!' orang kampung tu terus memeluk
seterusnya berlakulah babak2 jejak kasih. Heh, macam stylo pulak aku tengok. Maklumlah, dah 30 tahun lebih kot tak jumpa kan. Ahaa, khairiah tu mak saudara aku. Sekarang giliran aku diperkenalkan
'ni sape yang sangat handsome macam pelakon hindustan ni?' kata orang kampung tu
ok tipu. yang ditanya sebenarnya
'ni sape ni? anak ke?' kata orang kampung tu
'saya anak kak jah' aku balas dengan macho
'kak jah mana ni?' orang kampung tu mula blur
'kak jah, isteri cikgu ripin, tak kan tak ingat?' mak cik maimun menambah
'CIKGU RIPIN???? Ni anak dia ke? besarnya!!!' orang kampung tu menggelar aku besar maknanya dah dewasa, bukan badan besar ok
'hihihik' aku senyum, hihihik tu dalam hati jelah, gile ke apa nak buat gaya menggedik macam tu!
'mak cik ingat sangat la cikgu ripin tu, tak pernah lagilah mak cik jumpa dengan seorang cikgu yang begitu garang macam dia' mak cik tu mula membuka cerita
aku mendengar
'dia sempatlah mengajar mak cik ni. masa dia masuk je kelas, budak2 yang bising tadi automatik jadi senyap. ayat femes dia - napa sembor gigi (bagi penampar sampai gigi terkeluar) Memang semua murid kat skolah takut kat dia habislah' seronok mak cik tu bercerita
aku mendengar lagi
'tapi dia garang pun kat luar je, dengan orang kampung Mila ni, memang semua respek kat dia. Banyak tolong orang sini, tak kedekut dan selalu bermurah hati buat makan-makan. Tapi dia dengan garangnya tu, memang mak cik tak boleh tak ingat, sangat-sangat garang'
aku menganggukkan saja
HEH, arwah ayah aku memang seorang yang garang. Aku ingat lagi kakak aku bagi video tape semasa majlis persaraan dia, dia sempat lagi tampar pipi seorang budak sebab budak tu tak tight in. Haha, kalau kitalah kan, dah nak bersara tu, biar-biarkan je lah ye? tapi ayah aku tak. Memang seorang yang sangat tegas. Mungkin nak disiplin kan orang kot
Lepas cakap-cakap dengan mak cik tu, aku jumpa lagi dengan beberapa penduduk kampung sana. Ceh, macam wakil rakyat pulak rasanya. Tapi semua orang yang aku jumpa setelah aku cakap aku anak Cikgu Ripin, mesti dieorang bukak cerita macam-macam. Yang bestnya, mesti perkataan 'baik' dan 'garang' keluar dari mulut dieorang. Bangga memiliki ayah macam tu =)
Cikgu Garang VS Mak Bapak Back Up
Sekarang ni aku tengok bilangan cikgu garang kat skolah ni dah tak ramai. Dah kurang cikgu yang ayun rotan kat bontot budak kalau budak tu buat salah. Antara sebab dah tak buat macam tu selain dari cikgu sekarang semua baik-baik - mak bapak back up. Ada aku dengar satu cerita yang seorang murid kena rotan, mak bapak dia datang ke skolah marah kat pengetua sebab kasi cikgu rotan anak dia. Heh, tak sporting langsung. Biarlah anak-anak ni merasai KESEDAPAN dirotan, nanti tak boleh nak cerita kat anak cucu macam mana feel di rotan. Aku pernah kena. besttttt. Korang pernah?
pss : sampai situ saja, nak tulis review pasal Nokia E7 pulak nanti =)
3 ulasan:
memang betol lah kak fazni cakap arwah ayah joe garang. tapi tak sangka garangnya mcm tu skali...huhu seb baik anak bgsu dia tak garang
cikgu garang?dulu saya salah sorang cikgu gstt yg garang
joe pulak taknak jadi cikgu ke?
Catat Ulasan